🌸 🌸 🌸
𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇
dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki
____
Keesokannya..
Seperti yang ku katakan,aku akan bertemu semula dengan mummy dirumahnya. Untuk berbincang mengenai Abigail.
Diruang tamu itu ada aku dan mummy dan Jade. Abigail distroller,bermain dengan mainan khasnya. Ku pandang Jade.
" Abigail hampir je kena bunuh oleh kau Jade. Apa yang aku nak buat? Nak biar Abigail dengan kau? " luahku padanya. Jade mengalirkan air mata. Wajahnya itu jelas kesal sekesalnya yang pernah aku tengok.
"Aku tak sengaja Hyde. Aku hilang kawalan. "
" tahu and that's the problem. Kau mampu ke kawal perasaan kau lepas ni? Yakin boleh pandang Abigail tanpa sakiti dia?"
Jade menangis lagi. Aku tahu dia sedih,tapi keadaannya begini...tak baik dan tak selamat untuk Abigail ditinggal bersama dia. Mummy pun bukan selalu bersama mereka.
" Jade,the best thing is,suruh Hyde jaga Abigail buat sementara ni. Tak apa...Hyde boleh bawa Abigail jumpa Jade juga. "
Air mata yang mengalir itu laju disekanya. Aku sekadar mendengar sendu yang mengisi ruangan itu tanpa bicara. Hanya jawapan yang ku mahu sekarang.
" baiklah..demi Abigail..Jade nak Hyde jaga dia. Jade pun tak sanggup bila Jade abaikan keperluan Abigail. "
Mummy segera memeluk Jade,dan mataku beralih kepada Abigail. Si kecil yang comel...tersenyum segaris saja ku melihat dia.
Jade menghampiri Abigail dan dikucupnya anak kecil itu sepuasnya. Jade ada masalah jiwa kacau sekarang,dia sendiri tak kuat untuk melawannya.
" I'm so sorry sweetheart. Uncle Hyde will take a good care of you." Sekali lagi kucupan terakhir diberikannya. Abigail hanya memandang tak memahami. Stroller dan beberapa barangan bayinya terus ku tarik. Dia tanggungjawabku sekarang.
※ ※ ※
Ku letakkan semuanya didalam rumah itu. Kali ini aku datang tanpa pak Amri. Abigail yang terlelap di stroller itu ku tolak perlahan.
" mak Timah?"
Beberap kali juga namanya ku panggil dan baru nampak kelibatnya. Tercungap dia berlari anak dari dapur.
"Ya encik Hyde?"
" ehh..ni siapa ni?"
Mak timah happy semacam tengok Abigail. Siap diusap-usap lagi pipinya.
" ni anak Jade. Saya yang jaga..tapi,saya ada rancangan lebih baik. "
IRIS tersenyum gembira. Dilihatnya aku dan kemudian dilihat semula ke arah baby kecil disisinya.
" comelnya dia. Siapa ni?"
" ni anak kakak saya. Nama dia Abigail Darling. "
Boleh ku lihat Iris tak kisah bila ku sebut anak kakak,dia hanya tersenyum lebar. Jarinya itu lembut saja mengusap pipi tembam Abigail.
" saya kena jaga dia buat sementara ni. Tapi,saya bukan lelaki yang ada masa lapang. Nak amik babysitter? Saya tak letak kepercayaan. Jadi saya— "
" kalau saya yang jaga dia,boleh tak?" Tanya iris bersemangat. Memang itu plannya,tak perlu minta.
" boleh. " tampak wajahnya gembira dengan keputusanku itu. Abigail yang terlelap itu hanya ku pandang kosong. Tapi,semuanya tenggelam sebaik mendengar suara Iris.
Tangan Abigail dibelek.
" eh? Ni...macam.." kata-katanya itu terputus. Matanya tajam memerhatikan gelang ditangan kecil Abigail. Mungkin,kerana aku,jadi Iris tak berani mengambil dari tangan Abigail. Kerana itu,aku menjadi orang yang menanggalkan gelang itu darinya. Seutas gelang ditanganku itu ku hulurkan padanya.
" I believe this belong to you. "
Terkaku sekejap Iris,tak disambut gelang itu. " ma— macam mana awak tahu ni saya punya? Macam mana awak jumpa?"
IRIS NAHAIRA
Bermacam-macam dalam kepalaku,takkanlah dia pun salah seorang lelaki upahan Nazrin? Seingatku,gelang ini hilang semasa aku dirogol oleh Aryan di sebuah hotel.
Ku pandang Hyde dengan berbagai andaian.
" jangan fikir bukan-bukan. Saya jumpa ni kat hotel saya,hotel dimana suami awak bawa awak pergi. Saya nak pulangkan,tapi suami awak kata,dia suruh saya buang. Daripada buang,saya simpan dan bagi pada Abigail. Now,saya nak pulangkan pada awak semula. "
Patutlah,aku faham sekarang. Kenapa Allah menemukan aku dengannya. Kerana dia pun ada berkaitan dalam hal itu. Hotel dimana menjadi tempat terlakarnya sejarah hitamku,dan menjadi pemula kekejaman Nazrin padaku...hotel milik Hyde. Gelang yang menjadi bukti lambang cinta Nazrin itu rupanya ada pada dia.
Air mataku tumpah.
Ku ukirkan senyuman,dan ku tolak hulurannya.
" tak apa..saya tak nak. Biar Abigail saja yang tetap memakainya. "
" baiklah. Kalau awak nak. "
Ku sembunyikan suara dulu. Sejujurnya ada sesuatu yang ingin ku katakan pada Hyde. Tapi..ku tahan.
Dan dia sepertinya mendengar bisikan hatiku itu,bertanya " kenapa ni?"
" boleh tak awak hantar saya ke rumah yang awak jumpa saya? Sebab dia telefon saya tadi,dia minta saya datang sebab ada hal penting. "
Hyde hanya diam,dan tanpa berkata apa dia hanya memberikan anggukan.
※ ※ ※
Di hadapan rumah itu,ku lihat Nazrin dan Natasha sudah terpacak depan pintu. Dengan beberapa plastic besar yang entah aku pun tak tau apa isinya.
Ku cuba kuatkan diri menghadap mereka. Hyde berada di dalam kereta.
" apa yang awak nak? Kenapa suruh saya datang?"
Nazrin tertawa sinis,dan dihumbankan plastic itu semua ke padaku. Tanpa belas kasihan.
" ini semua barang kau,sampah kau tak layak untuk ada kat sini! "
Ku pandang Nazrin dengan air mata yang sudah bertakung. Nak ku tahan hati untuk tak menangis,malangnya..tak boleh. Terlalu sakit.
" kalau tak nak,kenapa tak buang je kat sampah? Saya tak nak pun ambik! " lawanku semula. Nazrin merapat kepadaku. Ku undurkan langkahku setapak ke belakang.
" ni sebab aku nak kau tengok,betapa aku bahagia. Aku nak kau tengok,biar seumur hidup kau dibayangi aku dan Natasha disini. Itu maksud aku nak kau datang,bodoh! "
" kenapa awak buat saya macam ni ah?! Saya tak sangka lelaki yang saya anggap baik,ternyata macam setan! " terus hinggap satu tamparan darinya ke pipiku. Hampir rebah,tapi ku teguhkan diri.
" berambus kau dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Berambus! Bawa sekali sampah kau ni perempuan! "
" no!"
Suara milik Hyde itu menghentikan pergelutan kami seketika. Dia menarik tanganku dan menyembunyikan aku di belakang.
Nazrin ku lihat sudah siap mengangkat tangan,seperti mahu bergaduh.
" kau ni jantan mana pula? Apa? Nak tumbuk aku?" Cabar Nazrin. Siap sudah dihayun tangannya. Namun Hyde tiada reaksi.
" apa? Tak berani? Heh,such a coward. " sinis suaranya memerli Hyde yang sudah mulai melangkah.
"It's not about being a coward,but I chose not to be an idiot. " begitu saja,seratus peratus wajah Nazrin berubah. Terus jatuh dan dikepal tangannya jadi buku lima. Sementara itu,aku dan Hyde bergerak meninggalkan tempat itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮
Romance𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚 "the best story ever 💯" melvilleto "Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad a...
