BAB 24

3.1K 78 0
                                    

Raf pov

Sejujurnya aku tipu aku cakap dia hodoh tadi. Dia terlampau cantik untuk dikata hodoh. Tapi bila aku dengar dia cakap..

"Kau ingat kau handsome?! Benci aku tangok kau!"

Tak handsome takpe lagi, ni dia kata dia benci tengok aku. Hina sangat ke aku ni dekat mata dia?

Aku hanya diam duduk di sofa bersebelahan dengan Tina. Qisha dari tadi memandang telefon pintarnya dengan muka resah.

"Dia tunggu someone ke?" soalku dalam hati.

Tok! Tok! Tok!

"Mama, dia dah sampai!" kata Qisha lalu menuju ke muka pintu untuk menyambut orang tersebut. Siapa dia?

"Assalamualaikum" tegur manusia tersebut.

Alangkah terkejutnya aku melihat gerangan yang Qisha tertunggu-tunggu dari tadi rupanya Aref.

"Mama, papa ni la Aref yang Qisha cakap tu" ucap Qisha sambil memaut lengan sado Aref.

Aku melihat mamat tu atas bawah.

Aref memakai suit dan kemeja putih.

"Kau ingat kau sado then kau pakai camtu handsome ah, dahla ada jambang" kutuk ku dalam hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau ingat kau sado then kau pakai camtu handsome ah, dahla ada jambang" kutuk ku dalam hati.

"Ai Qisha taknak kenalkan dekat kami ke?" perli mommy.

Qisha hanya tersengih lalu Aref bersalaman dengan mommy dan daddy aku. Acah baik ah ni?

"Saya Aref anak dato Iskandar , boyfriend Qisha" ujar Aref dengan muka bangganya memandang kearahku.

Aku hanya buat muka bodo lalu mengeluarkan fonku dari clutch. Mood dah start nak barai.

"Dato iskandar pemilik company Iskandar Empire sdn.bhd. ke?" soal daddy dengan riak terkejut.

Aref mengangguk menunjukkan bahawa tekaan daddy tadi betul.

"Wah tak sangka ye kamu ni anak Iskandar ? Papa kamu camne sihat? Uncle dah lama tak jumpa dia" ujar papa Qisha. Okay aku diabaikan sekejap.

"Sihat je uncle, boleh la lepasni selalu jumpa. Hahaha" mereka hanya ketawa.

Aku memandang pula kearah Qisha, tanganya memang tak lepas dari lengan Aref. Apa motif dia?

"Tuan, makanan dah siap dihidang" tegur Mak Kiah.

Papa hanya mengangguk dan mengajak kami semua menjamu selera dimeja makan.

Aku bangun lalu menarik tangan Tina untuk duduk makan disebelahku. Tina tak membantah tapi Qisha memandangku tajam. Kesah apa aku, adik kau adik aku jugak. Eh?

"Raf macam mana sekarang study okay? Dah ada girlfriend ke?" soal mama.

Aku yang sedang mengunyah daging meatball tiba-tiba terkejut dengan soalan terakhir mama. Nasib tak tersedak je, kang malu depan Qisha ni dahla makan pon menghadap aku. Control muka handsome kau tu Raf.

Kau, Aku Dan KitaWhere stories live. Discover now