19 APRIL 2015
"Nah tolong bagi ni dekat Qisha" kataku sambil menghulurkan sebuah beg kertas kepada rakan sekelasnya.
"Kau nak aku bagitahu dia ke kau yang bagi benda ni"
"Tak payah, nanti dia taknak terima pulak nanti. Btw thanks tolong aku"
"Takyah nak thanks la kitekan member. Hahahaha"
"Okla Raf aku kena balik hostel ni, malam ni ade study group. Kau jgn risau aku yakin dia terima punya apa yang kau bagi ni.Bye Raf!!" Pamit Amy sambil melambai kearahku.
'Aku harap sangat kau akan maafkan apa yang aku dah buat' monologku lalu pulang ke rumah yang aku sewa sejak 2 bulan lalu.
************************************
Sejak balik dari mintak tolong si Amy, hati aku gelisah. Mungkin aku takut yang Qisha tak terima hadiah yang aku belikan sempena hari jadi dia. Aku malu nak bagi depan-depan, takut kena reject buat malu je. Huhuhuhu
"Oii Raf, kau ni memang takleh duduk diam ke? Dari tadi asyik ke hulu ke hilir, serabut la" tegur Syaf sambil menghulurkan gelas yang berisi milo panas kepada ku.
"Fuhh sedapnya"
"Eh bukan ke aku ni memang pandai buat air, takyahla puji-puji"
"Perasan gila, aku tengah dahaga la sebabtu aku kata sedap. Kalau tak air yang kau buat mesti terlebih manis sampai boleh buat aku kena diabetes"kataku. Padahal memang sedap pon air yang si Syaf ni buat , cuma malas nak puji la . kang tak pasal-pasal dia kembang. Hahahaha
"Ish dahla malas aku nak layan. Aku nak tanya macam mana kau dengan Qisha? Dah okay ke belum?"
"Hah ni la yang buat aku pening Syaf. Aku dah cuba pujuk dia, tapi tula dia still taknak tegur aku. Ni pon aku mintak tolong classmate dia suruh bagikan hadiah birthday dia harini" balasku lalu melepaskan keluhan yang berat.
"Adu kau ni kan Raf macam mana la si Qisha tu nak maafkan kau, kau ni tak sweet langsung nak pujuk perempuan"
"Aku ni bukan perempuan jugak ke?"
"Baru sekarang nak mengaku kau tu perempuan. Pelik betul, macam mana la ramai perempuan dekat kolej kita boleh minat dekat kau" kutuk Syaf
"Amboi, sedapnya mulut kau mengata aku. Apa yang nak dipelikkan, aku pon tak tahu kenapa dorang semua minat aku. Nak kata cute tak la jugak tapi boleh tahan. Hahahahaha"
iya aku memang tomboy. Dari kecik lagi personaliti aku memang tak ubah macam lelaki, punca nya aku pon tak tahu kenapa tapi mungkin sebab aku dah selesa sangat dengan cara pemakaian macam ni. Pasal Qisha tu sebenarnya kitaorang kawan dari darjah 6 sampai la sekarang so kiranya rapatla jugak kan? Dan punca dia tak tegur aku sekarang ni pon sebab aku jugak.
Flashback..
6 APRIL 2015
"Raf, jom teman aku pergi cafe. Laparlah.." Ajak Qisha sambil mengusap perutnya yang memang dah berbunyi sejak tadi sebab teman si Raf ni buat assignment.
"Alah kejapla Qisha, dah nak siap dah assignment aku ni. But kalau kau lapar sangat ajak si Syaf dengan Hanah" balasku tanpa memandang langsung ke arah Qisha kerana kusyuk sangat dengan lappy kesayangan aku.
"Ishh kau ni dah la suruh aku teman kau duduk kat library ni sampai 2 jam, lepastu tak nak teman aku makan pulak"
"Alolololo sian nya dia. Okay, give me 15 minutes lepastu kita pergi makan" kataku lalu mengenyitkan mata kepada Qisha mana la tahu tetiba dia cair ke kan.
"Eii pape jela and aku nak kau yang belanja aku. Btw jangan nak mengada-ngada sangat aku bantai kau nanti baru tahu" balas Qisha sambil menongkat dagu diatas meja.
Apabila aku nak balas balik apa yang Qisha cakap dekat aku tiba-tiba...
"Raf.. Boleh tak teman i pergi jumpa Mr.Emran dekat bilik dia takut la pulak nak pergi sorang-sorang. Please..."
'Adu minah gedik ni dah datang, dahla Qisha depan mata ni' monologku sambil menelan air liur ku apabila memandang muka Qisha yang macam nak makan minah yang tiba-tiba duduk disebelahku tanpa segan silu, lepastu boleh pulak dia ajak aku suruh teman dia jumpa lecture.
"Sorry,Tasya. Aku memang takleh nak teman kau, kau nampak sendiri kan aku tengah buat assignment ni." Qisha dari tadi hanya mendiamkan diri. Aku tahu dia tengah tahan marah tu.
"Alah Raf sekejap je okay"balas Tasya lalu terus menarik tangan aku keluar dari library tanpa menunggu apape keputusan dari aku sendiri. Aku pulak dah takut dengan Qisha ni, dahla aku janji nak teman dia pergi makan. Habislah aku nanti..
'Lama gila aku kena teman dia ni, kata sekejap je'monologku, tanpa membuang masa aku terus meninggalkan Tasya seorang diri di dalam bilik Encik Emran. Yela aku takut Qisha marahkan aku sebab tiba-tiba tinggalkan dia dekat library semata-mata nak teman si Tasya ni.
Apabila aku sampai dekat meja yang mula-mula kitaorang duduk buat assignment tadi, aku tengok barang aku je ada. Mesti Qisha dah pergi, aku mengambil telefon aku di dalam beg sandang lalu terus call Qisha nak tahu dia dekat mana tapi tula tak berangkat. Aku pon dah risau, aku terus kemas barang-barang aku sebab memang hilang terus nak siapkan assignment yang sepatutnya aku kena hantar esok pagi.
Aku memang tak fikir panjang time tu terus cari Qisha dekat cafe, mana la tahu kalau dia pergi makan dengan kawan dia. Mata aku melilau tengok pelajar yang tengah makan dekat cafe tu and yes! Aku jumpa jugak Qisha tengah duduk sesorang dekat sudut cafe tu. Aku baru nak melangkah pergi dekat meja dia, tapi aku patah balik sebab aku nampak dia bukan sorang tapi dengan someone.
'Kenapa pulak Aref yang makan dengan Qisha, takde orang lain ke nak ajak teman' getusku, Aref ni budak business and sama course dengan aku. Aku taktahu kenapa tapi aku tak suka dia nak rapat dengan Qisha lagipun dorang bukanya sekelas. Anti betul aku dengan budak Aref ni, bukanya apa, sebab Aref ni kekadang panas baran dengan orang lepastu kalau boleh pasal bola pon boleh ajak bergaduh.Dahla malas aku nak describe pasal mamat ni.
Aku pon dengan malas nak tengok apa yang dorang buat lagi , lalu aku melangkah ke tempat dimana aku meletakkan kereta kesayangan aku dan terus pulang ke rumah.
To be continued.
Hye guys!
So ni adalah first story aku,
Harap korang suka lah dengan jalan cerita ni.
Untuk first bab ni macam panjang sikit hehehehe.
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.