𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑺𝒆𝒎𝒃𝒊𝒍𝒂𝒏𝑩𝒆𝒍𝒂𝒔

26.1K 1.8K 253
                                        

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____

" itu yang saya suka tentang awak. "

Aku sekadar memekakkan apa yang ku dengar. Masuk telinga kanan,keluar telinga kiri. Bagiku ayat itu sekadar ayat biasa sahaja.

" awak memang macam ni kan? Kenapa perlu awak 'tertutup?' " pertanyaan yang sering ku dengar dari orang sekelilingku. Aku tak tau kenapa ramai sangat nak memahami diriku sendiri. Penting sangat ke?

Fikiranku melayang,tapi jawapan selamba meluncur dari bibir.

" I'm not being totally 'reserved',but sometimes certain things can only be between us and ourselves,right?"

Iris mengangguk,tapi dia sepertinya tak berapa mempersetujui ayat yang ku katakan.

" but perlu ke awak bersembunyi pada saya,sedangkan awak tahu semuanya tentang saya?"

Soalan itu sangat menarik perhatian. Aku tak perlu nak jawab,tapi persoalan kembali ku berikan. " tapi saya ke yang nak tahu tentang semua tu? "

Iris menarik muka,memang dia ada jawapan buat tu. Bibir bawahnya digigit sebelumnya menjawab semula.

" tahu,tapi— saya bagitau awak je semuanya. "

Dia masih memaksa. " tahu,tapi tu kan pilihan awak. Bukan saya yang meminta. So awak tak boleh lah paksa saya kalau saya tak nak. "

Sudahnya,Iris sekadar memuncungkan bibirnya tanda merajuk.

" awak. " panggilnya lagi.

"Apa?"

Disimpulkan jarinya bersama dan dipandang aku. " awak teman saya beli barang dapur boleh?"

Aku setakat mengiyakan dengan anggukkan. Hujung rambut yang sedikit ke depan,ku selak ke belakang. Aku perasan,Iris sesekali melihat.


※ ※ ※


IRIS NAHAIRA

KAMI berjalan seiringan mencari barangan dapur. Tapi,seperti biasa..Hyde sekadar mendukung Abigail dan membiarkan aku yang 'mendukung' barangan itu semua. Nasib baiklah barang pembelianku tak terlalu banyak.

" banyak lagi nak beli ke?"

" emm rasanya dah cukup kut. "

" wow...dua sejoli ada kat sini. "

Suara yang asing tiba-tiba mencelah itu menarik perhatian kami serentak. Aku terus mematikan senyuman. Buat apa dia ke sini?

" haihh jantan ni masih dengan kau eh? Tapi baguslah,aku tengok...kau dah jadi bibik nampaknya. " bicara Nazrin pada kami berdua. Tapi yang sangat diberikan perhatian,ialah aku. Ku cuba untuk tak melayan karenahnya. Cuba melangkah,tapi dia menahan. Hyde masih tak berbuat apa-apa.

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang