Raf pov
"Kiss me again Raf Please..." rintih Qisha.
Aku terkejut. Hati dah berdebar macam nak terkeluar segala organ dalam tubuh.
Namun aku tak pasti apa yang merasuk aku untuk mencium bibirnya semula. Lama. Dia tidak membalas. Aku mengusap pipinya yang terasa basah. Dia menangis.
Kejadian yang sama ketika dalam hutan dulu. Apa aku dah buat lagi ni?
Aku melepaskan kucupan aku dibibirnya.
"Dah tido. Kita lupakan semua ni. Aku hantar kau balik esok" aku mengusap rambutnya perlahan lalu ingin kearah sofa semula.
Qisha memanggilku.
Aku berpaling.
"Tido dengan Qisha please.."
Aku hanya mengangguk lalu baring bersebelahan denganya. Tiba-tiba Qisha pula yang bangun dari pembaringanya.
"Kenapa?" soalku.
Qisha tidak menjawab lalu dia baring semula, lebih tepat lagi berbaring diatas dadaku.
"Tadi tak selesa so sekarang dah okay. Jom tido" dia memeluk erat pinggangku dan mula menutup mata.
Aku terkaku. Namun senyuman tetap terukir dibibir sebelum aku menutup mata melayari bahtera mimpi.
****************************
"Raf, bangun.."
" 5 minutes lagi" balasku lalu menarik selimut yang ditarik oleh Qisha.
"Biy bangun la lewat dah ni.. Kata nak hantar sayang balik semalam " panggil Qisha sambil mengusap pipiku.
Aku bangun dari pembaringan dengan reaksi terkejut. Terus tak jadi tidur.
"Kau panggil aku apa tadi?"
"Biy." jawabnya dengan senyuman tak lekang dari bibir.
Aku memandangnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Dahla aku nak mandi" aku mengambil bathrobe yang disangkut dibelakang pintu.
"Biy.." panggil Qisha. Aku berpaling dan tiba-tiba mendapat kucupan hangat dibibir.
"Ei busuk, lepas mandi nanti turun tau."
Aku terkaku. Lalu aku masuk ke dalam bilik mandi tanpa memandang kearah Qisha.
Aku melihat pantulan muka ku dicermin.
"Apa dah jadi ni? Kenapa dia jadi lain?" soalku dihadapan cermin seolah-olah aku boleh mendapat jawapan melalui cermin itu.
Tanpa berfikir panjang aku meneruskan aktiviti mandian aku yang tergendala tadi dek terfikirkan attitude Qisha yang pelik semacam pagi ni.
Lepas aku keluar dari bilik mandi, aku tengok pakaian aku dah siap tersedia atas katil.
"Pandai pulak dia selongkar wardrobe aku, haih.."
"Biy!!" Jerit Qisha dari tingkat bawah.
"Ye! Sabarlah aku nak pakai baju ni! Adumak!" Jeritku pula.
Aku turun ke bawah lalu melihat Qisha yang sedang kusyuk menonton Tv.
"Dah jom aku hantar kau balik" tegurku dan mengambil kunci kereta yang tergantung belakang pintu.
Dia berpaling dan tersenyum kearahku.
"Tapi biy, sayang laparla. Jom pergi makan" jawab Qisha sambil memuncungkan bibirnya. Ingat comel la tu?
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.