BAB 10

3.3K 92 2
                                    

23 JUN 2015

Kolej

"Nur Rafina Qistina Ahmad Nazir!" Sergah Ms.Alley membuat lamunan aku terhenti.

"Yes, Ms.Alley. Saya tak angkat tangan pon tadi"

"Memang awak tak angkat tangan awak tapi saya rasa saya tak ajar subjek temenung dalam kelas. Jumpa saya nanti lepas habis waktu saya mengajar!"

Seisi kelas memandang aku dengan pandangan yang sukar aku tafsirkan. Mana taknya, bukan selalu pensyarah sebut nama penuh aku. Aku memandang kearah meja barisan ketiga, terdapat Aref yang sedang memandang aku sambil tersenyum kemenangan.

'Tak guna kau Aref, mesti kau yang bagitahu dekat si singa tu aku tak fokus' makiku dalam hati lalu mengangguk kepada Ms.Alley menandakan aku akan berjumpa beliau nanti.

"Kau okay kan Raf?"tegur Hanah sambil mengusap bahu aku perlahan. Aku hanya mengangguk dan tersenyum lalu mataku hanya fokus kearah pembelajaran Ms.Alley dihadapan kelas.

*****************************

12:50 PM

Dengan langkah yang malas aku menuju ke ruangan pejabat Ms.Alley. Ni mesti nak membebel la tu pasal aku termenung tadi. Semua salah budak Aref tu, kalau takde orang memang dah lunyai aku kerjakan.

Tok!tok!tok!

"Masuk!" Aku memutar tombol pintu sebaik terdengar suara Ms.Alley dari dalam untuk membenarkan aku masuk.

"Hello,Raf. Sila duduk" aku mengangguk lalu melabuhkan punggung di kerusi hadapan meja kerja Ms.Alley. Banyak betul file bertimbun.

"So miss, ada apa yang sampai saya kena jumpa dekat sini?" Soalku straight to the point. Malas nak duduk lama-lama , dahla lapar. Huhuhu

"Awak ada masalah ke?" Soalan dibalas soalan. Aku mengerutkan dahiku. Dah kenapa tanya soalan macam tu.

"I'm fine. Nampak macam bermasalah ke?"

"Selalunya, saya perhatikan awak student paling active time saya tengah mengajar, awak akan fokus. Tapi lately ni saya tengok awak makin tak concentrate. Sebab tu saya tanya awak ni ada masalah ke dengan muka pon lesu semacam" balasnya sambil memandangku dengan serious. Aku pulak tak senang duduk, asyik ke kiri ke kanan je.

'Ketara sangat ke yang aku ni tengah bermasalah' bisik hatiku dan hanya menundukkan pandangan. Aku tak tahu nak cakap apa dekat Ms.Alley ni.

"Janganlah pendam. Awak boleh share dengan saya. Saya akan jadi kawan awak untuk dengar masalah awak" balasnya lagi sambil tersenyum kearahku.

"Seriousla miss nak dengar masalah saya?Ni terlebih personal la pulak"

"Why not kalau awak tak keberatan nak cerita. Maybe saya boleh bagi pendapat?"

Aku melepaskan keluhan yang berat lalu menceritakan apa yang terjadi tapi aku tak cerita la aku nak jumpa Qisha haritu sebab nak luahkan perasaan aku dekat dia.

Ms.Alley hanya tersenyum kearahku. Aku pulak memandangnya dengan hairan. Menarik sangat ke cerita aku ni sampai dia nak senyum je?

"Are you jealous?" Aku terkejut selepas mendengar soalan dia.

"Eh eh kenapa saya nak kena jealous. Saya cuma tak boleh terima sahabat saya tipu saya tu je"

"Memangla awak tak boleh terima dia tipu awak. Tapi pada masa yang sama, awak cemburu dia keluar dengan Aref kan?" Soalnya dengan senyuman yang agak sinis.

"Hmm. Saya cuma takut hilang dia. Dia satu-satunya kawan baik saya dari sekolah rendah."

"Awak sayang dia kan? Awak sayangkan persahabatan awak dengan dia. Jadi awak kena la minta maaf dengan dia, atas apa yang dah jadi" ujar Ms.Alley lalu mengusap belakang tapak tanganku perlahan.

"Jangan ikutkan ego awak tu. Bagi saya, awak tak sepatutnya buat dia macam tu. Bagi dia explain, mesti ada sebabkan. Takkan dia nak tipu awak tanpa sebab munasabah" tambahnya lagi lalu tersenyum kearahku.

"Baiklah, saya cuba. Thanks miss sebab sudi dengar masalah saya. Dah ambil masa lunch miss pulak tu." Balasku lalu menggaru belakang kepalaku yang tidak gatal. Memang habit pon suka garu kepala.

"Its okay. Saya lega,awak sudi nak share masalah awak dengan saya. Lepasni, jangan terbawa-bawa masalah awak sampai ke kelas. Ikutkan hati nak je saya membebel dekat awak ni. Tapi takpe la saya lepaskan awak kalini."

"Btw nah, sandwich buat alas perut awak sementara nak pergi lunch. Sebab saya ada benda lagi nak bincang dengan awak" aku mengambil huluran sandwich dari tanganya lalu meneruskan perbincangan perkara yang diperkatakan oleh Ms.Alley kepadaku.

*******************************

6:30 PM

Aku menggantung kunci keretaku selepas memberi salam kepada penghuni dalam rumah sewa yang aku duduki sekarang ni.

"Wah Raf, lambat pulak kau balik harini. Tu dah kenapa muka monyok je tu" tegur Syaf yang sedang duduk diatas sofa sambil melayan kdrama.

Aku tidak menghiraukanya yang sedang menjerit memanggil namaku dari bawah. Aku menghempaskan badanku diatas katil yang teramatlah empuk untuk dibuat tidur.

Aku teringatkan kata-kata Ms.Alley sebelum keluar dari bilik dia tadi.

"Awak diberi pilihan sama ada nak atau taknak. Tapi tempoh masanya hanya 2 bulan sahaja untuk awak buat keputusan. Jadi saya harap awak dapat berfikir dengan baik"

"Haish apasal la dorang pilih aku. Aku tak ready lagi" kataku perlahan lalu memejamkan mata dan akhirnya tertidur kerana terlampau penat hadam perkara yang telah terjadi hari ini.

To be continued.

Vote n comments. :)

Kau, Aku Dan KitaWhere stories live. Discover now