𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑬𝒏𝒂𝒎

29.2K 1.9K 69
                                        

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki.

______




CHARLES HYDE

Aku menggeleng kepada mummy. Mummy nampaknya risau dengan jawapanku itu. She knows how I look like,and she knows nothing would change my decision. Bunyi tangisan kakakku masih kedengaran ditelinga.

" jomlah...don't you want to come to the funeral? " suara serak mummy akibat menangis itu menanya lagi. Masih berharap aku mengubah jawapan.

" no mummy. I don't want. "

Mummy sudah mengeluh perlahan. Ditariknya tas tangannya dan disarungkan kaca mata hitamnya menyembunyikan mata sembam.

Ku biarkan mereka bergerak ke gereja tanpa ku. Aku tak nak menghadap lelaki yang sudah menyakiti kakakku selama ini.

Driver ku sudah sampai didepan muka pintu,dan hujan malam itu pun sudah mulai rintik. Ku redah saja menuju ke kereta. Balik ke rumah lagi baik daripada membazir masa untuk lelaki tak guna itu. Nasib baik dia sudah meninggal.

" TUAN Hyde tak nak pergi funeral ke?"

" tak nak. Saya bukan orang yang berpegang pada agama juga pun. Malas nak jejak kaki di gereja ni lagi,doa pun bukan dikabulkan. Semua hanya buatan manusia. "

Driver ku itu mendiamkan diri. Lalu terasa dia membelok ke kiri,dan aku menarik phone keluar. Beberapa notifikasi WhatsApp memenuhi ruangan. Baru nak memeriksa,dan sempat ku lirik ke depan. Kelibat seorang perempuan di depan menyebabkan keretaku tiba-tiba berhenti mengejut.

IRIS NAHAIRA

..aku ceraikan kau
dengan talak tiga!

Berkerut dahiku apabila mimpi itu mencengkam. Akhirnya aku sedar dari lena itu. Mimpi? Bukan.

Aku tau itu realiti. Ku letak tangan di dahiku,sakit. Terasa berat. Nak bangun,tapi tersekat. Ku cuba berpegang dimeja sisi,untuk menarik tubuhku..tapi tak terdaya. Kemudian dia menolong aku bangun. Dia?

Ku pandang ke kiri dan nampak seorang lelaki. Ku perhatikan dia yang sedikit berumur,siapa ni?!

" cik? Baring kalau masih sakit. "

Tak terdaya ku menepis sentuhan dia,lemah sangat. Namun suara ku paksakan jua. " siapa awak ni?"

" cik semalam pengsan kat jalan,lelaki yang kat rumah semalam pula biarkan cik,jadi kami terpaksa bawa cik balik dulu. "

Berkerut dahiku. "Kami?"

" she's awake? " suara husky di depan pintu itu menarik perhatian kami berdua. Seorang lelaki seakan perumuran Aryan,berwajah ala mat saleh,tinggi dan tampan. Rambutnya kemas disikat tepi,namun..itu yang ku takutkan,dia masih merangkap seorang 'lelaki'.

Berjalan dia sambil memuatkan tangannya didalam kocek seluar. Aku perasan ada kilauan kecil dari diamond piercing di telinga sebelah kirinya.

Dia berhenti di depanku.

" siapa awak ni? Jangan sakiti saya.." tangisku perlahan kerana ketakutan trauma. Aku tak kenal dan tak tau aku dimana,dengan siapa. Itu mengingatkan aku semula Aryan yang diupah.

" sakiti? Awak ada tengok tudung awak lepas? Baju awak terbuka? " jawapan lelaki itu secara tenang,dan itu yang menyentapkan aku. Ku pandang diriku,memang tiada yang terusik. Walaupun tudung,masih senget seperti semalam.

Diamku itu pasti memberi jawapan kepada lelaki itu. Ku tundukkan wajah.

" dah sedarkan? Saya nak pulangkan awak balik- "

" tak!" Ku potong ayatnya. Bergenang air mataku bila sakitnya mencalar.

Keluhannya ku dengari. " saya tak tau awak siapa,dan saya tak boleh simpan awak. "

Ku angkat wajahku padanya.

" tak encik...tolong. saya tak nak kembali pada dia. Tolonglah. "

Ku balas pandangannya itu. Sedingin ais.

" saya tak boleh,cik nobody. Saya kena pulangkan awak. "

Air mataku sudah bercucuran dan ku seka laju. Ku tahan esakan yang mahu terluah.

" tolonglah..saya tak nak. "

Belum sempat dia menjawab,bunyi deringan diphoneku kedengaran. Laju ku jawab phone di dalam tas.

Aku nampak lelaki itu memandangku kosong. Aku hany mendengar kata-kata si pemanggil ditalian.

" baiklah.."

Talian dimatikan,dan ku letakkan semula ke dalam tas.

" tolong hantar saya ke satu tempat?" Pintaku,kali ini berpusing. Tadi aku menolak,sekarang aku meminta.


※ ※ ※

CHARLES HYDE

Dikereta hanya sepi yang menjadi bunyi latar. Perempuan tadi masih ada sisa tangisannya kedengaran. Aku pun bukan nak ambil peduli. Kerja pun masih menungguku.

Bila tiba disatu rumah yang berbeza,bukan rumah yang semalam,dia menyuruh kami berhenti. Perlahan saja perempuan itu keluar dari kereta dan berdiri menatap kami.

Sempat ku dengar 'terima kasih darinya'. Lantas ku suruh kereta ku bergerak,tanpa ku melihat dia sebagai pandangan terakhir.



BARU SAJA dalam sepuluh minit meninggalkan perempuan itu,aku yang leka mengemas kini berita yang tular hari itu. Ku lihat ada satu tajuk yang memang tak menarik perhatian,tapi wajah yang ada jadi muka utama tajuk itu menarik perhatianku.

Ku minta driverku berhenti sekejap di bahu jalan. Wajah itu ku perhatikan.

" ni,cuba tengok. Perempuan tadi tu kan?"

Driver ku pun turut meneliti gambar yang ada diskrin ku itu. Anggukannya mengiyakan.

" haah,dia la tu tuan Hyde."

Ku perhatikan lagi,dan ku tekan video yang berdurasi 10 saat itu.
Nampak seperti seseorang mengambil rakaman secara senyap dari atas,menampakkan sepasang suami isteri bertekak. Mula kedengaran...

" shh sayang...I know. Nanti I suruh Aryan hamilkan you lagi okay? Kali ni I janji,I'll hired a maid to look after you. "

Kemudian habis.

Itu sahaja.

Aku tak pasti kenapa,tapi aku ternyata rasa ingin tahu.

" kita patah balik. "

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang