9 MEI 2015
8:30 AM
"Woi Raf! Kau ada kelas tak pagi ni!" Jeritan Syaf di luar pintu bilik buat aku tersedar dari tidur.
"Weh apa kau ni bising-bising"
"Kau tengok jam sekarang!" Arah Syaf.
"MasyaAllah , aku dah lambat!" Jerit aku apabila melihat jom loceng di tepi katil aku menunjukkan aku dah lambat nak pergi kelas.
Aku segera berlari memasuki tandas dan bersiap mandi.
"Tak guna punya jam, asal tak berbunyi pulak pagi ni, dah lambat nak pergi kelas En. Azman" gumam aku perlahan lalu mencapai kunci Honda HR-V kepunyaanku dan segera berangkat ke kolej. Syaf dah lama dah pergi lepas kejut aku bangon tadi.
*******************************
Kolej
9:10 AM
"Gila lah dah lambat 10 min" kataku apabila melihat jam tissot dipergelangan tangan kanan aku.
'Eh dah kenapa ramai pandang aku semacam' gumamku kalau pasal baju padahal pakaian aku harini santai je, sweatshirt biru dan skinny jeans.
'Rambut pon okay aku rasa' gumam aku lagi sambil membetulkan rambut dan bergegas berlari ke kelas tanpa menghiraukan pandangan sekeliling.
Akhirnya sampailah jugak dekat depan kelas ni. Aku dengan perlahan mengetuk pintu lalu memberi salam. Nampaknya En. Azman dah mulakan sesi pengajaran dia harini.
'Mati la aku kalini' monologku dalam hati.
"Hah Raf, dah kenapa kamu lambat harini?"
"Em sorry En.Azman jalan jem tadi pastu terbangun lambat pulak, heee" balasku sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Okay takpe kalini saya maafkan, now pergi tempat duduk kamu" arah En. Azman.
Aku tanpa segan silu terus melabuhkan punggung disebelah Hanah.
"Oh ya sebelum tu Raf, saya nak tanya kamu ni."
"Silakan En.Azman"balasku.
"Tak silap saya, kolej kita tidak membenarkan mana-mana pelajar memakai selipar di kawasan kolej kecuali hanya di surau sahaja. Cuba kamu tengok kaki kamu" katanya
Aku segera memandang kearah kaki aku, terpakai selipar la pulak . Ni kes nak cepat tadi la ni.
Seisi kelas hanya tertawa dengan apa yang dikatakan oleh En.Azman kepada aku sebentar tadi. Hanah yang duduk disebelah turut ketawa melihat kecuaian aku yang memakai selipar di kolej.
'Patutlah orang pandang aku macam lepas bunuh orang tadi. Nasib baik ada kasut spare dalam kereta' gumam aku perlahan lalu semua terus fokus pada pelajaran kami pada waktu itu.
*********************************
-Cafe Kolej-
11:45 AM
Qisha menghempaskan buku-bukunya diatas meja lalu menarik kerusi yang terletak dihapanku dan terus duduk tanpa segan silu.
"Oi mak hengko!!" Aku terkejut dek kerana buku yang dihempaskan oleh Qisha tersangatlah kuat tadi.
"Mak aku kat rumah, yang kau ni nampak selekeh sangat harini kenapa?"
"Aku bangun lambat la tadi. Kalau Syaf tak kejut rasanya aku atas katil lagi ni" balasku lalu meneguk gelas berisi teh tarik panas yang aku beli di kaunter selepas sampai kesini tadi.
"Ish apa guna kau pakai jam loceng kalau macam tu. Eh kejap asal kau pakai selipar ni HAHAHAHAHHA" ketawanya sambil memukul bahu aku. Haih nasib baik kat sini tak ramai orang kalau tak dah tambah lagi malu sebab suara Qisha ni ketawa mengilai serupa pontianak.
"Kau ni tak boleh control ke apa suara tu, malu orang tengok."
"Kan aku dah kata aku bangun lambat, mana la aku nak perasan aku terpakai selipar ni lagipon aku malas nak pergi kereta ambik kasut spare. Terpaksa la aku jadi selekeh untuk harini" balasku lagi.
Aku terdiam sekejap melihat kecantikan Qisha pada hari ini.
'Hm makeup nipis, rambut disanggulkan, baju pon nais. Eh jap warna baju samalah, jodoh."monologku sehingga tak perasan yang Qisha melambai-lambaikan tanganya dihadapanku.
Qisha mengangkat bukunya lalu menghempaskanya sekali lagi diatas meja.
"Subhanallah, Qisha kau nak aku mati terkejut ke!" kataku sambil mengurut dada, mana taknya aku boleh kena serangan jantung kalau macam ni setiap masa.
"Padan muka kau biar je mati kejung kat sini, aku panggil kau banyak kali tapi kau still tengok muka aku, ada apa hah?"
"Muka kau hah ada banyak jerawat. Hahahaha" balasku sambil ketawa melihat mukanya yang terkejut apabila aku berkata sebegitu.
"Jangan buat lawak la , aku tahu la aku lawa harini. Okay aku nak cakap dengan kau ni, kau still ingat tak aku cakap dalam fon haritu pasal plan this week?"soalnya lalu terus menyuapkan cheese tart ke dalam mulutnya yang baru dibeli tadi.
"Hah ingat. Kau nak bawak aku pergi mana?bila? Nak naik apa?"
"Uish kau ni banyak nya soalan. Tempatnya rahsia, then kita nak pergi lusa sebab kita cuti kan so kau just pack baju kau untuk 2hari pastu kau pickup aku dekat hostel. Boleh kan?"
"Wah kau nak bawak aku pergi honeymoon ke? Kalau macamtu aku setuju!" Balasku dengan semangat, yela excited ni nak pergi jalan-jalan dengan buah hati.
"Banyak lah kau honeymoon. Lusa nanti kita gerak awal pagi tau, kalau kau lambat kita cancel. Tiada bantahan!"
"Haish yela kau ni aku baru nak happy. Btw kita takde class kan petang ni so jom aku bawak kau pergi lepak tempat biasa " ajakku, lalu kami pon pergi kearah kereta yang aku letakkan di tempat parking pelajar.
'Haih tak sabar pulak aku nak tunggu lusa ni' gumamku dalam hati lalu kami pon berangkat ke 'tempat biasa'. Alah tasik haritu.
semoga plan yang Qisha kata rahsia sangat tu menggembirakan aku la lagipon dah lama tak spend time bercuti berdua ni,nanti dah tak sempat dah nanti sebab kiterorang dah start busy lepas cuti. Huhuhuhu
To be continued.
Sorry gais lama tak update :')
Happy holidays!
Btw sorry kalau part ni hambar.
Vote n comment,okay!
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.