1 MEI 2015
"Syaf, nanti kau tolong hantarkan file ni dekat Danish tau." Tegurku lalu menghulurkan file kerjaku kepada Syaf.
"Asal? Kau nak pergi mana-mana ke?"
"Petang ni aku ada tournament futsal ah. Kau taknak datang support aku ke Syaf"
"Sorry, aku lupa la pulak kau ada game hari ni. Btw lunch nanti aku ada nak jumpa orang but aku rasa sempat je nak pergi support kau. Tunggu jelah okehh" balas Syaf.
5 minit kemudian.
"Hey kenapa diam je ni? Tak ajak buah hati datang tengok ke? Hahahaha" sambung Syaf lagi setelah aku mendiamkan diri sambil stalk ig Qisha ni manalah tahu dia post gambar ke kan.
"Siapa? kau jangan memain Syaf, aku dengan Qisha mana ada apa-apa"
"Memangla tapi dia still buah hati pengarang jantung kau kan" balas Syaf cuba untuk memancing aku berbual, tapi aku tak layan. Hahahaha
"Hah tu yang termenung tengok gambar dia buat apa, tuan punya badan dah ada depan mata pergi lah tegur."
Aku tak perasan pula bila Qisha datang kearah kami kat Cafe ni. Yela aku ni kalau dah sibuk dengan fon je dah tak pandang kiri kanan. Hahahaha
"Hai Raf! Buat ape tu?" Tegur Qisha tapi aku masih memandang kearah fon mungkin dah hanyut sangat tengok gambar agaknya.
"Ish dia ni, bak sini fon kau tu" katanya lalu terus merampas fon aku.
Setelah Qisha merampas fon aku, tanpa segan silu dia lihat apa yang aku sibukkan sangat tadi sampai tak perasan dia datang. Haih kantoilah aku stalk ig dia.
"Kau stalk ig aku eh Raf?"
"Manada, aku bosanlah sebab tu aku main stalk je ig orang"
"Yelah tu, tahula kau rindu aku kan and now aku dah ada depan mata kau so jangan lah tak layan aku" merajuk pulak dah.
"Sorryla, aku memang tak perasan la. Jom aku belanja kau makan nak tak?"
"Nak nak! Aku nak kau belanja aku makanan yang paling special kat cafe ni. Tiada bantahan!"
"Kau ni kalau bab makanan memang takkan tolak. Haih nasib baik sayang" balasku lalu terus menarik tanganya pergi kearah kaunter untuk memesan makanan kami.
*****************************"
Taman Kolej
Lepas makan aku ajak Qisha lepak dekat taman ni nak hilangkan bosan. Masih berbaki 30 minit sebelum kelas kiterorang bermula.
"Wey kau ingat kan petang ni ada apa?"
"Hmm ada apa eh?" Dia ni takkan la lupa pulak ke saja buat tak ingat.
"Seriouslah kau tak ingat ada apa?"
"Memang aku tak ingat la Raf. Kenapa dengan petang ni?"
"Takde papelah. Wey aku nak pergi dah ni. Bye"
Aku melangkah pergi ke kelas tanpa menghiraukan Qisha memanggil nama aku berkali-kali.
'Aku harap sangat kau dapat datang petang ni. Tapi benda macam ni kau tak ingat nak buat macam mana kan' monologku lalu meneruskan langkahku ke kelas.
*****************************
Padang Futsal
"Weh Raf nanti sebelum kau nak start game tu ingatkan aku tau. Tau" kata Syaf
"Dah buang tebiat ke aku nak ingat kau tiba-tiba. Silap nanti team aku kalah sebab kau"
"Yelah. Eh tu bukan ke Tasya?" Balas Syaf lalu menunjukkan kepadaku seorang perempuan sedang duduk tidak jauh dari kami lalu melambai-lambai ke arah aku.
"Kau la ni Syaf. Adu tak semangat aku nak main tengok ada minah tu"
"Oi kau ni tak reti bersyukur ke? At least dia datang support kau dari Qisha ada ingat ke harini kau ada apa hah?"
"Dia busy la tu. Alah biarla dia nak buat macam mana kan. Eh dahla aku nak gerak dulu masuk court kau jangan tak support aku pulak" balasku lalu bergerak ke arah team aku setelah dipanggil beberapa kali oleh Mia selaku Kapten pasukan futsal di kolej aku.
Pada petang itu, berlaku perlawanan persahabatan antara pasukan aku dan pasukan dari Kolej lain. Separuh masa pertama kami berjaya mendapatkan satu mata, hasil daripada jaringan aku setidak-tidaknya menang 1-0 kan. Wisel ditiup menandakan tamat perlawanan kami pada hari itu, aku melepaskan bendana dari kepalaku lalu pergi ke arah bangku yang diduduki Syaf,Hanah dan...
'Eh jap tu bukan ke'
"Qisha.." Terkeluar juga nama tu dari mulut aku.
"Hey Raf! hebatla first game korang tadi" tegur Qisha lalu memberikan aku botol yang berisi air mineral.
Aku memandang ke arah Syaf yang selamba gelak ketawa dengan Hanah disebelah. Dorang ni sengaja ke apa buat-buat taktahu.
Apabila aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Qisha ada sepasang tangan memeluk lenganku.
"Raf!!! Hebatnya you main tadi, tak sangka i. Congrats tau!" siapa lagi kalau bukan si gedik ni.
"Hah ye ye thanks Tasya"balasku lalu melepaskan pegangan tanganya dari lenganku. Taktahu ke aku rimas dah la berpeluh ni.
"Em Tasya aku pergi dulu okay jumpa nanti aku penat sangat dah ni. Bye! " kataku lagi lantas menarik tangan Qisha supaya cepat-cepat beredar dari situ. Aku malas nak layan Tasya ni lama-lama nanti kang tak balik la aku jawabnya.
Aku terlupa nak bagitahu Syaf dan Hanah yang aku dah blah cepat-cepat. Pandai-pandai la dorang faham yang aku nak lari dari Tasya tu.
Aku membawa Qisha duduk di bangku yang jauh dari court futsal tadi takut terserempak dengan Tasya lagi. Lagipun saja nak berdua dengan kawan baik sorang ni aka pujaan hati. Hehehehe
"Ya Allah Raf. Kalau ye pon nak lari dari Tasya, lap la peluh tu dah macam apa dah aku tengok kau ni"
"Lah yeke aku tak perasan pulak" apabila aku ingin menyentuh dahiku, ada sepasang tangan sedang mengelap mukaku menggunakan tuala yang aku letakkan di dalam beg sukan aku tadi.
"Okay dah siap" ya, Qisha dah lap muka aku tadi jadi kenapa aku nak rasa berdebar pulak ni.
"Emm Qisha aku nak tanya sikit ni"
"Apa?"
"Macam mana kau boleh tahu aku ada tournament tadi" aku pelik juga sebab aku memang ingat yang dia memang lupakan pasal aku harini.
"Aku tak pernah lupa pasal kau la Raf"
Aku terkedu.
To be continued.
Maafkan beta wahai readers sekalian kerana lambat updates. 👐
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.