Qisha pov
Aku keliru. Kalau aku tak hina dia tadi mesti tak jadi macam ni. Aku tak boleh kawal perasaan bila dapat tahu dia nak pindah oversea dan tinggalkan aku.
Tambah pula aku nampak Tina dengan dia berpelukan siap cium pipi bagai. Aku tak cemburu kan?
Sesungguhnya aku rasa bersalah bila tengok dia menangis dalam kereta tadi. Memang salah aku. Layanan dia sekelip mata berubah. Aku lagi suka bila dia marah aku dari dia dingin tak bercakap dengan aku. Aku keliru benci atau sayang?
Aku straight. Aku ada Aref. Raf tu kawan baik aku. Aku takkan terima dia.
Aku melihat ke dalam ruang biliknya. Sedikit bersepah. Dengan buku yang berterabur di atas meja. Atas katil jangan cakap la. Tapi mataku lebih tertumpu ke arah bingkai gambar yang terletak elok atas meja sebelah bucu katil tersebut. Gambar yang sama dalam bilik aku. Gambar kami berdua di Berjaya Times Square.
Aku tak sangka dia pon ambil jugak gambar tu. Aku perhatikan bingkai tersebut terdapat tulisan tangan yang bertulis...
"i love you dear.. I'll love you until my dying day..♡" - Raf
Aku tersenyum tawar. Aku buntu. Debaran di jantung semakin memuncak. Aku taktahu apa yang aku rasakan sekarang.
"Kalau ini yang terbaik untuk kita. Aku akan bahagiakan kau buat kali terakhir" kataku perlahan sambil menahan tangis dari terkeluar.
Tanpa membuang masa aku masuk ke dalam bilik air untuk mandi.
***************************
Raf povTelevisyen yang dibuka sekadar hilangkan rasa sunyi di ruang tamu. Mataku lebih fokus memandang kipas siling rumahku. Menunggu apa yang akan terjadi lepasni. Bodohnya aku ikutkan rasa marah.
Aku terlampau asyik sehingga tak perasan yang sofaku sedikit tenggelam menandakan ada seseorang yang telah duduk disitu.
"Raf.." tegurnya.
Aku hanya memandangnya kosong. Lebih tepat sebenarnya aku terpesona melihat dia mengenakan pakaian yang dah lama aku belikan untuk dia tapi disebabkan kes bergaduh haritu memang tak boleh nak bagi lah jawabnya.
"Baju sape aku pakai ni?"
"Baju Tasya, dia selalu datang sini" tipu aku.
"Kenapa nampak macam baru n tak pernah pakai je?" soalnya lagi.
Aku mendengus kasar.
"Dah aku baru beli, aku takde pilihan lain selain nak bagi kau. Takkan kau nak pakai baju aku? Tak jijik ke nanti?"
Dia terus terdiam, mungkin terasa. Peduli apa aku. Kepala aku memang sakit tapi lagi sakit hati aku.Aku melihat dia mengusap perlahan lenganya. Tempat yang aku tarik tadi. Macam lebam. Aku cengkam kuat sangat ke tangan dia?
Aku menuju ke dapur untuk mengambil first aid kit lalu berikan padanya.
Qisha terkebil-kebil memandangku.
"Ambik ni then sapu minyak kat tangan kau tu. Takkan nak si pengkid ni jugak buat kan" balasku sinis.
Aku ingin naik kebilikku namun belum sempat aku melangkah aku rasa lenganku ditahan seseorang. Siapa lagi kalau bukan Qisha.
"Kau kenapa? Aku nak naik mandi ni!"
"Duduk sini.." ujar Qisha lalu menarik ku duduk disebelahnya.
"Bukan Qisha yang patut kena rawat tapi Raf"
Aku memandangnya pelik. Kenapa dia bahasakan nama? Maksud aku, panggilan. Bukan kau-aku ke?
Aku hanya diam menunggu apa yang dilakukan Qisha seterusnya. Dia membuka penutup anti-septic lalu diletakkanya atas kapas. Dengan perlahan dia melekapkan kapas tersebut di tepi bibirku.
"Auch sakit ah! Kau nak bunuh aku ke?!" aku tertengking dia tanpa sengaja. Dah memang pedih nak buat macam mana.
"Tahan sikit tak boleh ke? Kalau sakit sangat pegang bahu Qisha ni hah" dia mengambil kedua belah tanganku lalu diletakkan atas bahunya.
Aku terpaku. Aku menggunakan masa yang ada untuk melihat wajahnya dengan teliti. Mataku terpandang kearah bibirnya. Damn! Dengan bau lotion vanilla lagi. Suka hati dia je pakai lotion aku.
"No Raf! Kau kena control. Jangan sampai bertambah tinggi rasa benci dia!" monologku dalam hati.
Lama sangat aku berperang dengan hati sampai tak sedar yang Qisha dah lama habis sapukan ubat dekat aku.
"Kenapa tengok Qisha macam tu?" tegurnya.
"Bila aku tengok kau! Aku tengah tahan sakit ni"
Dia mengangguk lalu tersenyum kepadaku.
"Dah jom naik. Aku nak mandi then tidur" aku memimpin tanganya untuk naik keatas.
Selepas masuk ke dalam bilik aku melepaskan tanganya.
"Gila aku ni, boleh pulak pegang tangan dia sampai bilik. Dia pulak diam je nape?" kataku dalam hati.
"Kau tidur ah dulu aku nak mandi"
Aku mengambil bathrobe yang tersangkut di belakang pintu lalu masuk ke dalam bilik mandi.
*****************************
Qisha pov"Apa yang aku buat tadi?!!!" jeritku dalam hati dan berguling atas katil. Aih malunya.
Dalam keadaan aku macamtu tiba-tiba Raf dah siap keluar dari bilik mandi dengan rambut yang basah lagi menampakkan tubuh dia macam..sexy?
"Kau dah kenapa guling atas katil aku? Asal tak tido lagi ni?" soalnya dan menuju ke wadrobe.
"Qisha tak tahu nak tido mana lah"
Raf memakai pakaianya dihadapanku nasib baik singlet dengan shortpants je. Fuhh berdebar.
"Kau tido jela atas katil, aku tido atas sofa pon takpe"
"Selama ni bukan ke Raf okay je kita tidur sekatil?"
"Tu dulu. Sebelum aku tahu kau tak jijik dengan aku. Ni aku dah tahu ni takkan aku nak tido dengan kau" balasnya sinis dan menuju ke sofa bersama dengan bantal dan selimut.
Aku terdiam. Sungguh ayat dia menikam hati aku. Pedih.
Aku tak tahu nak buat macam mana lagi. Tiba-tiba air mata aku mengalir deras. Aku menangis sampai teresak-esak. Jahatnya aku buat dia macam tu.
Sedang aku menangis aku merasa tubuhku dirangkul oleh Raf. Aku memandang wajahnya. Air mata tak henti mengalir.
"Shh janganla nangis. Macam mana aku nak tinggalkan kau kat sini" dia mengusap rambutku perlahan.
"Janganla tinggal Qisha. Qisha sayang Raf. Siapa lagi nak kawan dengan Qisha" aku memukul dadanya perlahan.
"Kau benci aku Qisha. Maafkan aku, aku nak tengok kau bahagia. Aku tak mampu. Aku salah. Tak sepatutnya aku pentingkan perasaan cinta daripada persahabatan kita" dia mencium bibirku sekilas.
Tangisanku mula mereda. Aku melonggarkan pelukan kami. Aku memandang tepat kearah matanya. Mata kami saling bertatapan.
"Kiss me again Raf. Please.." aku dah gila.
To be continue.
YOU ARE READING
Kau, Aku Dan Kita
RomanceSiapa sangka persahabatan yang sudah lama terjalin, tersimpan perasaan yang dinamakan 'cinta' antara Raf dan Qisha. Ini kisah antara KAU, AKU DAN KITA.