BAB 11

3.1K 104 4
                                    

10:30 AM

"Fuh malasnya nak turun" aku turun ke dapur untuk sarapan selepas siap mandi di bilik tadi.

Terlihat Syaf yang sedang bermain dengan kucing kesayanganya "gebu" di ruang tamu. Sebenarnya ,aku tak suka kucing tapi sebab kesiankan si Syaf tu aku biarkan je dia bela kucing dalam rumah ni.

"Raf, breakfast ada bawah saji tu. Kau makanlah sebab aku dah breakfast awal pagi tadi" tegur Syaf.

"Em kau takde kelas pagi ke?" Soalku lalu mencapai pinggan berisi nasi goreng.

"Ada but petang nanti so tak busy sangat"

"Okay pergi dengan aku jela senang. Sebab aku pon start petang jugak" balasku sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Sedap

"Boleh jugak tu. Lagipon dah lama tak pergi sama-sama dengan kau"

Aku hanya menangguk dan menghabiskan sarapan seorang diri, Syaf dah masuk ke biliknya. Nak kemas apa yang patut kot.

**************************

1:45 PM

Suasana dalam kereta aku teramatlah sunyi. Syaf pon diam tak berkutik dekat sebelah. Hanya bertemankan bunyi radio yang tak habis-habis putarkan lagu yang sama je. Bosan

"Weh, kau ada contact Qisha tak?" Soal Syaf tiba-tiba.

Aku hanya diam lalu memberikan gelengan tanpa memandang kearah Syaf.

"Kau tak bertegur dengan Qisha kan tapi kenapa aku terkena tempias sekali?" sambung Syaf lagi dan menyentuh tanganku yang sedang memegang stereng kereta.

Aku melepaskan keluhan yang berat lalu rambut dikuak ke belakang.

"Entahla Syaf. Aku rasa down gila sampai aku rasa nak lari dari semua orang. Kau tahukan apa jadi? Aku rasa terhina dengan kawan baik sendiri"

"Tapi kau ada aku. Apa gunanya aku jadi kawan kau Raf" balas Syaf dan mengusap bahuku lembut.

"I'm sorry Syaf. Tak sepatutnya aku buat kau macam tak wujud."

Aku memberhentikan kereta ku perlahan apabila lampu isyarat menandakan untuk berhenti. Syaf menarik muka ku untuk memandang mukanya. Raut wajahnya jelas menunjukkan yang dia faham akan keaadanku sekarang. Dia menangguk.

"Okay. But please kalau apa-apa jadi tolong share dengan aku. Aku taknak kau sakit hati sorang-sorang." Ujarnya sambil memberikan aku senyuman yang bagi aku teramatlah ikhlas.

Aku tersenyum dan memautkan jari kelingking kami. Pinky promise.

"Aku janji."

Selepas beberapa minit kemudian, aku memakirkan Honda HR-V kesayanganku di tempat yang kolej sediakan untuk pelajar meletakkan kenderaan. Aku dan Syaf berjalan kearah tandas. Masa masih berbaki 20 minit sebelum kami bergerak ke kelas masing-masing.

Semasa kami melangkah turun dari tangga, ternampak Qisha yang sedang memaut lengan Aref sambil tersenyum mesra.

"Damn! Why aku kena ada dalam situation macam ni" bisik hatiku.

Syaf perasan perubahan di mukaku yang sedang menahan marah apabila aku mengepalkan tanganku dengan kuat dan memandang mereka seperti tatapan seekor helang yang sedang mencari mangsa.

"Kau okay tak Raf. Nak aku pergi jumpa dorang?"

"For what? Dah jom." ujarku dan cuba menarik tangan Syaf dengan cepat supaya Qisha tak nampak kehadiran kami disitu.

Tapi benda yang aku nak elak lah selalunya terjadi. Belum sempat apa-apa lagi, Qisha dah jerit panggil Syaf.

Qisha berjalan kearah kami tapi Aref tak ikut. Mungkin dah pergi kelas. Lantaklah kesah apa aku mamat tu nak pergi mana.

"Hai Syaf. Sorang je?" Tegur Qisha tanpa memandang kearahku.

"Buta ke apa dia ni. Ada nampak macam sorang je ke" gumamku dengan agak perlahan tapi Syaf terdengar.

"Hahahaha taklah. Kan aku dengan Raf ni"

"Oh i see. Sebab nampak kau macam sorang-sorang je. Yang lagi sorang tu kan dah macam halimunan sekarang" balas Qisha yang sedang berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis kearah ku.

Aku hanya diam dan memandangnya dengan tatapan yang mendatar.

"Aku jadi halimunan pon takde nak sakitkan hati orang dengan pegang-pegang tangan macamtu. Dah takde tempat lain ke nak sweet pon" ujarku dan menarik tangan Syaf segera meninggalkan Qisha yang terdiam berdiri disitu.

Syaf yang ragu-ragu dengan keadaan kami sekarang hanya mampu memberi senyuman kepada Qisha sambil mulutnya sempat mengucapkan maaf. Apa yang nak diminta maaf sangat pon tak tahula.

"Kau tak patutlah cakap macam tu dekat dia" ujar Syaf apabila aku melepaskan tanganya.

"Aku yang tak patut ke dia yang tak patut? Kau tengok sendiri la. Dia cuba nak sakitkan hati aku"

"Kau kena la cool. Dia baru uji kau macamtu. Kau patut tunjuk kau kuat, nanti dia yang akan cari kau jugakla"

"Tak perlu la kot nak mesra macam tu depan aku. Ingat aku tak rasa pape ke?" Aku mendengus geram apabila mengingatkan balik kejadian yang terjadi tadi.

"Ye aku tengok muka kau pon aku dah tahu. Tapi janganlah nampak sangat kau tu tengah jeles, sepatutnya kau kena buat dia rasa apa yang kau rasa"

"What do you mean?" Soalku dengan kening yang bertaut rapat.

"Aku ada plan. But kau kena ikut je apa aku cakap. Boleh?" Balas Syaf sambil bibir tersungging senyum sinis.

Aku hanya menangguk dan Syaf membisikkan sesuatu ditelingaku.

"Seriously! Kau ni biar betul. Tapi idea kau boleh guna pakai jugak. Aku setuju."

Kami hanya tergelak memikirkan plan yang Syaf nak buat untuk Qisha. Apabila selesai kami berbincang, aku beredar ke kelas. Lama sangat bersembang sampai dah lambat sangat nak masuk kelas.

'Just wait n see. Tulah nak buat aku jeles sangat kan' bisik hatiku sambil bibir tak berhenti mengukirkan senyuman apabila memikirkan reaksi Qisha nanti.

To be continued.

Thankyou for 1k readers!

Vote n comments :)

Kau, Aku Dan KitaWhere stories live. Discover now