𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂𝒑𝒖𝒍𝒖𝒉𝑳𝒂𝒑𝒂𝒏

26.7K 2.1K 254
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____



IRIS NAHAIRA

TERSEDAR ku mengejut dari lamunan saat aku mimpi tubuhku terhempas dilantai kerana jatuh dari tingkat paling tinggi. Berdebar kuat dadaku. Ku lihat jam,sudah 12 malam,Hyde pun belum datang dari petang tadi.

Abigail ku cium dulu,baru ku turun dari katil ,ingin menunaikan solat kerana terbangun tengah malam.

Satu ku pasti,difikiranku terimbas wajah Nazrin.

" YA Allah..apa pun yang berlaku,aku harap semuanya adalah perkara yang baik-baik. "

Tanganku tadah mula ku usap ke muka. Belum ku berganjak dari sejadah. Menerawang fikiranku akibat mimpi tadi.

Hyde baik-baik saja kan?


※ ※ ※


CHARLES HYDE

" I know they'll getting ready by 8. "

Ku dengari saja kata-kata lelaki itu ditalian. Akhirnya selang beberapa minit,ku matikan. Terimbas semula apa yang ku dengar,dan melangkah perlahan ke arah tingkap. Tercegat ku disana sambil menatap rumah sewaku.

  " Aku nak kau join aku rompak rumah CEO pemilik TK Holdings. kau jangan lupa..nanti malam pukul 8 kita mula operasi. "

" baiklah. "

Klik!

Sebenarnya,aku memang mengupah orang untuk menyiasat siapa Aryan yang sudah diupah oleh Tengku Nazrin,hanya untuk menolong Iris dibersihkan nama dia semula tanpa dia tahu. Tapi,mendengar bahan yang ku dapat...aku faham. Nazrin,Aryan berkomplot tapi Nazrin tak tahu..dia sudah terjerat dalam permainan dia sendiri.

Ku simpan audio yang telah dirakam sembunyi oleh orang upahan ku itu.

" so kita nak buat apa ni tuan?"

" kita jangan masuk campur. Biar orang yang berkuasa buat kerja. "


BUNYI das tembakan kedengaran,dua kali. Pasti ada dua orang yang ditembak. Polis lainnya sudah mengepung rumah dan menangkap konco Aryan diluar. Beberapa lagi masuk lalu menyerbu.

" letakkan senjata! "

Aku masuk terus ke dalam dan nampak Tengku Nazrim sudah terlentang di atas lantai dengan darah berlumuran.

Ku pandang Aryan dan Natasha sudah ditangkap. Focus ku mula pada Nazrin semula. Ku pegang kepalanya. " bertahan! "

DOCUMENT itu ku serah pada mama Nazrin,tapi tak diambil. Perlahan ku letakkan disebelahnya. Dia menangis saja diluar bilik wad suaminya. Manakala Nazrin masih tak sedarkan diri.

Saat aku ingin berlalu,mamanya berkata. " terima kasih sebab awak dah datang,bawa polis sekali berkas mereka.."

Senyuman ku ukirkan.

" semua ni bukan saya buat untuk siapa-siapa,tapi hanya untuk membersihkan nama seseorang. Tapi,bila keadaan bertukar untuk saya menolong,tak ada apa lagi saya boleh buat. "

Dia mengangguk,nampak wajahnya sangat kesal. Kehilangan memang buat dirinya kini bagaikan terjatuh dari langit,lalu terhempap kuat ke tanah. Berterabur,tak mampu diselamatkan. Itu persis perasaannya sekarang.

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now