𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇
dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki_______
IRIS NAHAIRA
" Iris...mama nak Iris datang rumah mama sekarang ya? Ada benda yang mama nak Iris selesaikan. "
Langkahku disambut dan ternyata disitu sudah ada semua orang. Masing-masing dengan wajah mereka sendiri yang tak boleh ku baca riaknya.
Nazrin dengan tubuh berbongkok,tangan ditongkatkan di atas peha. Aryan yang lebam-lebam mukanya itu berpaut dengan Haifa. PA Nazrin,Natasha munafiknya berdiri serupa seorang pekerja. Pandanganku beralih kepada mama dan papa Nazrin. Keduanya...serius. seperti,kecewa?
" duduk. " suruh papa dengan intonasi sedikit kasar. Serta merta ku labuhkan punggung. Pandanganku meliar dan hairan ku diangkasa. Apa yang sudah jadi? Mereka tahu ke?
Berpusu bisikan dan persoalan,sehinggakan Aryan memulakan. Dia merangkak dan merapati aku,dipegang kedua kaki ku. Ku cuba lepaskan tapi pegangannya masih menapak.
" tolong Iris! Kasitau hal sebenar. Kasitau! Saya tau semua salah saya...tapi tolong..."
Ku tatap wajah Aryan yang merayu-rayu. Aku tak..faham. kakiku cuba menepis.
" apa ni?" Ujarku,walaupun mama dan papa tak cuba menghentikan. Harap Nazrin,dah tak ada apa-apa perhubungan antara kami dan pastinya dia tak ambil peduli.
Aryan menggeleng. " please Iris..."
Kepala ku alihkan pada mama dan papa. Sedar Aryan semakin menjauh dari aku,dan aku berdiri dekat ibu ayah Nazrin.
" mama...papa,Nazrin sebenarnya bukan Nazrin yang kita kenal. Dia dah buat Iris macam binatang,dia sebenarnya suruh Aryan rogol Iris untuk mendapatkan kehamilan dan membersihkan nama dia yang tercalar. Dia sanggup upah orang rogol -"
"Iris...cakap lah yang ni semua rancangan awak. Awak yang nak saya hamilkan awak sebab awak dah tak sanggup orang kata awak tak subur. Untuk tak buat Nazrin berubah hati..."
Kata-kata dari Aryan itu menyentakkan aku,kemudian hinggap satu tamparan kuat dan pukulan bertalu-talu mama kepada ku.
" mama...apa ni ma? Ya allah!" Ku cuba selindungkan diri daripada kesakitan. Mama sekuat hatinya memukul aku. Terlerai semuanya sebaik papa menarik mama.
Air mataku bercucuran ,aku sangat tak faham. Apa semua ni?!
" Awak..jangan menipu lagi. " rayu Aryan lagi pada ku. Ku rentap tangannya.
" apa yang awak cakap ni?! Apa yang saya nak tipu?! Apa yang awak merepek ni?"
Namun kata-kata ku itu percuma,akhirnya papa buka mulut. " tak payahlah nak selindung Iris.."
" betul pa...Iris tak tipu. "
Ku lihat papa menarik phonenya dari poket seluar,lalu dihulur padaku. Perlahan ku terima.
" tengok."
Ku tengok video berdurasi 10 saat itu,dan nyatanya pertekakan aku dan Nazrin dirakam,tapi...kenapa bahagian itu sahaja?
Selesai,pandangan ku beralih pada Natasha. Mendidih perasaannku. Kan video itu jelas menampakkan Nazrin yang salah..dia siap mengatakan yang dia suruh Aryan menghamilkan ku kali kedua? Tapi kenapa...sepertinya berputar?
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮
Lãng mạn𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚 "the best story ever 💯" melvilleto "Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad a...