Part 22

140 8 0
                                    

"Akhi ni termenung fikir apa?". Tanya Umair.

"Ana fikirkan enta".

"Kenapa dengan ana pulak?".

"Ana sebenarnya tengah berfikir, kenapalah enta makin handsome sekarang".

"Hahahahaha".

Habis ketawa mereka pecah di luar perkarangan lapangan terbang.

Lalu Umair membawa Thaqif dengan segera ke rumahnya yang terletak 80km dari lapangan terbang. Oleh kerana di sana musim sejuk sedang melanda, Umair tidak sempat membawa Thaqif bersiar-siar. Sejuknya hingga ke belikat tulang terasa. Tiba-tiba Umair menaip laju di skrin telefonnya. Kemudian, dia kembali fokus untuk memandu.

Akhirnya mereka sampai di kawasan perumahan Umair. Kawasan untuk ke rumahnya begitu indah dihiasi dengan flora yang kehijauan. Rumahnya betul-betul terletak di atas bukit.

"Wah, cantiknya rumah. Macam bukan rumah sewa je".

Thaqif memberikan reaksi tergamam kerana senibina rumah di kota Turki tidak dapat dinafikan keindahan reka bentuknya.

"Eh, ini memang bukan rumah sewa. Ini rumah ana sendiri. Ana beli tahun lepas. Pemiliknya jual dengan harga yang murah sebab dia terpaksa berpindah ke luar negara dengan segera. Jadi bila dia tahu ana tengah cari rumah, terus dia jual dengan harga yang murah. Rezeki dari Allah, Alhamdulillah adalah sikit duit simpanan dalam bank. Jadi ana terus beli sebab ana memang nak menetap kat sini. In sha Allah".

Jawab Umair dengan panjang sambil membuka pintu rumah dengan anak kuncinya.

Tiba-tiba sebujur jasad kecil memeluk kaki Thaqif. Tergamam dibuatnya kerana kaki kanannya baru selangkah ke dalam rumah. Terus anak itu memandang wajah Thaqif dengan muka yang suci dan penuh kejujuran. Apabila diamati, wajah anak itu seperti dikenali. Seseorang yang sudah lama dikenali.

Tetapi siapa?

Gadis NinjaWhere stories live. Discover now