BAB 12

3.1K 90 10
                                    

5:30 PM

"Tasya, aku nak jumpa kau sekejap boleh ?" Tegurku apabila melihat Tasya yang baru keluar dari dewan kuliah.

"Wah you nak jumpa i? Okay jom" Tasya menarik tanganku untuk mengekorinya ke kereta.

"Eh dah kenapa bawak aku dekat sini?"

"Lah kata nak jumpa so i bawak you pergi somewhere la takkan nak cakap dekat sini"

"Hah okay okay tapi tangan tu dah boleh lepas la kot, nak pegang sampai bila?"

"Hehehe sorry" balas Tasya lalu melepaskan pegelangan tanganku.

Aku menaiki keretanya tapi baru tersedar yang kereta aku masih dalam kolej.

"Tasya. Kereta aku macam mana?"

"Hmm nanti i hantar you balik then esok pagi you pergi kolej dengan i" balas Tasya sambil tersenyum kearahku. Aku hanya mengangguk dan fokus memikirkan macam mana aku nak mulakan lakonan depan Tasya.

************************

Ariana Restaurant.

Tasya memberhentikan keretanya dihadapan restoran itu. Nasib baik dia ajak pergi makan bukan bawak pergi mall. Kalau tak naya aku nak kena teman dia shopping pulak.

"Dah sampai! Jom turun" ujar Tasya dengan nada yang terlebih excited.

"Kenapa excited sangat ni?" Soalku kehairanan.

"Yela bukan senang nak ajak you pergi makan. Asal i ajak je mengelak, nampak sangat you taknak dekat i"

Aku terkedu. Betul juga tu apa dia cakap. Nampak sangat layanan aku ni tak berminat dengan dia. Tapi memang aku tak berminat langsung dengan Tasya ni.

"Dah termenung apa pulak tu jomla turun. I dah lapar sangat ni" ajak Tasya sekali lagi lalu meninggalkan aku sendirian dalam kereta dengan masuk ke dalam restoran tersebut.

Aku turun dari kereta setelah nampak Tasya sedang berpelukkan dengan seorang wanita yang umur dalam lingkungan 40-50 tahun. Tak la nampak berumur sangat tapi masih berseri mukanya.

"Hello" tegurku lalu menyalam wanita tersebut tetapi belum sempat aku menghulurkan tangan, wanita tersebut sudah memelukku dengan erat.

"Ni Raf kan? Aunty dah lama nak jumpa kamu. Just panggil aunty Anne je" ujar wanita tersebut setelah meleraikan pelukan kami tadi.

"Hah saya Raf. Kenapa aunty dah lama nak jumpa saya?"

"Yela Tasya ni selalu sangat cakap pasal kamu dekat aunty. So bila dia ceritakan pasal kamu tu, mati-mati aunty ingatkan kamu ni lelaki tapi still handsome. Hahahahaha" balasnya lalu menepuk bahuku. Aku hanya mampu tersengih sahaja sebaik mendengar pujian dari aunty Anne.

"Jangan puji saya macam tu. Malu saya dibuatnya"

"Dah memang kenyataan yang you tu memang handsome + cute kan" balas Tasya pula sambil tersipu malu. Aku yang kena puji ke dia yang kena puji ni?

"Okay lah aunty kitaorang cari tempat duduk dulu" pamit aku lalu menarik tangan Tasya untuk mencari tempat duduk dalam restoran tersebut. Nanti lama-lama muka dah macam tomato dah asyik kena puji je.

"Lah you ni pon, nak cepat sangat bukanya meja kerusi tu boleh lari. Sakit kaki i nak jalan laju"

"Jangan nak mengada sangat. Duduk" arahku dan mengambil tempat duduk dihadapan Tasya.

Tasya memanggil pelayan dan membuat pesanan kami. Beberapa minit kemudian makanan yang kami pesan sudah terhidang diatas meja. Nampak macam sedap.

"Tasya. Aunty Anne tu siapa?"

"She's my aunt" balas Tasya lalu menyuapkan steak ke dalam mulutnya.

"Then apa dia buat kat sini?" Soalku lagi dan terlihat sos yang tercalit dihujung bibir Tasya. Secara spontan aku mengambil tisu kemudian lap bibirnya dengan perlahan.

"Ni restoran dia" selepas menjawab soalanku dia hanya menunduk dan memandang makananya sahaja.

"Tapi kenapa Ariana?"

"Ariana tu nama arwah anak dia" balasnya perlahan. Mungkin sebab dia dah dapat agak aku tanya soalan macam tu.

"I'm sorry. Aku tak patut tanya pon pasal hal ni. Aku just curious"

"It's okay. Ariana memang dah lama tinggalkan kami, lagipon Ariana tu anak tunggal. And i memang rapat dengan aunty sejak kecil . Hmm..dah habiskan makanan you tu dulu" aku mengangguk dan menghabiskan makanan yang kami pesan tadi.

Selepas beberapa minit kami menghabiskan masa di restoran tersebut, aku mempelawa diri aku untuk membawa kereta Tasya. Asalnya memang nak cakap dekat restoran tadi tapi aku tak suka nak cakap hal privacy dekat tempat yang ramai orang.

"So Raf. Apa yang membuatkan you nak jumpa i harini?

"Em aku ada benda nak confess dekat kau"balasku dikerusi pemandu. Mataku tak lepas memandang kedepan. Kalau boleh taknak pandang mata Tasya langsung.

"Okay then, confess jela. I sedia nak dengar"

"Ak..ku nak.."balasku dengan tergagap-gagap.

"You nak?" Soal Tasya yang memandangku hairan.

"Aku nak kau jadi girlfriend aku"

To be continued.

Vote n comment

Kau, Aku Dan KitaWhere stories live. Discover now