"Ya Allah! Raf kenapa boleh jadi sampai macam ni hah!" jerit mommy setelah mendapati aku pulang ke rumah dalam keadaan kepala yang berbalut.
"Raf sesat dalam hutan auntie pastu taktahu la kepala dia rasanya terhentak. Btw saya Tasya gf Raf." sampuk Tasya dan bersalaman dengan mommy.
"Yang pergi bagitahu mommy tu kenapa!"
Mommy menepuk perlahan lenganku.
"Eh betul dah la ape dia buat tu. Kalau tak bukanya kamu nak bagitahu mommy kan?"
Aku hanya mengeluh dan masuk ke dalam rumah. Cari daddy, nak mengadu nasib huhuhuhu...
"Tasya balik dulu ye auntie, dah lewat malam sangat ni. Nanti my parents risau." pamit Tasya.
"Lah baru nak ajak Tasya tidur sini. Takpela, hati-hati ye. Thanks sebab tengokkan anak auntie"
"it's okay la, as girlfriend kena lah jaga Raf kan. Bye auntie! Kirim salam dekat uncle ye" menyempat pulak Tasya puji diri dia erghh.
"Daddy!!" jeritku setelah masuk ke dalam bilik tidur mereka.
"Astagfirullah Raf, terkejut daddy dibuatnya. Ni kenapa kepala ? Gaduh ke ape? Bukan Raf pergi kem ke? Kenapa balik?" hah ambik soalan dari daddy, kalah mommy.
"Hey slow down la daddy. Raf okay just terhentak bcs tersesat dalam hutan petang tadi ni pon baru boleh balik. Heheheheh"
"Haih kamu ni kalau ye pon nampak je gini tapi mental still perempuan tahu??" bebel daddy.
"Ish daddy ni kan kalah mommy la bebel. Dah la sambung esok pagi Raf nak rehat ni ngantuk gila hah"
Aku bersalaman dengan daddy kemudian menghempaskan badan diatas katil sehingga tidak sedar bila aku melelapkan mata.
****************************
Qisha pov
"Aku takkan ganggu kau dah.." suara itu..
Aku membuka mata.
"Weh kau dah sedar? Lamanya kau tido" tegur Syaf dan menghulurkan aku segelas air.
"Pukul berapa dah ni?" soalku lalu meneguk air tersebut. Haus.
" 10 pagi dah ni. Kau okay tak ni? Nak aku panggil En.Edri?"
" Lah yeke? Aku okay je btw macam mana aku dah boleh ada kat sini? Raf mana?" Even apa yang dah jadi semalam takkan aku taknak tanya pasal dia kan?
"Semalam kiteorang cari korang. Degil sangat pergi cari Raf sesorang tu kenapa? Nasib baik aku jumpa kau pengsan atas riba Raf"
"Lagipun Tasya dah bawak Raf balik malam tadi jugak" tambah Syaf lagi.
"Em thanks ye. Okay lah aku nak pergi mandi bersihkan badan kalau Aref tanya aku, kau cakaplah aku mandi" aku membalas dan terus bangun untuk mandi. Nasib baik la yang lain dah teruskan aktiviti dorang. Aku pulak yang macam nak balik, memang takde mood dah nak join kem ni.
"Caring jugak Tasya tu dekat Raf sampai nak bawak dia balik" kataku dalam hati lalu mencapai barang mandian.
*******************************
Raf pov
Aku turun kebawah untuk sarapan bersama mommy dan daddy. Kepala yang masih berbalut itu aku sentuh perlahan.
"Hah bangun jugak anak kesayangan daddy ni. Come, breakfast sedap-sedap ni" panggil daddy. Mommy sedang menyapu jam atas roti.
"Ni kepala ni dah tukar pembalut ke belum?" soal mommy.
Aku mengangkat perlahan kerusi dan duduk bersebelahan mommy.
"Belum lagi, nak mommy yang tukarkan. Hehehehe"
"Ngada-ngada jela Raf ni. Suruh Tasya yang tukarkan jela" perli mommy sambil tersenyum sinis kearahku.
Aku yang sedang menjamu bihun goreng tiba-tiba tersedak mendengar nama Tasya disebut.
"Eh budak bertuah ni makan elok-elok lah" daddy menghulurkan air kepadaku.
"Kenapa mommy sebut nama dia pulak?"
"Dia kan gf kamu, apa salahnya" balas mommy lalu tersenyum sinis lagi kearahku.
Daddy dihadapan hanya bertepuk tangan sambil mempamerkan muka terujanya. Bukan aku menang loteri pon nak excited bagai. Aduii
"Wow tak sangka anak daddy ni dah maju. Boleh la bawak dia datang singgah sini selalu kan"
"Aish takde maknanya. Sakit kepala Raf nak melayan nanti. Dah la makanla takyah mentioned nama dia takut tak terhabis makanan ni" balasku dan menghabiskan sarapan.
Selepas sarapan, aku duduk bersama mommy dan daddy di ruang tamu. Aku rasa aku patut cakap keputusan penting yang aku dah buat. Dah sampai masa.
"Daddy, mommy..." panggilku.
Mereka berpaling kearahku dengan muka yang serius.
"Uish jangan serious sangat muka tu. Hahahahah"
"Dah Raf tu tiba-tiba panggil mommy ngan daddy camtu mana taknya" balas mommy.
"Tapi memang ade benda penting Raf nak cakap ni"
"okay cakapla, apa dia yang penting sangat tu" balas daddy pula sambil berpeluk tubuh.
Okay aku memang dah yakin.
Sekali nafas.
"Raf nak pindah ke Bangkok.."
To be continue.
Yeah hye! Disebabkan readers ramai jugak support suruh aku update so yea. Enjoy this Chapter. Why bangkok? Tunggu jela next chapter ye? Hahahha
Xoxo.
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.