𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇
dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki_____
" ya...saya tak perlukan lelaki yang paling manis,awak pun cukuplah bagi saya senyuman ni. "
Tersenyum segaris saja Hyde pada kata-kataku. Sementara aku masih setia menatap wajahnya. Senyuman pun tetap terukir. Lantas dia menyoal kembali.
" awak rasa awak memang perlu kan cinta dalam hidup?" Soal Hyde.
CHARLES HYDE
Mendengar soalanku itu terluah,nampak muka Iris berfikir dulu. Kemudian baru dia membalas.
" perlu lah. Perempuan mana yang tak perlukan lelaki dalam hidup dia?"
Ku anggukkan kepala,namun aku tak setuju dengannya,jadi percanggahan berlaku disitu.
" well,kan lelaki dah rosakkan hidup awak,Nazrin dan Aryan. Kenapa perlukan lelaki juga? Awak rasa awak tak boleh hidup tanpa lelaki?"
Iris sedikit tersentak,tapi diluah ketawa kecil. " saya perlukan cinta,dan cinta tu lelaki. Jadi saya perlukan lelaki dalam hidup untuk cinta saya. "
" cinta pada Tuhan awak,cinta pada diri awak tak cukup ke untuk awak?"
Ia tentang dua definisi yang berbeza.
Sekarang,betul-betul nampak wajah Iris tersentap dengan kata-kataku. Wajah itu segera menunduk memandang kakinya. Diam sejenak suasana,dan hanya bunyi deruan ombak yang jadi peneman.
Lantas perlahan Iris menjawab," cukup. "Jelas baginya cinta hanyalah sebuah definisi kepada satu makhluk, iaitu lelaki. Padahalkan, cinta itu lebih luas pengertiannya selain hanya cinta sesama manusia.
" cintai dulu tuhan awak,diri awak,sebelum awak nak cintai orang lain. Jangan hidup untuk orang lain ,Iris. " kataku terus tiada berlapik. Dia diam saja memandang ke depan. Dia sudah dapat jawapan buat soalanku dan juga soalanku yang lalu,tentang True Love kerana ia berkaitan.
Pandangan kami berdua hanya dilemparkan ke depan.
Soalanku tadi tentang Abigail,sebenarnya simbolik. Ianya bukan 'kalau abigail tak ada dengan awak..awak rasa dia boleh tak teruskan kehidupan? ',soalan itu sebenarnya berpusing.
Kalau abigail tak ada dengan awak,awak rasa awak boleh tak teruskan kehidupan? —itu soalan yang tersirat sebenarnya.
AKU dan Iris sudah pulang ke rumah. Abigail terlena saja di atas katil. Memang seronok berjalan-jalan disekitar pantai. Apa lagi cuaca berangin dan tak terlalu panas terik. Dimuka pintu aku hanya memerhatikan Abigail..kemudian Iris.
Tanganku silang," Iris. "
" ha ,ya?"
" ingat apa saya cakap tadi. " senyumannya menjadi balasan dahulu. " insha allah. Terima kasih Hyde. "
" okaylah saya nak balik,nak mandi. Saya pun tak ada rehat lagi. " nampak Iris menganggukkan kepala,diberikan 'bye' bersama senyuman padaku.
Langkahku tadi yang nak pergi,ku batalkan dan berpaling semula.
YOU ARE READING
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮
Romance𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚 "the best story ever 💯" melvilleto "Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad a...