Terpacak matahari di atas kepalanya. Butang penghawa dingin dipulas ke nombor tiga."Lama lagi ke appoinment ni?". Fakira hanya menunggu di ruangan parkir seperti sebelum ini. Kelihatan jejaka itu dari jauh berjalan membawa seplastik ubat-ubatan. Rasa ihsan pada hati Fakira mula timbul dek kaki yang berbalut dan terhincut-hincut.
"Eh kenapa terhincut-hincut? Tadi elok je jalan". Soal Fakira sebaik sahaja Thaqif melabuhkan punggungnya di sebelahnya.
"Kaki aku belum pulih sepenuhnya".
"Maksudnya?".
"Kenapalah kau ni banyak tanya sangat? Sains adalah explaination dia tu, kan aku explain kan bukannya kau faham pun. Dah jangan cakap dengan aku lagi. Jalankan kerja kau je. Hantar and ambik aku balik". Bentak Thaqif.
"Yelah". Hatinya hanya mampu mengeluh perlahan. Kenapalah mamat mumia batu benar hatinya. Tanya elok-elok pun berkasar jugak ke?
"Aku nak air mineral brand spritzer. Nak makan ubat". Soal Thaqif dengan kasar.
"Encik nak saya beli ke?".
"Eh takdelah. Aku suruh burung dekat langit tu terbang pergi beli". Sindirnya.
"Kejap eh".
7 minit berlalu.
"Dia ni pergi beli air ke mandi air terjun ni?". Bebel Thaqif sendirian.
Tup tup tup!!! Cermin kereta dibuka.
"Spritzer takde kalau yang ni boleh?". Botol di tangannya digoncangkan sambil kepalanya dimasukkan ke dalam kereta. Al maklumlah kereta yang lalu lalang menyebabkan apa yang dikatakan kurang dengar. Thaqif yang memandangnya sedikit ke belakang.
Tiba-tiba jejaka itu merasakan dunia ini terhenti. Memorinya mula menari dan matanya mula bergenang.
"Ha'ah bro. Memang aku cakap kau taliban. Kenapa kau marah aku ke?".
"Ummu". Bisik hati Thaqif. Situasi itu sama seperti saat pertama kali dia bertemu dengan Ummu.
"Eh? Encik ok tak?".
Thaqif memalingkan wajahnya.
"Cepat. Aku nak balik".
***
Tapak tangan disapu perlahan pada muka.
"Amin ya rabb".
Dan dia masih setia tikar sejadah. Entah apa yang dimenungkan tidak tahulah. Satu hembusan keluhan dilepaskan.
"Qif?".
"Eh, mummy? Bila masa pulak masuk?". Sengihnya.
"Kusyuk sangat berdoa tadi time tulah mummy masuk". Wajah anaknya dipandang sayu.
"Erk mummy apa salah Qif sampai tenung orang macam tu sekali?". Hairan juga si Thaqif.
"Mummy kesiankan Qif". Terus ibunya memeluk jejaka itu di dalam dakapannya.
"Banyaknya pengorbanan yang Qif lakukan selama ni. Ya Allah, kau berilah kebahagian kepada anakku satu-satunya ini". Laju air matanya menitik.
"Maksud mummy rahsia silam mummy ke?". Tanya perlahan jejaka itu sambil membalas kembali dakapan ibunya.
"Bukan tu je sayang, tentang Ummu jugak. Kalaulah Ummu tu bukan adik kamu pasti...".
"Mummy? Kita lupakan semua benda tu ok?". Matanya tepat memandang ibunya.
Dia mendakap kembali ibunya. Air matanya menitik laju.
"Aku ok ya Allah, aku ok". Pujuk dirinya sendiri. Hanya Dia yang mengetahui segala cerita yang tersimpan di hatinya.
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...