Part 5

275 15 2
                                    

"Bro ? Kau ni ok ke tak? Aku risau lah kau ni asyik diam je sekarang". Tanya Haziq tanda kecaknaan. Dia juga tidak tahu-menahu mengenai mimpi Thaqif. Baginya suatu kepelikan sekiranya Thaqif diam membisu. Pendek kata Thaqif seorang yang suka berkomunikasi.

"Alhamdulillah okay". Sebuah senyuman menguntum di wajah anak muda itu meskipun tidak ikhlas. Sebenarnya dia masih teringatkan gadis ninja itu. Gadis yang sentiasa muncul di benak fikirannya. Entah mengapa.

"Thaqif... brek!!!". Haziq berteriak dengan kuat.

Tanpa disedari dia menekan brek dengan tiba-tiba. Kepalanya terhantuk pada stereng kereta. Sebaik sahaja dia mengangkat mukanya. Dia terlihat sebujur jasad serba hitam melintasi kereta mereka. Ya, gadis ninja. Tanpa berlengah, Thaqif membuka pintu kereta untuk mengejar gadis itu kerana inilah peluang untuknya bersua muka dengan gadis ninja itu sekali lagi.

"Bro, bro. Kot ye pun kau nak gi bakar awek ninja tu. Sabarlah sikit, nanti-nantilah kita cari. Tu kereta kat belakang tu dah bising. Cepat jalan". Haziq menarik semula tangan Thaqif supaya dia masuk semula ke dalam kereta. Dia akur. Tayar keretanya mula bergerak menyusuri keluar dari kawasan itu.

Kedua-duanya diam seribu bahasa. Tiba-tiba sahaja Thaqif bersuara.

"Bro aku nak kahwin".

"Prooofffffffff.... Apa kau cakap?". Sandwich yang dimakannya terhambur di serata cermin depan kereta. Terkejutnya bukan kepalang. Yelah Thaqif kot, abang masjid yang jarang nak cakap pasal perempuan. Bukan jarang tapi tak pernah langsung.

"Uishhh... pengotor kau ni bro. Aduiyai, habislah Mercedes Benz aku ni". Thaqif menepuk-nepuk dahinya.

"Eh bro maaflah, aku terkejut siot ni. Kau ni serius ke nak kahwin? Dah ada calon? Dengan sape? Awek mana?". Tanya Haziq bertubi-tubi.

"Kot ye pun, kau sapulah benda yang melekat kat cermin tu. Pengotorlah kau ni". Lalu diambilnya tisu dan menyapu semula sisa-sisa makanan yang terlekat di cermin kereta. Dia akur. Lalu memandang semula si Thaqif.

"Bro?". Thaqif bertanya lembut.

"Haa... kali ni apa pulak kau nak cakap?". Keluh Haziq.

"Jom ponteng kerja hari ni".

"Eh kau gila? Nanti daddy tanya nak jawab apa? Dahlah pelabur dari Jerman nak...". Belum sempat Haziq menghabiskan ayat, Thaqif sudah memecut laju melalui jalan yang bertentangan dengan syarikatnya.

Keretanya mulai memasuki perkarangan Masjid. Thaqif memperlahankan kenderaannya.

"Bro kita nak buat apa kat sini? Jam baru 8 pagi, belum masuk zohor lagi. Ke kau nak dhuha?". Tanya Haziq kehairanan.

"Eh, taklah. Kita nak main masak-masak lah awak". Balas Thaqif. Malas nak layan si Haziq tu. Haziq pula buat muka menyampah tahap gila pada Thaqif.

Seusai dhuha dan bersalaman antara satu sama lain. Thaqif memulakan bicaranya.

"In sha Allah dalam masa terdekat ni aku nak nikah. Calon tu alhamdulillah dah ada cuma masalahnya kena cari dia". Thaqif mulai bersuara.

"Calon dah ada tapi kena cari? Hurmm.. mental agaknya kau ni bro". Bisik hati Haziq.

"Takpelah, aku support je sebab aku yakin dengan kau. Kau ni jenis susah sikit nak kisah pasal jodoh ni, tu pasal sampai tercekik aku tadi. Nasib baik halkum aku tak naik bisul". Balas Haziq dalam bergurau.

"Thanks bro sebab support aku. In sha Allah malam ni aku beritahu mummy daddy".

Dipandang wajah Thaqif sepuasnya. Kelihatannya memang serius dari raut wajahnya. Kebahagiaan Thaqif adalah kebahagiaannya. "In sha Allah bro". Dia membisik lalu tersenyum. Kedua-duanya meninggalkan perkarangan masjid. Menuju ke syarikatnya semula.
Sungguh, entah mengapa hatinya berdebar-debar menantikan malam ini. Hanya perlu tunggu beritahu orang tuanya sahaja, tetapi degupnya seolah sudah seribu tahun berlari.

"Semoga semuanya baik-baik. Amin". Bisik Thaqif.

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now