𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬
𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢
𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚
"the best story ever 💯" melvilleto
"Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad a...
apa kah kau rasa bila suami sendiri meletakkan kedudukan kau sebagai isteri,dibawah seorang pelacur?
Martabat seorang pelacur lagi tinggi berbanding aku kerana dijadikan tempat pinjaman benih lelaki lain hanya untuk menyangkal tuduhan orang pada suamiku.
Munculnya dia menjadi lelaki, Lelaki yang menjalankan kerjanya, Hanya dengan tidur dengan ku. __________
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
" Aku rasa kan...dia memang mandul kut. Dulu,dia kahwin dengan arwah isteri pertama pun sampai lima tahun takde zuriat. Sekarang,dah setahun kahwin dengan bini baru dia..takde zuriat juga."
" nasib baik muka dia je handsome duda tu..tapi benih dia tu tak kuat nak beri zuriat. Nasib baik bukan aku kahwin dengan bos tu walaupun muka dia tu cukup bajet. "
Berderau darahnya mendengar bila pekerjanya sibuk membahan dia. Jadi topik yang sangat sensitive bagi dirinya lagi! -zuriat. Digumpal tangannya menjadi buku lima dan mahu saja bingkai pintu itu ditumbuk,tapi niatnya segera dibatalkan. Laju saja Tengku Nazrin berlalu. Membawa kekesalan itu bersama!
IRIS NAHAIRA
AKU ditarik kasar!
Meskipun aku cuba lepas tapi aku tak dapat melepaskan diri kerana dua alasan. Satu, sesuatu menyekatku dan kedua, semua pandanganku dan tubuhku lemah lesu. Tak bermaya untuk aku bangun, terasa aku seperti terduduk jatuh berulang kali.
Aku dengar pintu dikuak dan kami memasuki ke satu ruangan yang gelap.
" lepaskan saya! Siapa awak ni?! Lepaskan saya! Sayang! Nazrin! Tolong saya, awak! " tangisku bila aku dihumban di atas katil. Tubuh yang tadi terbalik itu mula dia palingkan ke depannya. Tanganku dikunci dan menindih aku.
" lepaskan saya! Ya allah! Nazrin!! " air mata ku berjuraian, mengenangkan makan malam indah yang sepatutnya berakhir bahagia ini menjadi satu tragedi hitam! Ya Allah! Berulang kali namaNYA ku bisikkan dalam hati. DIA mendengar!
Aku tak mampu berbuat apa bila pakaian yang ku sarung,mula dirobek satu per satu. Tudung yang ku pakai menutup mahkota ku pun dilepaskan.
Tawanya kedengaran.
" kau cantik sangat..."
" lepaskan aku! "
Kemudian dia lantas ketawa dan ketawa lagi, mula menjahanamkan aku sekelip mata dan menikmati tubuhku sesuka hatinya. Ya tuhan...
Aku mohon perlindungan.
TANGISAN ku pecah. Badan ku semuanya sakit. Kaki ku sakit, tangan lebam dan di seluruh badan semuanya pedih! Aku memaksa diri dari memandang lelaki yang sudah menjahanamkan aku di malam ini!
Namun, cuba ku intai sedikit,dia membutangkan jeansnya. Sedar aku melihat, dia mula mendekat.
" kenapa menangis ni? "
Pandangan lekas ku alihkan. Air mata ku membanjiri. Bergetar bibirku cuba menyekat esakan yang kian menyerang.
Dia mula mendaki ke atas katil. Ku undurkan diriku laju.
" jangan dekat!! "
" kenapa kau marah? Aku ingat ni sebahagian rancangan yang kau pun setuju juga.."
Rancangan?! Ku kuatkan diri dengan menatap wajahnya. Wajah lelaki yang akan pasti ku ingat selamanya!
" saya tak bodoh lagi nak serahkan diri saya pada lelaki lain,kecuali suami saya! Apa yang awak cuba cakap?! Rancangan?! Siapa upah awak?! Kenapa awak sanggup buat saya macam ni?!" Lagi sekali aku kuat namun tumpas bila tangisanku meledak.
Dia bukan nak kesal, tapi malahan senyuman sinis diberikan.
" aku rasa kau memang bodoh dalam situasi sekarang. "
Nak saja ku jawab, tapi pintu dikuak luas dan nampak seseorang menapak di depanku. Laju air mataku mengalir, mensyukuri betapa Allah mendengarkan doa aku untuk menghadirkan dia.
" sayang! Nazrin! Lelaki ni! Dia rogol saya awak! Dia rogol saya! Saya tak kenal dengan dia! Awak jangan salah faham...dia dah cakap ni semua dirancang! Saya tak curangi awak sayang! " sedaya upaya ku cuba menerangkan padanya. Nazrin sedikit terpaku dan dia menatap aku lalu beralih kepada lelaki tadi.
" dah?" Soal Nazrin padanya.
Lalu diberikan satu sampul pada lelaki itu dan mereka...sepertinya mengenali antara satu.
Mataku kembali bergenang. Berkerut dahiku melihat.
" apa.. semua ni,Naz?"
Lelaki tadi menoleh padaku. Nazrin hanya memuatkan tangannya ke dalam poket.
" saya perlu buat semua ni. Saya cuma nak maruah saya dibersihkan. Saya tak nak semua orang sangka saya tak boleh beri awak zuriat. Itu sebab saya rancang semua ni. Selesai ni, awak hamil dan semuanya bakal gugur. "
Tersentak habis ku disitu,mendengar luahan kebenaran dari mulut lelaki yang ku sebut dan ku harapkan dia menjadi penyelamat..tapi malangnya...dia lah yang menjadi dalang semua ni?!
" apa awak dah buat ni, Nazrin?! Apa awak dah lakukan?! Sampai hati awak buat saya macam ni?! "
Nazrin berlagak selamba. "Saya buat semua ni, untuk kita. Supaya orang tak bercakap itu ini lagi sebab tak ada zuriat. Kita tunggu awak hamil tak lama lagi, kalau tak ada juga.. saya akan suruh dia buat sekali lagi. "
" Aryan yang akan tanamkan benih tu. "
Ku palingkan wajahku pada lelaki tadi. Rasa dihatiku bagaikan dikoyak-koyak jadi kepingan.