"Istanbul Ataturk Airport"Segelumit senyuman terukir apabila membaca papan tanda itu. Kakinya duduk melutut tak ubah seperti seorang putera. Jari jemari Thaqif mengenggam erat pasir di bumi Allah itu. Diharapkan kedatangannya ke sini dapat melupakan segalanya tentang Malaysia dan semoga dirinya mampu menimba ilmu-ilmu Allah sehingga akhir nafasnya.
"Turkey, i'm coming".
Jeritnya di luar perkarangan lapangan terbang. Habis semua mata melihatnya malahan ada yang mengambil gambarnya sambil ketawa. Tetapi ditebalkan sahaja malunya. Thaqif begitu bersemangat untuk memulakan langkah baru dalam hidupnya. Semangatnya kian terasa. Entahlah mengapa, mungkin kekuatan datangnya daripada Allah.
"Crazy man". Kedengaran suatu bisikan berlalu di belakangnya. Lalu dipusingkan badannya untuk melihat siapakah orangnya.
"Excuse me. Do you have say something to me?". Tanya Thaqif dengan muka yang serius.
"Ben aslında bir deli diyoruz".
Jawab gadis itu sambil tersenyum manis. Manisnya terlihat kedua-dua belah lesung pipitnya yang dalam. Matanya berkaca.
"Erk, minah ni mencarut apa pulak?".
Thaqif menunjukkan baris-baris gigi sambil mengerutkan dahinya. Lalu dia membuat isyarat agar gadis itu mengulangi kata-katanya.
" Ben aslında bir deli diyoruz".
Lalu dicatatkan kata-kata itu di dalam buku notanya dan Thaqif menundukkan kepalanya sebagai tanda maaf. Gadis itu juga menundukkan kepalanya sambil tersenyum. Kemudian kedua-keduanya pun berlalu pergi.
"Hahaha. Agak-agaknya apelah minah tu cakap. Nasib baik aku tak hentam keromo je tuduh dia, entah aku silap dengar ke apa".
Thaqif ketawa berdekah-dekah. Nampaknya dia perlu belajar banyak bahasa Turki.
Lalu telefonnya berbunyi. Timbul nama "Ummu" di skrin. Thaqif hanya membiarkan saja panggilan itu tidak diangkat. Kemudian, dia mematikan telefonnya. Sim card telefonnya telah dicabut dan dipatahkan dengan segera tanpa berfikir panjang. Dia berharap agar hubungannya dengan orang-orang di Malaysia diputuskan. Hal ini terlebih dahulu dimaklumkan kepada orang tuanya dan dia mendapat restu daripada mummy daddy-nya atas alasan belajar.
"Takpelah, Thaqif. Inilah pengorbanan namanya. Kalau kau tak buat sape nak buat kan?".
Pujuk hatinya sambil mengesat air matanya. Hatinya masih belum melupakan gadis ninja itu. Kakinya laju melangkah ke arah kerusi bangku disitu. Sewaktu dia menyimpan Iphone miliknya di dalam beg galasnya, terlihat sebuah kotak hadiah dari Ummu. Lalu dibukanya.
"SubhanAllah. Cantiknya".
Sebuah potret lukisan bersaiz A4 dilipat kecil-kecil di dalam kotak hadiah itu. Gambar seorang gadis berniqab terlukis di atas kertas kosong itu.
"Ya Allah". Thaqif baru teringat. Dia pernah melukis gambar Ummu menggunakan imaginasinya. Kemudian, lukisan itu disorok di dalam laci keretanya. Tetapi bagaimana Ummu boleh menemuinya?
Lalu sepucuk surat dibuka...
"Macam mana Ummu jumpa? Ummu jumpa lukisan ni dalam kereta abang. Masa tu Ummu, mummy dan abang Haziq tengah on the way balik dari fitting baju pengantin di Butik Riez. Tiba-tiba hati tergerak nak buka laci kereta and then Ummu nampak lukisan ni. Orangnya sama macam Ummu. Abang lukis Ummu eh? 😁 haha dah kantoi.
Tapi sebab takut orang lain tahu, Ummu terpaksa sorokkan dalam tas tangan. Bahaya ! Sedar tak sedar esok nak nikah, Ummu baru perasan lukisan tu masih disimpan lagi. Nak buang, sayang. Sebab abang lukis memang perfect sangat jadi Ummu sorokkan kat belakang meja alat solek. Uishhh... Ummu rasa macam spy pulak. Haha. Tiba-tiba, esok abang nak pergi Turki baru malam ni Ummu tahu abang nak fly. Jadi Ummu tak sempat nak beli hadiah so Ummu bagi jelah hadiah lukisan. Panjang pulak ceritanya.
Erm, abang? Abang tahu kan Ummu sayangkan abang macam mana? Disebabkan kita ni berkongsi ibu yang sama kita tak boleh bersama. Tapi abang....."
Belum sempat surat itu dihabiskan, Thaqif mengoyakkannya sehingga menjadi cebisan yang kecil. Lalu dibuangkan ke dalam tong sampah yang terletak di sebelahnya. Air matanya mengalir laju lalu segera disapu olehnya."Macam mana aku nak lupakan kau kalau kau sendiri bertindak macam ni?".
Thaqif sudah teresak-esak menangis. Ditekup mukanya menahan tangisan. Tersedu-sedu dibuatnya. Dia hanya mampu redha akan Qada' dan QadarNya. Dia redha dia dan Ummu tak dapat bersama. Dia redha Ummu adalah adiknya dan dia adalah abangnya.
"Are you okay?". Tiba-tiba suatu suara menghinggap di telinganya.
YOU ARE READING
Gadis Ninja
Short StoryTiba-tiba matanya menangkap anak mata seseorang yang sedang melihatnya. Dia hanya duduk berhadapan mejanya. "Erkkk. Tahulah aku handsome tapi janganlah pandang lama-lama". Dia berpura-pura bermain Tissot Swiss. Dipusing segala butang yang ada pada j...