𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂𝒑𝒖𝒍𝒖𝒉𝑬𝒏𝒂𝒎

24.6K 1.8K 275
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____


MALAMNYA..

" Iris..." panggilan Mak Timah itu membuat aku menoleh. sejak dari aku pulang langsung tak seperti kebiasaannya. Kini aku lebih diam dan monyok.

Ku lihat saja mak Timah duduk di birai katil. Perlahan-lahan agar tak terkejutkan Abigail yang lena. Rambut yang ku ikat itu ku selakkan ke belakang.

Sepi.

" iris..mak Timah perasan Iris diam je ni. Iris gaduh dengan tuan ya?"

Suara masih ku sembunyi,tapi tampak ku jelas tak mampu menipu mak Timah. Tanpa ku jawab jujur,tekaannya betul.

" Iris...ada apa-apa ke yang jadi?"

Akhirnya aku mengalah. " tak adalah mak Timah. Saya..." dan kata-kata ku masih kurang lengkap. Peti suara seakan tak mahu bercakap apa-apa. Namun mak Timah mendesak lagi.

Mengeluh," ..okay macam ni. Iris..Iris tak faham kenapa dengan Hyde tu. Apa masalah dia dengan Iris,selalu buat Iris macam tu. Iris tak faham dia mak Timah. " luahku sejujurnya. Tiada tangisan,tiada emosi. Aku lebih merasakan kosong sekarang.

Mak Timah tersenyum.

" Iris..bukan Iris dah kenal dia lebih dari sebulan ke? Sepatutnya Iris kena faham Tuan Hyde tu macam mana. Sebab dia memang macam tu. Dia memang rumit untuk kita faham,masalahnya Iris janganlah macam ni...Iris tak boleh salahkan Tuan sebab apa yang tuan buat,sentiasa bersebab dan memang itu cara dia. So Iris kena faham perangai dia. "

Kata-kata mak timah tiada ku balas,tapi sebaliknya ia membuka 'jalan' mindaku untuk berfikir. Memang tadi aku yang salah. Aku yang emo pada dia tak pasal. Dalam sendiri ku kesali perangai sendiri yang tak fikir panjang. Terdiam terus ku disitu. Mak timah pun nampaknya faham aku sudah menangkap kata-katanya. Tangannya menepuk lembut tanganku.

" Iris rehat lah ,ya? Mak Timah tidur dulu. "

" baiklah,terima kasih mak Timah. "Dan dia hanya berlalu perlahan,ku hantar dia dengan anak mata kerana Abigail menggeliat sedikit. Seketika,pintu di tutup rapat dan phone ku tarik dari meja sisi.

Kosong.

Tiada call,tiada message.

Laju jemariku mula mengunci papan keyboard.

-awak...

Hyde
  -ya?

-sorry.

Tiada balasan. Dibaca dan hanya diabaikan. Tubuh perlahan ku sandarkan ke headboard. Ku tatap skrin,setia menunggu balasannya. Namun,tak ada. Akhirnya ku letak dan mengeluh dibuatnya.

Ku pejam mata dan cuba terlelap saat tubuh ku lentangkan,

" sorry Hyde. "


※ ※ ※


Ku rapati Hyde yang sudah sedia di meja makan. Pagi-pagi itu lagi dia sudah datang kemari. Beberapa sarapan sudah tersedia tapi hanya Hyde yang duduk disana. Pak Amri dan mak Timah masih berada di dalam.

Sunyi sepi bila kedua kami bertembung. Hanya kami berdua? Itu sebab ku ambil kesempatan untuk menegur Hyde.

" Hyde... "

Dia menoleh dan menggantikan apa dengan 'hmm?'. Ku telan liur dan menahan takut dulu sebelum mula.

" saya ..nak minta maaf. Sebab saya dah buat something yang tak sepatutnya. Saya dah emosi and saya tau saya silap. awak janganlah tak layan saya.."

Nampak Hyde cuba mencari sudu,dan sudu yang ada hampir dekat ku itu ku hulurkan. " bukan dah text ke semalam?"

Jawapan 'soalan' nya itu diberikannya. Ku lanjutkan lagi. " tahu,tapi awak yang tak balas. "

" tapi baca ,kan?" Pusingnya semula. Serentaknya aku mengangguk kerana betul dia baca kemudian abaikan. Tapi,Hyde malahan membuat aku sedar satu perkara.

Hyde tersenyum segaris,"there's your point. " —dia membuat aku sendiri menjawab persoalanku tadi dengan memusing soalan kembali.

Sekali lagi,Hyde memang tak disangka.

" tapi..kenapa tak balas?" Soalan itu bukanlah mendesak atas niat apa,tapi aku hanya nak tau.

Dia menjawab lagi," diam tu maksudnya marah ke?"  dan aku menggeleng. Disitu terdapat jawapan lagi.

" and you know your answer. "

Tak balas- sama saja seperti diam.  Jadi bermakna,dia tak marah.

" thank you.. "

" welcome. " ringkasnya menjawab. Tersenyum lebar saja ku melihat Hyde. Kan senang kalau semua orang dalam dunia,seperti Hyde ,tak perlu ada drama dan apa-apa pun. Dia hanya menjadikan perkara ini berlalu begitu saja dengan cara dia.


※ ※ ※


CHARLES HYDE

PETANG ITU,aku balik dari kerja dan ternyata ada sebuah kejutan menanti. Bila bekas suami Iris datang ke rumahku.

Ku hampiri saja dia yang duduk di luar. Hampir tak percaya bila pak Amri mengatakan dia datang.

" what are you up to?" Soalku sebaik bertembung. Dulu,bukan main dia berkasar. Sekarang,dia lebih santai dan...mempunyai sesuatu disebalik niat datang kesini. Semestinya bukan?

" to talk to you. "

Kedua kami duduk bersebelahan. " oh ya. Dah ada depan sekarang,so nak bincang apa? And how did you know my place?"

Nampak Nazrin tersenyum lebar," aku boleh cari..aku tau je iris duduk rumah belakang tu ha. Tapi,point aku ialah kau sekarang. Bukan dia. "

" then? " pantasku menarik dia ke alasan utamanya datang.

Dia sepertinta gusar. Kerana apa,nampak bagaimana seorang lelaki itu cuba mengawal tingkah lakunya— tengkuk belakang diusap perlahan,keyakinan yang berkurang.

Lebih satu minit,dia memulakan.

" aku nak cakap by man to man. Aku nak settle benda ni elok-elok,since itu cara kau. " ujarnya,menatap aku yang mula bangkit. Tangan ku muatkan ke dalam poket dan berdiri ke depan,lalu menghadap padanya.

" proceed. "

Nampak Nazrin menoleh ke tepi. Dahinya itu sedikit berkerut,entah mungkin terasa patut atau tak diri dia sendiri ikut kata hati?

Masih sepi.

" aku nak kau lepaskan Iris. "

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now