Part 24

138 9 2
                                    

"Eh, mana rumah ni? Dari tadi pusing-pusing tak jumpa". Pemandu mereka Pak Sudin bermonolog sendiri. Kereta Thaqif mengikuti sahaja kereta mereka.

"Cuba awak telefon Thaqif. Mungkin dia tahu". Tuan Bazlan menyuruh isterinya untuk menelofon Thaqif.

"Hello Qif. Mana rumah Izzah ni? Dari tadi tak jumpa". Tanya mummy.

"Kejap mummy eh, Qif nak call Izzah". Lalu panggilan dimatikan.

"Bro? Aku pinjam phone kau jap". Thaqif merampas telefon pintar Haziq tanpa keizinan.

"Wei, habislah topup aku. Puncak Jordan jugak kau nak call." Garu kepala Haziq.

Kata-kata Haziq diendahkan. Malangnya Izzah tidak mengangkat panggilan daripada Thaqif. Berulang-ulang kali dia menekan butang hijau tetapi hasilnya masih sama.

Lalu kereta Tuan Bazlan diberhentikan di sebelah jalan. Thaqif dengan segera memberhentikan juga keretanya di belakang kereta orang tuanya. Mummy turun dan menuju ke kereta anak bujangnya. Tingkap kereta diketuk. Lalu, Haziq membuka.

"Qif, apa ni? Takkan alamat rumah pun boleh salah. Dari KL ke Kedah bukannya dekat. Takkan nak balik dengan tangan kosong aje".

Puan Selmah kelihatan sedikit kecewa. Dengan kepanasan matahari benar-benar menyeramakkan amarahnya. Tetapi menjadi sejuk semula apabila memandang wajah anak terunanya. Itulah kasih ibu.

Thaqif termenung. Dia juga ada salahnya. Kenapalah dia tidak meminta nombor telefon ayah Izzah. Kan senang sekiranya perkara seperti sekarang terjadi. Kepalanya dihempuk-hempuk berulang kali. Haziq hanya memerhati sahaja. Dia tidak mahu memberi tekanan kepada Thaqif dan dia juga tidak mahu membarakan kemarahan mummy.

"Meh sini no telefon Izzah. Biar mummy call dia sendiri".

Mummy menarik telefon Haziq di tangan Thaqif. Membuka sejarah panggilan lalu nombor telefon Izzah disalin ke telefonnya. Butang hijau ditekan. Puan Selmah bergerak berdiri di hadapan kereta Thaqif. Haziq dan Thaqif hanya memerhatikan sahaja dari dalam kereta. Butang aircond dipusing sehingga ke nombor 3. Hairan bagaimana ibunya mampu menahan terik matahari.

Kesungguhan Puan Selmah berhasil. Panggilannya diangkat. Thaqif begitu terkejut sekali. Gelagat mummynya diperhatikan. Wajahnya begitu serius. Kemudian, mummy memandang wajah Thaqif.

"Bro? Pehal lak mummy ni main-main pandang lak?". Thaqif tertanya apa yang dibualkan oleh mereka berdua.

"Husnudzon bro. In sha Allah berita baik akan menyusul". Haziq mengosok-gosok bahu Thaqif. Pujukan dari Haziq benar-benar menenangkan hatinya. Tiba-tiba mummy mendekati keretanya.

"Jom balik sekarang". Mummy berkata dengan nada yang serius sambil memberikan telefon pintar Haziq.

"Balik mana?". Soal Haziq kebingungan.

"KL".

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now