𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑻𝒖𝒋𝒖𝒉𝑩𝒆𝒍𝒂𝒔

24.5K 1.9K 102
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____



CHARLES HYDE

OFIS SCARLET

" so macam mana dengan Jade? Dia okay tak?" Tanyaku,sambil memerhatikan Scarlet yang duduk depanku.

Tersenyum dia. " you macam mana sekarang? Lama tak jenguk I. I pun jarang nampak you kat rumah auntie. "

Bukan nak menjawab soalanku,dia malahan lebih bertanya tentang aku. Kedua hujung kening hampir bersentuhan bila aku tak faham dia.

"Wait. Why me? "

Scarlet hanya meletakkan tangan yang bersimpul di atas dagunya,beserta dengan senyuman lebar. Ku cuba sentuh lagi topik tentang Jade.

" Jade,macam mana dengan keadaan dia? "

" you tak tanya khabar I ke? " tanyanya lagi,jauh betul pertanyaan. Akibat malas nak melayan,aku mula bangkit. Tapi gelak yang tersembur dari mulut Scarlet itu buatku terhenti.

" okay lah.. I just love to deal with your ego Hyde. Awak tak boleh usik sikit kan? Rileks lah. Duduk. "

Aku serentaknya duduk semula.

" saya bukan nak bergurau senda,I am here just because of my sister. So jangan melebih lah Scarlet."

Nampak wajahnya sedikit ketakutak sebab itu,aku tau dia bukannya suka aku begini. Dia lantas mengalah dan mula berbincang tentang keadaan Jade.

※ ※ ※


Mummy di depan hanya ku pandang  kosong. Tangisannya tadi sudah beransur hilang. Dari hujung ku perhatikan Iris yang bersama Abigail. Lupakan dulu tentang Iris,kini perhatianku menumpu pada mummy.

" mummy tak tahu nak buat apa lagi. Pintu dia pun dia kunci masa tu,nasib baik mummy dengar Jade menjerit saat tu,itu sebab mummy  buka guna kunci pendua. "

Mama membuka cerita tentang kejadian itu. Aku sekadar berpeluk tubuh sambil mendengar bicaranya dengan tekun.

Nampak wajah mummy sangat kusam. Mungkin kerana terlalu risaukan  keadaan Jade.

" mama tak tau lah kalau Abigail ada masa tu.." terus meremang,terasa sejuk satu badan bila mummy mengandaikan ada Abigail disana bersama Jade. Minta dijauhkan!

" mummy...tapi kenyataannya,tak kan?" Mummy mengangguk perlahan,anggukkannya itu jelas dia lega.

" walaupun Jade lukai diri dia sendiri sekurangnya dia boleh bertahan,dia boleh berjuang. Tapi kalau Abigail yang kena..entah. mummy rasa Jade akan bertambah rasa bersalah. " mummy memandang aku dengan pandangan yang sayup.

" terima kasih Hyde. "

Hairan.

"  kenapa pula my?"

Mummy tersenyum dan tangannya diletakkan diatas ribaku.

" mummy hargai sangat Hyde sudi jaga Abigail. Hyde sudi amik Abigail..walaupun Hyde bukan lelaki yang ada masa lapang. Kalau Hyde tak ada..mummy tak tau apa akan jadi pada Abigail. "

Tersentuh jiwa lelaki ku bila mummy begitu mensyukuri hal itu. Aku sekadar tersenyum kelat dan nyatanya senyuman buat si dia dibelakang,yang langsung tak menyedari.

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now