Part 35

72 6 0
                                    


"Erm.. encik.. sa.. saya minta maaf. Saya tak nampak kereta encik parkir kat sini". Seorang gadis bertudung hitam berkata perlahan. Kelihatan seorang lagi wanita berdiri di sebelahnya.

"Diam!". Hanya satu perkataan yang lembut sahaja yang keluar dari mulut jejaka itu. Nampak urat-urat di lehernya. Sabarnya masih ditahan.

"Tak encik tapi kereta encik ni kecik sangat so saya ingat takde kereta parkir kat sini".

"Diam!". Sabarnya masih lagi disimpan. Jari-jari masih digenggam. Tenangnya cuba dikeluarkan.

"Jadi saya harap encik tak salahkan saya ye?".

"Aku cakap diam tu diam jelah!!!". Suara Thaqif memenuhi di seluruh genap ruangan parkir kereta. Darahnya mula menyirap. Amarahnya sudah tidak mampu ditahan lagi.

Jangan katakan Haziq, gadis itu juga terkejut. Ya, kereta Myvi itu milik gadis bertudung hitam itu. Sememangnya kejadian itu tidak disengajakan.

"Eh, Thaqif? Kau dah kenapa?". Haziq tergamam dengan Thaqif. Belum pernah dia melihat Thaqif sebegitu rupa. Inilah kali pertama.

"Lepas!!!". Tangan Haziq ditepis kasar. Wajah gadis bertudung hitam itu dipandangnya dengan penuh kebencian. Belum pernah dia berasa benci pada seseorang apatahlagi seorang wanita.

"Kau tu kalau takde mata yang gatal sangat nak bawak kereta tu kenapa? Tahu tak kereta ni kereta mahal?". Bentak Thaqif.

"Eh, encik ni. Encik ingat saya ni sengaja ke nak langgar kereta encik? Ingat saya ni gila ke nak langgar-langgar orang? Faham tak saya tak sengaja?". Gadis itu pula tiba-tiba hilang sabarnya.

"Eh, kau yang langgar aku sekarang kau nak marah aku pulak?". Sakit di kaki mula hilang yang tinggal hanyalah kemarahan yang membengkak di hatinya. Entah mengapa, makin dipandang gadis itu makin sakit hatinya. Bagai pisau menghiris-hiris.

"Thaqif? Dah-dahlah tu. Kenapa kau ni emo sangat? Kan dia cakap tadi tak sengaja". Haziq cuba meredakan keadaan. Langkah Thaqif cuba dihalang daripada mendekati gadis itu. Bimbang jika diapa-apakan. Zaman sekarang sentuh sikit dah buat report polis.

"Ziq? Perempuan macam ni kena ajar. Spisis macam ni tak makan saman. Aishh, tudung je labuh tapi mulut tak melambangkan imej muslimah langsung. Inilah wanita akhir zaman, solehah dah terbang. Memalukan betul. Kalau jual seringgit pun aku tak mahu".

Pang!!!

Tiba-tiba satu tamparan menghinggap di pipi Thaqif. Wajahnya yang putih memerahkan lagi kesakitan tamparan itu. Thaqif terpaku.

"Encik boleh marah saya. Encik boleh pukul saya. Tapi tolong jangan hina pakaian saya. Jika nilai maruah saya hanyalah semurah seringgit bagi encik, satu je saya nak cakap. Terima kasih sebab sudi 'beli' saya".

Allahu. Terhambur habis air mata gadis itu menyembah bumi. Hatinya sungguh pedih. Dia berasakan nilai dirinya sudah hilang dan begitu rendah. Kata-kata jejaka itu tidak akan pernah luntur di fikirannya. Takkan!

"Encik cakap kereta ni mahal kan? Baiklah. Memandang kereta ni lagi mahal daripada seorang wanita. Nah". Tanpa dikira berkepuk not RM50 dilontarkan ke arah Thaqif.

"Terima kasih. Terima kasih kerana encik mengajar  saya erti mahal". Satu senyuman pahit dilemparkan bersama dengan seguni air mata. Wajah Thaqif sudah tidak mampu dipandang lagi.

"Jom". Jawab lembut gadis itu sambil menarik tangan sahabatnya dan memasuki kereta.

Thaqif? Dia tergamam. Dia begitu tergamam. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Kata-kata gadis itu bagaikan sebuah tembakan di hatinya.

"Ya Allah betul ke apa yang aku buat ni?".

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now