Info!
1) maybe start bab 10,saya tukar 3ppov. We'll see.
2) saya akan private-kan,tapi nanti.
3) saya akan kurangkan bahasa english dlm ni as ada seorng pembaca,dia jujur dia x berapa pandai bi,so I think it's my responsibility towards my readers untuk faham. Saya minta maaf jika bahasa english mengganggu.
4) maybe saya akan slow update sikit lepas ni.
𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇
dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki
_______
Ku tolak perlahan pintu sliding itu,menayangkan aku indahnya halaman belakang. Cantik dengan tumbuhan hijau,dan memang sesuai untuk para penyewa merehatkan minda disini. Sesuai untuk keluarga beriadah,bila belakang rumah ini pula berhampiran pantai yang luasnya terbentang.
Ku caturkan langkah menuju ke luar dan bila duduk di bench yang tersedia,ku rapatkan kaki sambil menyilang tangan.
" ini hidup aku yang baru. Ini hidup aku yang mesti aku jalankan. Buat kau,Nazrin...terima kasih sebab pernah jadi cinta dalam hati aku. " rendah suaraku berbisik sendiri. Tenggelam semuany bila aku cuba memadam kesedihan itu. Ku palingkan lagi kepal melihat ke belakang. Aku ada kerja nak buat.
※ ※ ※
TUALA yang ku celup dengan air bersih itu ku gunakan untuk mengelap permukaan kabinet dan perabot. Kerjaan ku itu sebenarnya terhad kerana kesakitan dikawasan perut,tapi ku gagahkan jua. Berdiri ku perlahan dari duduk,dan perut ku tekan.
Pedih. Dugaku ini pasti kesan akibat keguguran. Yalah..selepas keguguran,aku belum ada lagi kesembuhan yang mencukupi.
" aduh..." aduhku bila pedihnya semakin menular. Ku hentikan langkahku di depan pintu dapur,bertahan disana sambil perut ku tekan lagi.
Tiba-tiba seseorang menyambut tubuhku yang mahu rebah. Ku intai sedikit,pak Amri rupanya.
" Iris...Iris okay tak ni?"
Ku gelengkan kepalaku laju. Mana mungkin sakit begini,aku nak menyelindungkannya lagi.
" tak! Iris sakit..." ucapku terputus-putus. Pak Amri memapahku ke sofa. Entah siapa yang ada di depan.
" macam mana keadaan dia? "
Suara perempuan. Entah lah siapa,yang ku berikan perhatian sekarang ialah pada kesakitan yang ku rasakan.
Ya tuhan...
" DIA perlukan rehat yang cukup,tanpa banyak bergerak dan penjagaan yang teratur. Kerana luka keguguran nya masih baru,tolong elakkan membuat kerjaan yang berat. Hentakan boleh membuatkan awak takkan boleh mengandung lagi. Amalkan makanan yang berkhasiat ya puan Iris?"
Doctor perempuan itu ku lihat sudah mengemas barangannya. Senyum saja ku pada dia. Secar tak langsung,senyumanku memantul kepada Hyde yang berdiri dibelakang doctor tersebut.
" baiklah doctor. Terima kasih. "
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮
Romance𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚 "the best story ever 💯" melvilleto "Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad a...
