"Hai.. anak mummy ni kenapa? Semenjak dua menjak ni merah je mata. Makan pun sikit, cakap pun tak banyak sekarang. Bilik pulak sentiasa berlampu malam-malam sampai ke pagi. Kamu ada masalah ke Thaqif?". Tanya Puan Selmah kepada anak lelaki tunggalnya.
"Eh, mana ada mummy. Thaqif ni sihat je cuma kerja belambak kat office so quite stress sikit. Hehe. Maafkan Haziq ye mummy sebab tak jaga ehem ehem abang Thaqif baik-baik".
"Bro, kau jangan buat aku buasir hijau kat sini boleh tak?. Celah Thaqif. Pecah ketawa mereka sekeluarga di ruang makan.
Puan Selmah mampu tersenyum sahaja. Dia bersyukur kerana Allah hadirkan Haziq dalam keluarganya. Sebenarnya Haziq bukan sahaja sahabat baik kepada Thaqif tetapi juga merupakan anak angkat kepada Puan Selmah dan Tuan Bazlan. Jadi mereka ini diibaratkan adik-beradik angkat. Namun tidak pernah timbul isu pilih kasih dalam kalangan mereka. Puan Selmah menyayangi kedua-duanya sama adil.
Haziq merupakan anak driver mereka, disebabkan orang tua Haziq telah meninggal dalam sebuah kemalangan. Mereka bersetuju untuk mengambil Haziq menjadi sebahagian daripada keluarga mereka. Ketika itu Haziq berusia 3 tahun, begitu juga Thaqif. Ya, mereka sebaya.
"Ketawa-ketawa jugak. Malam ni ada orang nak tumpang rumah kita. Jaga adab dan akhlak korang. Faham ?".
Pertanyaan Tuan Bazlan agak mengejutkan. Entah daripada manalah orang tua itu datang. Mereka hanya mengiyakan sahaja."Hurm... teringin nak main dengan cucu". Keluh Puan Selmah dengan tiba-tiba.
"Tulah kan aku dah cakap, aku nak carikan calon kau tolak. Kau ni muka dah hensem dah tapi sayang hati tak berapa nak hensem. Kau ni betul ke straight wei?". Gurau Haziq.
"Sebelum kau makan pakai kaki baik kau diam. Dah cepat kita dah lewat, nanti jammed". Jawab Thaqif.
Sebelum mereka berpamitan. Thaqif menyalami tangan orang tuanya. Pipi Puan Selmah dikucupinya. Haziq hanya menyalami Tuan Bazlan kerana dia bukan darah daging Puan Selmah. Meskipun dibesarkan dalam kemewahan, adab-adab islam masih terjaga sehingga kini. Mereka pun berlalu pergi.
"Bro?".
"Apa wei?". Tanya Thaqif sambil memandu.
"Aku nak tanya kau ni".
"Alah... tanyalah". Thaqif dah malas nak layan si Haziq.
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...