11 MEI 2015
7:30 AM
"Raf kau pergi tak lama kan?. Nanti kalau rajin kau belikan la aku ole-ole" kata Syaf sambil menolong aku mengangkat beg dan meletakkanya dalam bonet kereta.
"No money, no talk"
"Oh kau dengan aku pon nak berkira, apa salahnya kau belikan untuk sahabat kau yang tercinta ni"
"Tercinta la sangat. Btw kalau ada apa hal kau call je aku, kalau rasa takut duduk sesorang kau ajak member tido rumah nak teman kau memalam. Tapi kau jangan call aku selalu lah, bila perlu je eh" balasku sambil mengikat tali kasut dihadapan pintu rumah.
"Eh dah kenapa pulak bila perlu je?" soalnya dan memandangku dengan hairan.
"Yela mana lah tahu tempat yang nak pergi ni takde line ke. Pastu kau ni pon aku kan nak pergi dengan Qisha, bagi la privacy sikit. Halah halah halah" balasku lalu menghidup enjin kereta.
"Kau jangan nak menggatal sangat Raf, anak orang tu" nasihatnya sambil bercekak pinggang.
"Kau gila ke? Kau fikir aku nak buat apa hahahahaha. Apa apa pon kau doakan kebahagian kami kat sana. Bye baby muahhh.. Take care!" Aku memeluk Syaf sekejap, mana boleh lama-lama nanti geli pulak aku.
"Banyak la kau punya kebahagiaan, dah dah pergi cepat nanti kang ada yang patah balik rumah sebab tak jadi pergi bercuti" katanya dan melepaskan pelukkan kami tadi.
"Okay Asslamualaikum" lalu aku perlahan mengundurkan kereta ku keluar dari perkarangan rumah dan terus pergi ke hostel untuk mengambil Qisha.
**********************************
-Hostel Qisha-
Qisha pov.
'Haih mana si raf ni lambat sangat' kataku selepas melihat jam tangan baby-g yang dihadiahkan oleh Raf pada hari jadi aku tahun lepas.
'Hm aku harap dia happy la pasal surprise aku nak bagi dekat dia ni' monologku lagi sehingga tak perasan Honda HR-V kepunyaan Raf yang sudah berhenti dihadapan aku 1minit lalu.
Pin!! Pin!! Pin!!
"Woi cik kak! Cepatla masuk nanti bising pulak lambat" tegur Raf apabila menurunkan cermin tingkap keretanya.
"Kau ni tak reti nak tolong aku ke? Gentleman lah sikit!" Balasku.
Raf turun dari kereta selepas aku berkata sedemikian. Harini Raf mengenakan sweatshirt adidas bewarna putih dan skinny jeans yang koyak dibahagian lutut. Tidak lupa juga rambutnya yang disikat kemas tapi memakai topi adidas bewarna hitam dan sunglasses. Adidas, adalah salah satu jenama kesukaan Raf.
'Handsome' gumam aku perlahan, nasib baik Raf tak dengar.
"Hah apasal kau lambat!" Kataku lalu mengetuk kepalanya dengan kuat.
"Oi kau dah kenapa ketuk kepala aku, nasib baik aku pakai cap tau. Kau kena faham aku ni macam-macam benda nak kena prepare sebelum tinggalkan rumah tu, kau takpelah duduk hostel je" balasnya sambil mengosok kepalanya yang sakit tu.
"Padan muka kau, dahla lama aku tunggu macam pokok kat depan ni"
"Patotla aku tengok kau pon dah macam pokok dah, meh sini beg kau aku angkat letak kat belakang" balasnya lagi. Aku ingin mengetuk kepalanya lagi tapi dia dah cepat-cepat lari angkat barang. Takut la tu.
"Okay! Let's go babeh!" Jeritnya apabila masuk ke dalam kereta dan memakai seatbelt.
"Hah ni let's go kau!" Kataku mengetuk kepalanya lagi.
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.