𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇
Dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki
PHONE ku cari sekeliling.
Tak ada. Langsung tak ada meskipun sudah semua tempat ku geledah. Berpinar kepala mahu cari di mana lagi. Mak timah yang bersama Abigail di dapur akhirnya ku tanya.
" mak Timah. Nampak phone saya tak?"
Dia selamba menjuihkan bibir,tanda memberi petunjuk phone ku berada. Ku ikut saja petunjuknya dan di atas rak,ada phone. Tapi bukan milik aku. Ianya milik Hyde.
Phone itu ku tarik," ni Hyde punya. Tertinggal kut dia. Nak buat macam mana ni mak Timah? Mesti dia cari merata ni. "
Bukan nak risau,malahan mak Timah tersenyum pula. Abigail ditangannya,dibawa main lagi. Sebelum menjawab,sempat lagi teh suamnya diteguk. " tu memang tuan Hyde punya. Tapi mulai sekarang,dia nak Iris guna phone dia tu. Phone lama Iris dia dah amik tadi. Iris tak tau ke?"
Ku geleng kepalaku perlahan tanpa menjawab apa-apa. Kenapa lah Hyde tak khabar apa-apa pasal ni. Phone milik Hyde yang sekarang jadi milikku itu ku pandang. Kemudian muncul nombor diskrin,ada satu panggilan. Perlahan ku jawab.
" helo?"
" dah jumpa? Number dan phone ni sekarang awak punya. Guna number ni je. Tak ada orang lain yang tahu selain saya,mak timah dan Pak Amri. Faham?"
Suara husky Hyde ditalian itu membuat ku mati kata. Bukan kerana suaranya sahaja,tapi aku tak tau nak jawab apa.
" Iris? "
" phone lama saya mana?"
Itu pula yang ku soal. Bukan apa,aku cuma nak memastikan. Kalau ada dengan dia,tak apalah. Takut pula tercicir atau apa,nahas nanti.
" kenapa? Nak phone ni semula?" 'ni' disebutnya,jadi beerti phone lama ku berada dengan dia. Mak Timah memandang saja aku yang bersambung talian dengan Hyde. Langkah mula ku atur keluar menuju ke ruang tamu.
" tak. Saya tak nak. Kenapa tak bagitau saya pasal ni?"
" jaga phone ni,jangan sampai orang boleh tahu number awak ni pula. Saya nak letak sekarang,sebab saya ada kerja nak settle. Kiss Abigail for me. "
Bukan nak menjawab soalanku,malahan dia sengaja melarikan diri dari pertanyaan itu. Talian pun sudah diputuskan. Tersenyum sendiri saja ku disini. Sekurangnya,tak adalah orang-orang yang mengganggu itu menelefonku lagi.
※ ※ ※
Mak Timah melipat telekungnya selesai solat. Sementara aku,masih duduk di sejadah. Mungkin dia hairan,itu sebab dia tanya.
" kenapa Iris?" Ku palingkan muka pada dia sebaik nama diseru. Senyuman kami berbalas.
" tak ada apa mak Timah. Saya cuma.."
" —terfikir tuan?" Terus wajahku membahang,tapi itu jawapan betul. Tak ada penafian disitu.
" ha'ah. Saya terfikirkan dia. Entahlah mak Timah..saya rasa tuan tu..terlalu baik. Dia lain daripada yang lain,kan?"
Mak timah ku lihat sudah menganggukkan kepalanya. " betul tu. Dia perangai je macam tu,tapi tak jahat pun,tak pukul orang bagai. "
" dia tu kan tak islam,tapi dia pernah mabuk tak ,Mak Timah?"
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮
Romance𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚 "the best story ever 💯" melvilleto "Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad a...
