𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂𝒑𝒖𝒍𝒖𝒉𝑻𝒖𝒋𝒖𝒉

24.5K 1.7K 254
                                    

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____

" aku nak kau lepaskan Iris. "

Aku mendiamkan diri,tapi bukan bermaksud apa. Namun aku memberi dia laluan dulu.

" aku nak kau lepaskan Iris sebab aku nak dia semula. Aku tau aku silap selama ni..tapi,aku sedar aku sayang dia. "




TENGKU NAZRIN

Terdengar bunyi mereka berdua bertekak ditingkat bawah. Bergegas saja ku turun untuk keluar,bukan nak menghentikan pergaduhan itu. Semak!

" mama tu yang selalu asyik complain! Apa Tasha buat,selalu tak kena!"

" kau yang tak pandai nak jaga suami! Dah berbadan dua,masih tak berubah?!"

" aku dah sarat,mestilah aku tak buat apa-apa,kau sendiri yang kata biar kau yang buat semuanya,jadi?! —" terhenti pertekakan mereka,saat Natasha melihat aku yang turun. Pandangannya tak ku balas,malahan bergegas menuju ke muka pintu.

" —you!" Panggilannya tak ku hiraukan,laju saja keluar dan masuk ke dalam kereta.



   " aku nak kau lepaskan Iris sebab aku nak dia semula. Aku tau aku silap selama ni..tapi,aku sedar aku sayang dia. "

Ego ternyata sudah ku tundukkan. Bukan senang nak menundukkan ego,dan memalukan diri sendiri macam ni.

Hyde masih diam. Wajahku dongak pada dia. " tolonglah aku Hyde. Aku masih perlukan dia. Aku sedar mana satu patut aku hargai. "

" aku tak boleh. " balas Hyde pantas dan ringkas.

Menggeleng ku mendengar jawapannya. Tapi dia menyambung semula,memberi aku signal untuk tak memotongnya.

" —aku tak boleh,sebab dia bukan milik aku pun. She own herself,so kalau kau minta aku lepaskan dia,macam mana nak lepaskan sedangkan dia bukan milik aku? Kalau kau memang nak,semuanya terletak pada Iris sendiri. Tapi,aku tak boleh tolong kau. Bukan hal aku,lantak kau la nak buat apa..tapi perlu ke kau menyesal lepas kau buang?"

Kedengaran sinis soalannya,sambil melihat. Aku tak ragu-ragu dengan apa yang ku rasa,tapi..soal Iris..aku berbelah bahagi.

" you know what,Nazrin. Sometimes,your god knows what the best. You cannot fixed things that already done. I wouldn't help you to over come,but I'll help you to get through this,I know it's hurtful,but if something is not for you,let it slip through your grasp and you'll found your peace. "

Aku terdiam. Bagaimana boleh dia sebagai orang bukan islam,lebih peka dengan hal ini? Aku hanya terdiam malu. Tapi tetap ku paksakan keinginanku.

" tapi...aku dah banyak buat salah pada Iris. Aku...nak tebus kesilapan aku pada dia. " sejujurnya,hatiku yang keras sudah mulai luntur,egoku semakin tunduk. Hyde mula membalas.

" yes kau salah pada Iris dan tuhan kau,but remember..it doesn't matter how many wrong turns you take..have faith that you will eventually ended to the right path. "

Kata-katanya merasuk diriku dan sangat menusuk ke dalam kalbu. Mungkin bersebab kenapa aku datang kepada dia. Mungkin,alasan sebenarnya..bukanlah kerana iris.

Aku mula bangkit,dan langkah ku aturkan ke depan.

" thanks Hyde. Thank you. " itu saja ucapku dan dia menjawab lagi.

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Where stories live. Discover now