BAB 27

3.4K 87 41
                                    

Qisha pov

"Kau okay tak ni Raf?"

Aku cuba memaut lenganya tapi ditepis kasar.

"Cepat masuk kereta, aku hantar kau balik" balasnya dengan dingin lalu terus masuk ke dalam tempat duduk bahagian pemandu.

Dia tak pandang muka aku sikit pon masa bercakap.

Aku melabuhkan punggung disebelah bahagian penumpang. Aku ingin tegur dia sekali lagi tapi belum apape.

"Aku okay" balasnya dan mulakan pemanduan.

Dah kenapa dengan dia? Aku silap cakap lagi ke?

Aku mengambil keputusan untuk memandang ke luar tingkap sahaja sambil melayan perasaan tiba-tiba tanpa sedar ada sepasang tangan memaut jari-jemari ku bertaut dengan jarinya. Siapa lagi kalau bukan Raf.

"Kau ada luka kat mana-mana tak?" Soalnya sambil fokus memandu.

"Hmm ada.." jawabku perlahan.

"Srsla!!" Jeritnya lalu memberhentikan kereta dibahu jalan.

"Kat mana !? Sakit tak!? Kau nak aku hantar g klinik tak ni !?" Soalnya tergopoh gapah dan membelek muka aku. Takut-takut kalau ada darah.

Aku tak menjawab soalan dia namun sebaliknya aku mengambil tanganya dan letak didada kiri ku.

"Sakit dekat sini. Sakit sangat. Kenapa kau tepis tangan aku tadi? Hmm.." ujarku sambil memuncungkan bibir nak buat macam muka sedih gitu. Hahahaha.

Aku melihat reaksi dia seakan tergamam. Dan habit dia garu kepala tu memang tak boleh berhenti. Nampak comel la pulak. Hehehe

"Aku bukan apa. Aku takleh brain dengan apa yang jadi harini. Kau sendiri nampak dan rasa kan?"

Aku hanya mendiamkan diri sambil bermain dengan jari dia yang ditautkan tadi.

Tiba-tiba Raf memelukku.

"Tolongla. Lepasni aku takde, kau pilih la bf yang betul ii sayang kau. Setia dengan kau and paling penting tak kasar dengan kau. Nanti siapa nak backup kau kalau bukan aku kan. HAHAHAHA" ujarnya lagi dengan ketawa macam terpaksa . Aku hanya mampu mengangguk dan menguatkan pelukkan kami.

"Kau janganla rasa sedih sangat hilang orang macam Aref tu. Kau boleh dapat yang lagi better dari dia. Yang lagi hensem dari dia. Bukan takde orang yang nak kau. Ramai je."

Aku menghadap mukanya dan melonggarkan pelukan kami.

"Kau taknak aku ke?" Aku ingin memancing perasaanya dengan soalan sebegitu. Jahatkan aku? Biarlaa apa korang nak kata. Aku memang macamni suka tengok muka dia bila marah. Lagipon aku tahu dia takkan jawab soalan tu.

Dia hanya diam membisu dan terus sambung pemanduanya tadi.

Kan betul dia takkan jawab.

15 minit kemudian kami tiba di destinasi iaitu rumah aku. Raf memberhentikan kereta di depan pagar rumah.

"Taknak singgah dulu or tido sini ?" Soalku.

Dia hanya menggeleng. Dia ni mengalahkan mood orang periodla. Aku ke dia yang broken lepas putus ni?

Aku memikirkan cara supaya untuk dia bercakap. Tiada cara lain dah ni.

"Raf!" Panggilku lalu apabila dia berpaling aku mencium dari dahi, kemudian kedua belah pipi dan... akhir sekali bibirnya.

Muka dia memang terkejut macam beruk! Hahahaha comel.

"Biy ni kan. Asyik muncung jee. Geram sayang tengok tauu!! Jangan la marah nanti cepat tua. Okayla sayang masuk dulu tau!! Iloveyou biy !! Take care ! Dah sampai chat sayang okay?? Muahhh!" Ujarku lalu mencuit hidungnyaa.

Aku mengambil shopping bag yang kami beli tadi dan terus keluar dari perut kereta. Eiii tak sanggup nak tengok reaksi dia. Aku pon malu jugak tauu!!!

Apabila aku ingin melangkah masuk ke dalam pagar. Raf buka tingkap dan menjerit.

"I love you too sayang!! Nanti mimpikan biy tau!! Muahh!!" Dia kenyitkan matanya kearahku sambil ketawa terbahak-terbahak dan dia terus beredar dari kawasan perumahan ku tanpa aku sempat berbuat apapa.

Aku terkejut. Jantung aku berdebar.

"Kenapa aku rasa macam aku suka dia cakap macamtu eh?" Tanpa aku sedari aku tersenyum dan masuk ke dalam rumah.

****************************
Raf pov

"kenapa la aku rasa macam berbelah bahagi eh nak tinggalkan Malaysia ni?" Soalku pada cermin yang memantulkan muka aku sendiri.

Sambil aku memikirkan jawapanya. Peristiwa yang berlaku harini berlegar dalam ingatan aku. Qisha cium aku. Aku cium Qisha. Dan dia kata i love you. Haih hati aku tetap cair walau aku marah macam mana sekalipon dekat dia.

Hati aku memang rasa gembira bila dia dah putus dengan Aref tapi aku tahu dia tetap takkan boleh terima orang macam aku ni. Ya tuhan kenapa la aku kena rasa semua ni?

Tiba-tiba aku perhatikan sebuah paperbag yang terletak di atas meja belajar aku. Aku beli sesuatu tanpa pengetahuan Qisha. Aku harap hadiah ni paling bermakna la untuk dia since aku nak pergi oversea. Aku tersenyum melihat isi kandunganya.

"Sayang, kalau la biy dapat miliki awak untuk selamanya mesti best kan?" Ujarku dan tanpa semena-mena air mata ku tumpah.

Kuat ke aku nak lupakan dia? Dia mungkin boleh lupakan aku. Tapi bukan aku. Dia sahabat aku. Cinta hati aku. Orang yang paling aku sayang lepas family aku. Hanya dia.

Sanggupkah aku lepaskan dia kali ini?

Trt trt trt

Lamunan aku terhenti apabila fon aku begetar dia atas meja. Aku melihat si pemanggil dan aku mengangkatnya.

"Hye! Dah sampai rumahke tu? Tengah buat apa? Busy ke? Nak ajak borak boleh?" Soal si dia.

Aku hanya menggelengkan kepala. Siapa lagi kalau bukan Qisha.

"Hye. Aku ngantuk ahh. Nak tido. Penat drive" balasku acuh tak acuh.

"Alah biy ni selalu macamtu hmm... nak merajuk la macam ni!" Ujarnya seperti merajuk. Hahahah nak main eh.

"Merajuk la ingat biy kesah??"

"Okay fine!!" Dia mendiamkan diri. Dalam 10minit macamtu dia masih diam. Aku pon senyap jugak la nak tengok berapa lama boleh merajuk. Muahahaha.

Okay setengah jam dia masih diam.

"Takpela nak tutup la bye!" Gurauku.

"Eishh biyy!!!! Janganla tutup!! Yela tak merajuk laa! Bukanya nak pujuk!"

Aku hanya ketawa. Aku suka dengar dia panggil aku dengan panggilan macam tu tapi aku kena sedar dari mimpi indah ni semua. Aku taknak terus hanyut. Aku tahu Qisha main-main je.

"Biyy nak tanya ni bolehh?" Soal Qisha.

"Tanyalah"

"Betulke biy nak pindah sana. Tinggalkan sayang?? Nanti kalau biyy jumpa pengganti sayang macam mana??" Soalnya dengan nada sedih.

Aku terkesima. Kenapa soalan macam ni jugak dia tanya.

"Qisha. Aku takde jawapan untuk tu. Tapi kau sendiri tahu aku kena pergi. Ni semua untuk kebaikan kau. Kau akan lebih bahagia tanpa aku." Tubir mata aku berair. Berat aku nak cakap ni semua.

"Kau tahu tentang perasaan aku kat kau. Aku taknak terus hanyut. Sebab aku tahu penghujungnya aku tidak diterima. Aku sedar aku takkan layak. Jadi biarlah begini" Balasku lagi.

Dia hanya diam.

"Ermm dah kau pergi tidur okay. Lewat dah ni. Goodnight Qisha.."

Aku terus mematikan panggilan.

Tangisanku pecah sekali lagi. Aku sayang kau gila Qishaa. Dalam masa aku menangis, aku tidak sedar bila aku terlelap di atas katil.

To be continue.

So gais aku nak pendapat korang mengenai ending story ni. Or maybe aku patut panjangkan kisah Raf dengan Qisha? So bagitahu pendapat korang okay? Sorry buat korang tertunggu. Muchhlove ❤️

Kau, Aku Dan KitaWhere stories live. Discover now