3 hari lagi...
"Jemputan ke walimatulurus putera kami Muhammad Haziq Hadi bin Mohd Zaidi dengan pasangannya Ummu Khaltum binti Saifuddin pada tanggal 7 Oktober 2016 beralamat di....".
Tanpa disedari air mata Thaqif menitis di atas kad jemputan itu. Dia mengesat dengan bajunya lalu menyimpan kad itu di bawah bantalnya. Digagahinya untuk turun ke bawah kerana sudah lama dia menyepi di dalam kamar. Bimbang kesedihannya disedari oleh orang lain. Sepatutnya pernikahan Haziq adalah hari bahagianya.
Thaqif melangkah keluar ke pekarangan rumah. Anak matanya melihat segala kanopi sudah terpasang, kerusi meja juga sudah tersusun rapi. Semua pekerja bertungkus lumus menyiapkan tugas masing-masing. Maklumlah 3 hari lagi.
Daddy dan Haziq pula sedang sibuk dengan telefon. Mana tidaknya katering, banner, pasukan kompang, mak andam, dulang hantaran hanya perlu disiapkan dalam masa kurang dari 2 minggu. Mummy pula sibuk mengedar kad jemputan pada rakan-rakan VVIP.
Tiba-tiba.
"Air". Ummu menghulurkan segelas air untuk Thaqif. Terpana sebentar.
"Berani betul budak ni. Baru je malam tu aku marah kau". Air liurnya ditelan. Terkejut barangkali.
Dia menyambutnya dengan baik. Belum sempat Ummu pergi.
"Ummu dah istikharah?". Soal Thaqif.
Langkah gadis ninja terhenti.
"Belum".
"Kenapa belum? 3 hari lagi ni". Tanya Thaqif dengan kekejutan.
"Sama ada Ummu nak ke tak memang Ummu kena kahwin dengan Abang Haziq, jadi tak guna Ummu istikharah pun".
Ummu beremosi. Thaqif sudahpun menghidunya terlebih awal.
"Inikan masa depan Ummu. Jadi Ummu berhak buat pilihan dengan baik, bukannya main pilih macam tu je. Sebab tu Allah wujudkan Solat Sunat Istikharah agar kita tak tersalah pilihan".
Nasihat Thaqif benar-benar menyentap hatinya.
Bukannya Ummu tak mahu istikharah tetapi dia takut andai Haziq memang jawapan baginya. Selain itu, dia juga khuatir kerana Haziq sudahpun membuat solat istikharah dan perancangan pernikahan mereka berdua masih berjalan. Ini bermakna jawapan bagi Istikharah Haziq sememangnya dialah orangnya.
Gadis itu juga kehairanan dan beranggapan solat istikharah Haziq adalah salah. Tetapi apakan daya, dia akur.
Masa diam membisu. Ayat apalah yang patut Ummu utarakan pada Thaqif. Otaknya mati dek nasihat jejaka itu.
"Sebenarnya abang nak minta maaf atas kekasaran abang tempoh hari".
"Apa?". Ummu terkejut. Mindanya belum bersedia menerima maklumat.
"Abang tak patut menghina Ummu. Abang rasa bersalah sangat. Maafkan abang".
Thaqif berani berbual pun kerana ramai orang di situ, kalau tak takde maknanya dia nak bercakap dengan ajnabi.
"Ummu faham maksud abang. Ummu memang terasa tapi rasa kecil hati tu dah lama hilang dah, lagipun memang silap Ummu sebab tegur abang malam tu meskipun dah tahu hanya kita berdua je yang ada".
Ummu berhenti untuk mengambil nafas sebentar kerana berdebar agaknya. Kemudian dia menyambung lagi.
"Ummu pun ada tenung tajam mata abang kan malam tu? Maafkan Ummu sebab emosional sampai ikhtilat pun terbabas. Ummu pun tak faham kenapa jadi macam tu tapi apa-apa pun maafkan Ummu ye?". Soal Ummu dengan penuh keikhlasan.
Alhamdulillah hubungan mereka sudah menjadi baik. Tetapi perbualan mereka diperhatikan oleh Haziq. Dia berasakan serba tak kena melihat mereka berdua berbual meskipun di tempat yang terdedah. Tetapi Haziq cuba untuk berhusnudzon. Dia terus sibukkan diri dengan kerjanya.
"Soalan abang belum dijawab".
"Soalan mana?". Tanya gadis ninja.
"Istikharah".
Ummu tertunduk. Lidahnya kelu lagi sekali.
"Ummu?". Panggil lembut Thaqif. Dia maju selangkah mendekati gadis ninja.
Mukanya diangkat tinggi. Maklumlah jejaka itu 180cm. Dia pula pendek.
"Jangan-jangan, Ummu dengan Haziq...". Thaqif mulai membabi buta.
"Nak buat macam mana, dah terlanjur dah pun". Jawab Ummu ringkas.
"Allahu".
Gelas di tangan melabuhkan badan di atas lantai. Berkecai kacanya. Habis semua mata memandang. Bagaikan ada sesuatu merenjat jantungnya. Thaqif terkejut sekali. Mulutnya melompong.
"Ter.. ter.. terlanjur?". Thaqif tidak mampu menghabiskannya. Sungguh. Dia terkejut.
Tiba-tiba.
"Tadi abang cakap soalan abang belum dijawab. Soalan yang mana satu?". Tanya Ummu.
Jejaka itu melihat gelasnya. Masih teguh berdiri dalam genggamannya. Orang lain pula sibuk dengan kerja masing-masing.
"Allahuakbar". Khayal rupa-rupanya. Thaqif menghembuskan helaan nafas.
"Alhamdulillah". Jawabnya perlahan.
"Abang ok tak?"
"Eh, abang ok. Ok sangat". Paniknya cuba disembunyikan. Entah bagaimana fikirannya jauh melayang sampai ke situ. Nauzubillah.
"Ummu?".
Panggil mummy secara tiba-tiba. Kemudian gadis itu berlalu pergi meninggalkan Thaqif. Dia melihat Ummu dan mummy berbincang dengan serius. Lalu Ummu diheret oleh Puan Selmah memasuki bilik utamanya.
10 minit kemudian.
Ummu keluar dari bilik mummy dengan mata yang merah. Terlihat gadis itu sedang menahan keesakan tangisnya. Thaqif hanya mampu memandangnya dan Ummu juga hanya mampu memandang Thaqif dari jauh. Belum sempat Thaqif mengejar gadis itu, Ummu sudah berlari naik ke atas memasuki biliknya.
"Kenapa ni?". Bisik Thaqif.
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...