Part 13

214 13 1
                                    

"Ummu adalah adik kamu dan dia anak mummy".

Allah. Jawapan ringkas itu benar-benar menyentap hatinya. Dia keliru dengan segalanya. Dia buntu. Bagaimana pula Ummu boleh menjadi adiknya sedangkan dia anak tunggal.

Puan Selmah memulakan bicara tanpa berfikir panjang kerana tidak mahu anaknya salah faham. Sayangnya pada Thaqif begitu menggunung

"Dulu, sebelum mummy bertemu dengan daddy. Mummy pernah berkenalan dengan seorang pemuda. Orangnya baik, jujur, setia dan bertanggungjawab. Mummy decide nak bernikah dengan dia tapi mendapat tentangan daripada tok wan dan tok mi. Sebab masa tu mummy baru 17 tahun dan lelaki tu 24 tahun. Memang mummy masih muda lagi tapi itu bukan halangan cinta kami. Alhamdulillah kami kahwin cuma tanpa restu orang tua dan setahun kemudian dikurniakan seorang puteri, dialah penyeri rumah kami". Puan Selmah mengesat air matanya. Baginya sungguh sulit untuknya menceritakan semula apa yang terjadi.

"Tapi jodoh kami tak panjang kerana mummy terlalu muda untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Akhirnya kami decide nak bercerai. Mummy terkontang kanting ditinggalkan bersama anak mummy. Tetapi kasih ibu sampai ke syurga, tok wan dan tok mi sanggup menerima mummy semula seandainya mummy bersetuju untuk menyerahkan anak itu pada orang lain dan syarat kedua mummy harus bernikah dengan seorang usahawan yang kaya, iaitu daddy kamu. Mummy akur kerana mummy tiada tempat bergantung, demi masa depan anak mummy ikutkan sahaja sebab mummy tak berduit masa tu". Mummy memandang tepat mata Thaqif.

"Dan takdir Allah menemukan semula Mummy dengan anak mummy serta bekas suami setelah 20 tahun berpisah". Belum sempat mummy menghabiskannya.

"Dan kalau awak ingat Thaqif, saat pertama kali kita bertemu saya ada cakap yang saya nak jumpa mak ayah saya yang hilang 20 tahun lepas kan?". Thaqif memandang Ummu pula.

"Inilah mak saya yang saya jumpa hari tu bersama-sama dengan ayah saya". Ummu menjawab ringkas.

Allahuakbar. Thaqif sudah hilang daya untuk melutut, kini dia melabuhkan punggungnya dek kejutan yang di terima olehnya.

"Jadi awak pun tipu saya, Ummu?". Soal Thaqif.

"Allahu, saya pun baru tahu. Ingat lagi tak saya menangis sebaik sahaja keluar daripada bilik mummy? Masa tu baru saya tahu awak adalah abang saya".

"Tapi kenapa awak tak jujur je sebelum ni? Kenapa mendiamkan diri? Kenapa seksa hati saya macam ni?". Bentak Thaqif sambil berdiri daripada duduknya. Dia memang kesal dengan sikap Ummu.

"Allahu.. abang? Sanggup ke abang nak beritahu seseorang yang abang tulus menyayangi perkara macam tu? Kalau ikutkan dah lama saya lari dengan abang tapi sebab kita ni....". Ummu terduduk di atas kerusi meja solek, dia tidak mampu bersuara lagi. Mummy mendekatinya dan memeluk Ummu dengan eratnya.

"Kenapa mummy dan Ummu buat macam ni? Kenapa korang semua buat Thaqif macam ni? Kenapa? Kenapa?". Air mata menitis dengan laju. Suaranya teresak-esak.

"Qif? Maafkan mummy Qif. Mummy sayangkan kamu". Puan Selmah mendekatinya. Memeluk jasad anaknya dengan harapan dia menjadi tenang tetapi ditepis Thaqif. Ummu hanya mampu duduk melihat mereka. Dia juga sudah hilang daya.

"Qif pun sayangkan mummy tapi maafkan Qif sebab Qif tak bersedia untuk semua ini". Tangannya direntap kuat bersama-sama air mata yang jatuh.

Thaqif bagaikan tidak dapat menerima kenyataan. Dia segera berlari ke bilik lalu mengapai kunci keretanya. Dipecutnya Mercedez Benz selaju mungkin. Memandu kereta seperti tiada peta. Dia juga tidak tahu kemana harus ditujui. Hatinya pedih. Bajunya dibasahi air mata.

MASJID 500 METER LAGI.

Papan tanda dipandang. Setelah hampir sejam dia memandu tanpa arah, Thaqif memberhentikan keretanya di sebuah masjid.

Tanpa berlengah lagi dia bertemu dengan Dia. Sayu benar malam itu. Segala isi hatinya dicurahkan kepada Allah. Dia sudah tawar hati dengan dunia ini. Dia hanya mahukan Allah sahaja.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now