𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇
dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki
_______
CHARLES HYDE
Selepas patah balik ke rumah tadi,aku dan pemanduku menunggu sebentar di persimpangan jalan. Di depan ada beberapa budak sekolah ku lihat duduk di pondok bas. Hanya melihat kosong,padahal aku tenggelam dalam angan. Sementara menunggu perempuan tadi. Belum nampak dia keluar dari rumah itu. Lima belas minit berlalu,terus saja ku suruh driverku bergerak.
Dalam diam,otakku masih berfikir.
Aku tak kenal perempuan itu,tapi aku kenal suaminya yang ku lihat gambar tertera di berita tular tadi.
" ni kunci dia. "
Kunci itu dicapainya sebaik menempah suite untuk check in. Tersenyum saja lelaki itu ku lihat.
" ni surprise untuk isteri saya. " sebut saja isteri,melirik mataku terus pada seorang perempuan berhijab dihujung. Aku yang dibelakang ini hanya mendengar perbualan pendeknya tadi bersama receptionist. Sebaik itu,dia terus berjalan menghampiri isterinya dan serentak pergi keluar hotel milikku.
" bos,nak apa-apa ke?" Tanya seorang staff ku yang lalu didepan. Hanya gelengan ku berikan.
" no,it's okay. "
Ku campakkan tisu itu ala kadar. Dia sedar dan segera tisu itu diambil. Kereta mula ku gerak meninggalkan tempat itu. Suasana masih sunyi dan masih kedengaran sendu kecil akibat tangisnya.
Ku belok kiri lagi,aku tak tau nak pulangkan dia dimana. Akhirnya aku hanya membawanya pulang ke rumah.
Memang selepas tadi,aku sendiri ingin mencarinya..nasib aku jumpa dia duduk sendiri dipondok.
Sebaik sampai saja dirumah ku,dan kereta ku muatkan ke dalam garaj,enjin ku matikan. Ku pandang dia,terlelap. Patutlah tiada bunyi menangis lagi ku dengari.
" oi,bangunlah. " ucapku masih menahan suara kerana tak biasa. Sekali tegur saja,dia tersedar pantas. Keluar kami seiringan selepas itu. Masih diam. Aku pun bukan jenis yang bakal memulakan topik perbualan.
IRIS NAHAIRA
AKU melihat dia yang sudah berlalu. Aku tak tau nak pergi ke mana,jadi aku duduk diruangan tamu yang besar itu. Beberapa saat,muncul lelaki yang lebih berumur didepan.
" Assalamualaikum.."
" Waalaikumsalam pak cik. "
Dia duduk disofa sebelahku. " nama pakcik,Amri. Nama cik ni?"
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮
רומנטיקה𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚 "the best story ever 💯" melvilleto "Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad a...
