"Aku takleh bagitahu sape-sape. Confirm dorang tak bagi aku pergi" gumamku lalu dengan segera lari masuk ke dalam hutan.
Sementara itu..
Raf pov
"Adu bodoh la! Menyesal aku! Rajin sangat nak pergi cari kayu api sorang-sorang." sumpah ku disebalik bawah pokok kayu yang bagi aku agak besar jugak la dalam hutan ni.
"Takkan takde orang perasan do aku hilang. Dah nak malam pulak tu." ujarku lagi sambil menahan luka sakit dari kepalaku yang berbalut dengan sebahagian baju yang aku koyak.
Nak tahu kenapa aku boleh jadi macam ni? Mula-mula tu sememangnya aku pergi cari kayu api tapi bila dah terlampau ralit sangat aku berjalan sampai tergelincir dan menyebabkan aku jatuh terhantuk. Nasib la aku masih boleh tahan sakit untuk cari pokok ni buat berehat dan balut luka, kalau tak mungkin aku akan pengsan di tempat tadi.
" Adu! Kenapa pulak makin berdenyut ni! Pening laa!!!" jeritku tiba-tiba dan memegang kepalaku lagi apabila terasa seperti kepala aku dicengkam dengan sangat kuat. Pandangan mula kabur.
Qisha pov
Aku terus berjalan dan jalan. Aku masih tak jumpa jejak Raf. Hati aku bertambah resah dan risau. Jam tangan baby-g hadiah pemberian mama, aku tilik.
"Ya Allah tak sangka dah nak pukul 8. Macam mana ni!!" aku mengeluarkan lampu suluh yang memang aku bawa dari rumah, sekarang baru aku tahu kepentingan nya bawak benda ni. Huhuhu
"RAF!! KAU KAT MANA!" jeritku.
Plakk
"Adu bunyi apa pulak tu" gumamku apabila terdengar seperti bunyi ranting kayu patah dipijak oleh seseorang.
Aku mencari dimanakah arah bunyi tersebut.
"Ya Allah, tolong aku! Aku dah mula takut ni" jeritku dalam hati apabila aku mendengar suara seperti seseorang merintih meminta pertolongan.
"Tolong.. Sakit.." suara itu lagi.
"Siapa tu? Raf kau ke tu?" soalku dan ternampak sekujur tubuh disebalik pokok besar.
"RAF!!" jeritku dan memeluknya dengan erat.
"Sakit.." kata Raf sambil memegang kepalanya.
Aku melihat kepalanya yang berbalut penuh dengan kesan darah.
"Apa dah jadi dengan kau ni!?"
"Qisha.." ujarnya lagi lalu melelapkan matanya.
Aku merangkulnya dengan lebih erat.
"Raf! Please bangun!" aku tak mampu berbuat apa. Aku mengesat air mata yang sedari dari tadi menitis. Aku tak mampu lihat Raf dalam keadaan sebegini.
Aku sedaya upaya mengangkat tubuhnya untuk dibawa keluar dari hutan ni.
"Ya Allah, aku sesat. Tolong aku!"
2 Jam kemudian...
Raf pov
Aku membuka mataku perlahan. Aku masih dihutan dan malam semakin gelap. Hanya bertemankan sinaran bulan dari langit.
Pelik. Aku rasa aku kat tempat lain tadi, ni kenapa dah tepi sungai.
Aku pandang ke sebelah kananku, terlihat seseorang yang amat aku kenali sedang lena tidur hanya beralaskan lenganya.
"Qisha.." sebutku perlahan.
Aku cuba mengingati apa yang terjadi sebelum aku pengsan tadi.
"Tak sangka kau cari aku kan" bisikku perlahan di telinganya.
Dengan kudrat yang ada, aku cuba mengangkat kepalanya dan diletakkkan atas ribaku.
Aku bermain dengan rambutnya sambil menghayati bunyi cengkerik dan air sungai. Aku leka sehingga Qisha tersedar dari tidurnya.
Dia membuka mata dan menggeliat, membetulkan badanya. Mungkin lenguh sebab tidur tak ikut postur yang betul.
"Raf, kau dah sedar!?" jeritnya apabila melihat aku.
"Ye dah sedar lama dah" kataku dan cuba untuk senyum kearahnya.
"Em, bagusla" balas Qisha dan cuba untuk bangun dari pembaringan namun sempat aku tahan.
"Jangan bangun.. bagi aku rasa macam ni sekejap je" pintaku.
Dia hanya menurut. Aku diam dan terus bermain dengan rambutnya. Sempat juga aku menilik seluruh wajahnya walaupun samar-samar.
Tidak lama selepas kami hanya mendiamkan diri. Qisha bersuara.
"Raf.." panggilnya.
"Hmm"
"Macam mana kau boleh jadi macam ni? Kau tahu tak semua orang risau? Lagi-lagi Tasya"
"Tasya je ke? Kau tak risau kan aku?" soalku pula.
"Aku tanya kau, kau tanya aku pulak. Mestilah risau, kau kan leader kumpulan kita. Nanti apapehal aku kena tanggung lak"
"Oh ingatkan sebab sayang. Hmm" gumamku dengan amat perlahan dan berhenti bermain rambutnya tapi aku rasa Qisha mampu dengar apa yang aku cakap.
Dia memandang tepat kearah mataku dari bawah.
"Raf.. Kau cintakan Tasya?" soalnya tiba-tiba lalu bangun dari pembaringanya.
"kenapa tanya soalan macam tu?"
"Tanya je, tak boleh ke?"
"Boleh je. Takkan la tak sayang, kan gf aku"
"Tapi.." balasku.
"Tapi apa?"
"Aku cintakan orang lain" jawabku dan memandang tepat kearah matanya.
"Siapa, kalau bukan Tasya?" soalnya lagi.
"Aku rasa dah tiba masanya" bisik hatiku.
Aku mula mendekati Qisha dengan perlahan-lahan aku mendekatkan wajah aku ke wajahnya sehingga dapat aku dengar bunyi nafasnya yang mula turun naik. Aku memandang bibirnya lama, lalu aku melekapkan bibir aku padanya. Lama, namun dia tidak membalas dan aku dengan hampa melepaskan ciuman ku tadi.
Namun aku kena ungkapkan juga.
"Kau, Qisha. Aku cintakan kau.."
To be continue.
Hye guys! Nampak gayanya memang lama gila tak update this story. Im very sorry. Bcs busy n kurang Idea nak menulis. So harap this chapter buat korang happy sebab Raf dah buat pengakuan berani mati . Hope bersabar tunggu next chapter ye! 😅
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.