11:45 AM
"Untuk sem tahun ni kita akan cuba memperbanyakkan sesi bersama student so saya berharap semua dapat join event yang pihak kolej anjurkan. Sekian,terima kasih" ucapan En.Hamzah diakhiri dengan tepukan yang bergema di dalam dewan besar kolej ini.
Aku bangun dari kerusi lalu terus keluar menuju ke cafe. Hampir setengah jam juga menahan mata dari terlelap mendengar ucapan pensyarah tadi.
"Raf! Tunggu la i!" Jerit Tasya memberhentikan langkahku.
"Nak cepat kemana ni?" Soalnya sambil tercungap-cungap.
"Nak makan ah, lapar tahu tak"
"I nak join. I pon lapar ni tak breakfast dari pagi. Hehehe"
"Lantak kau la nakk" aku menuju ke kaunter meninggalkan Tasya seorang diri disitu.
"Wehh Raf kau join kan nanti kem 3hari 2malam tu?" Soal Syaf apabila aku terserempak denganya di cafe selepas makan tadi.
"Hmm malaslah nak pergi"
"Kau jangan nak mengada. Aku dah tulis nama kau tau so takde alasan kau taknak pergi" balas Syaf dengan muka selambanya. Dia tak tahu ke aku ni memang malas nak join benda-benda macam ni.
"Woi siapa bagi kebenaran suruh kau tulis nama aku. Aku baru nak manfaatkan cuti yang si botak tu bagi"
"Kau panggil pengarah kita si botak? Kalau Tuan Bakri tu tahu kau panggil dia botak confirm dia report kat daddy kau"ujar Syaf. Daddy memang rapat dengan Si botak tu so no wonder la ramai pensyarah dah kenal aku before aku masuk kolej ni lagi.
"Awak rasa saya ada masa untuk pening kepala? Lantak dia lah. Hahahaha"
Syaf memukul kepala ku menggunakan pen birunya.
"Kau boleh serious tak Raf? Kang pen ni masuk mulut kau pulak"
Aku menggosok kepalaku perlahan. Ingat tak sakit ke hah.
"Aku seriousla ni. But ramai ke yang join? "Soalku. Kalau ramai memang malas ah aku nak pergi. Buat pening kepala je melayan kerenah sorang-sorang.
"Dia ade limits la. Tadi aku tengok baru 16 orang. Kita pergi next week tau, tempat dia sumpah lawa" balas Syaf dengan terujanya. Tahula dia sorang je beria sangat nak pergi.
"Okay la aku ikut nanti kau teman aku pergi beli barang."
"Bisa diatur dong! Jom la pergi sekarang lagipon petang ni tak busy pon kan" ajak Syaf.
"Yang kau excited sangat ni kenapa? Wat lek wat peace ah"
"Aku excited sebab last join benda camni pon time form1. Kau apa tahu"
Aku memutarkan bebola mataku.
"Whatever la Syaf. Aku pergi ni pon sebab kau tau kalau orang lain jangan harap aku nak layan. Dah jom pergi mall" aku menarik tanganya menuju ke kereta lalu terus bergerak ke mall.
***********************
2:15 PM
Mid Valley Shopping Mall.
"Hah takleh lambat lagi ke pilih barang tu. Mengalahkan aku yang perempuan tulen time beli barang ni hah" bebel Syaf di dalam butik yang kami masuki sekarang.
"Lah sabarlah babe beli baju ni bukanya macam pilih ikan kat pasar"
"Memangla dah nama pon kau beli baju bukanya ikan. Aduu" balas Syaf dan menepuk dahinya sendiri.
"Dahtu kau diam jela ni bebel je tahu, baik kau tolong pilihkan untuk aku. Biar cepat sikit"
Syaf mula diam dan membantu aku mencari baju yang sesuai nak dipakai masa dekat sana nanti.
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.