"Aku nak kau jadi girlfriend Aku"
Aku memberhentikan kereta di bahu jalan dan melihat Tasya disebelah hanya terdiam dengan mata yang terbuntang. Takla sweet sangat kan, tapi kenapa terkejut sangat ni.
"Tasya? Kau okay tak ni?" Ujarku dengan menampar pelahan pipinya supaya tersedar dari realiti yang aku memang betul nak dia jadi girlfriend aku.
"Are you kidding me, Raf?"
"No. Aku tak main-main"ujarku dan memegang erat kedua belah bahunya dengan memberi tatapan yang sangat serious.
"But kenapa tiba-tiba?"
"Please jangan tanya kenapa. Yes or no?"
"You dah tahu kan jawapan dia. Mestilah i akan cakap yes!" Jerit Tasya lalu memelukku dengan erat.
Aku membalas pelukan tersebut dengan perasaan yang bercampur baur dan meleraikan pelukan itu kerana tak sanggup nak berpelukkan lama-lama dalam keadaan macam ni.
"Okay kau pon dah setuju so jom aku hantar kau balik. Esok biar aku yang ambik kau" ujarku dan menyambung semula perjalanan kami.
"Em jangan la pakai kau-aku" balas Tasya dengan mengigit bibir. Tak tergoda pon lah.
"Dahtu nak panggil apa? Aku dah terbiasa kot"
"Panggil la i-you ke or nak panggil sayang pon boleh"
'Gila! Aku salah pilih orang nak buat plan ni.' Bisik hatiku.
"Okay i try guna i-you" balasku dengan nada yang kegelian.
"Hah macam ni kan bagus sikit nak dengar. So jom balik dah lewat ni"
*********************
10:00 PM
Aku masuk ke dalam rumah setelah memberi salam dan menghempaskan diri ke sofa.
"Weh asal nampak penat sangat ni?" Tegur Syaf lalu mengintai ke arah luar.
"Eh ni bukan kereta Tasya ke?"Soalnya lagi dan memandangku dengan terkejut.
"Hah ni mesti dah couple kan? Hebat kau bro!" Usiknya pula.
"Ni semua salah kau!"
"Salah aku pulak. Memang bukan ni ke plan kita awal-awal"
"Memangla tapi aku takut aku takleh nak control perangai gedik dia tu. Geli seh!" Aku mencapai remote tv lalu menukar siaran.
"Woi pandai-pandai nak alih pulak"
"Biarlah, asyik kau je control tv dengan layan kpop memanjang"
"Takyah nak tukar topik. So esok kau kena ambik dia dekat rumah la kan?"
Aku melepaskan keluhan yang berat lalu mengangguk dengan perlahan.
"Ok cun, esok aku nak kita datang awal before Qisha datang"
"Kau rasa aku boleh buat ke?" Soalku dan mencapai gelas berisi Milo panas. Ni mesti Syaf baru buat tadi.
"Kau takde pilihan. Kau nak sangatkan dia tu jeles and mintak maaf so buat jelah."
"Tapi aku terfikir jugak. Buat apa dia nak marah kalau aku couple dengan Tasya pon. Dia bukan suka aku ke apa"balasku lalu memperhatikan Syaf yang mula tersengih macam kerang busuk.
"Dah kenapa kau ni?" Soalku lagi apabila dia tidak berhenti memandangku. Jadi tak senang duduk pulak.
"Kau tak rasa Qisha suka kau ke?" Soal Syaf tiba-tiba.
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.