𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑳𝒊𝒎𝒂

31.5K 1.9K 485
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki



IRIS NAHAIRA

Beep. Beep. Beep

Sakit kepalaku.

Sakit seluruh badan.

Aku tak pasti sudah berapa lama aku disini tapi,nampaknya aku berada di hospital. Kerana bunyi 'beep' tersebut. Kelopak mata lemah ku buka dan melilau mataku melihat sekeliling.

Kosong.

" Naz...?"

" ehh Iris dah sedar. Jap mama panggil doctor. "

Suara mama Nazrin. Tak nampak dengan jelas dia dimana dan aku hanya membiarkan. Tubuhku masih lemah.

Apa yang ku ingat...aku dan Haifa bergaduh. Itu sahaja. Yang lain...entah.



DADA ku sakit. Hatiku remuk. Mendengar apa yang dikatakan oleh doctor baru tadi. Memang mereka berhati-hati untuk memberitahu perempuan seperti ku,yang anak dalam kandunganku tak mampu diselamatkan.

Aku keguguran.

" maafkan kami puan Iris. Minta puan Iris bertabah. Saya pergi dulu. "

Ku berikan dia anggukan lemah,meskipun kehilangan itu sakit,tapi tak begitu sakit..kerana itu bukan anak sebenar Nazrin. Aku tak nak anak itu dijadikan sebagai senjata untuk mereka mengambil kesempatan.

Ya...aku tau tentang harta loteri yang dikatakan oleh Nazrin pada Aryan semasa dirumah Aryan hari tu. Sebab itu Aryan berubah baik. Jadi,mungkin ketentuan ini lah yang terbaik.

Air mata ku sekat laju. Mama mengusap bahuku lembut. Mama pula yang menangis lebih dari aku. Rasa bersalah bersarang dalam hatiku saat itu.

Kenapa Nazrin tak lihat wajah mama nya sekarang,yang mati-mati percaya anak itu waris Nazrin?

" mama akan selalu ada dengan Iris..Iris kuat ya? Iris dan Naz boleh cuba lagi. Kita tak boleh pertikaikan ketentuanNYA. "

" ya ma. Iris minta maaf sangat. Iris akan kuat. "

Mama hanya melebarkan senyumannya yang disembunyikan disebalik kesakitan.

" Nazrin mana ma?"

" dia ada kat cafe,dengan kawan dia. "

Kawan?



TENGKU NAZRIN

Ku tumbuk lagi mukanya. Memang aku betul-betul naik hantu! Nak saja ku bunuh Aryan di tandas ini,tapi masih ada sesuatu menahanku.

Kolarnya ku tarik.

" lepaslah wei! Aku tak sengaja ah buat dia keguguran! "

" lepas dua hari dia kat hospital,baru kau nak tayang batang hidung?! Aku suruh kau datang,tapi kau baru muncul hari ni lepas kau hantar dia kat hospital,lepas tu blah! Kau kata kau tak sengaja?! Habis tu kalau kau tak takut,kenapa lari?!"

Darahnya yang mengalir diludah keluar. Lemah Aryan kelihatan.

" aku tak sengaja,bukan aku yang tolak dia,tapi awek aku! Dia yang gaduh dengan Iris,aku manalah tau! "

" kau lari ,aku repot kau kat polis atas cubaan membunuh! Aku nak kau buat Iris hamil lagi lepas ni,jangan sampai dia keguguran lagi!"

Seperti biasa,Aryan tak menolak.

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now