Trailer on YouTube :
Lelaki Pinjaman Suami OT #1
𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇
dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki
______
IRIS NAHAIRA
GERAM.
geram saja ku dengan Hyde yang langsung tak memberikan pertolongan. Semua barangan yang ku pikul sekerah tenaga tadi terus ku letakkan ke tepi. Tangan lenguh itu ku pulas-pulas,cuba buat renggangan otot. Kalau lah tahu dia tak nak tolong,beli sikit-sikit pun tak apa!
Orang yang ku bebelkan dalam hati,kini menampakkan batang hidungnya. Siap tersengih lagi. Penuh perlahan Abigail diletakkan di atas katil. Kemudian dia berpaling.
" nak balik ke? " soalku pantas. Terlupa terus segala kepenatan. Geram pun hilang terus. Hyde memandang jam dipergelangan tangannya,kemudian matanya menatap aku.
" habis? Dah 10 malam ni. Saya pun penat. "
Ku main saja jemari dan ku iyakan dengan kecewa. Sejujurnya,aku ingin mengajaknya minum dulu. Tapi,nampaknya niat terpaksa ku batalkan.
Berjalan seiringan kami menuju ke pintu utama,Hyde segera saja menyarung kasutnya dan tanpa bicara,dia berlalu.
Aku terdiam seribu saja dengan lelaki ini. Tak tahu nak cakap apa untuk dijadikan satu topik— untuk berbual dengannya. Ku pandang sepi saja lelaki itu memandu kereta yang sudah bergerak meninggalkan perkarangan.
※ ※ ※
SEMUA sudah rapi,ada setengahnya ku lipat kemas dan ku sidai dalam almari. Beberapa barang personal hanya ku muatkan ke dalam laci. Badan yang melekit pun sudah ku bersihkan,dan kerjaan semua selesai. Mak Timah pun sudah tidur kerana kawasan sebelah nyatanya sudah gelap.
Perlahan saja ku daki katil,selepas menghidupkan lampu sisi. Wajah lena si kecil itu ku pandang diam. Tenang saja tengok dia. Wajah kecilnya yang bulat itu jadi tempat ku usapkan jari. Lembut saja terasa.
" mummy rasa..papa Hyde sayang Abigail macam anak sendiri. Dia jaga Abigail dengan baik sangat. "
Papa Hyde? Tertawa ku sendiri bila terkenang peristiwa tadi. Sungguh Hyde bencikan panggilan yang aku sesuka hati labelkan padanya.
French Fries yang bersisa separuh itu mula dijamah perlahan. Kedua kami sudah terlalu kenyang akibat makan malam tadi. Habis makan burger,makan french fries ini pula. Ya. Junk food. Itu kerana kebetulan sama dengan selera Hyde malam itu. Malas nak makan yang berat-berat.
Abigail distroller hanya bermain,sesekali digigit mainannya itu. " jangan gigit.." larang Hyde,dialihkan mainan itu dari mulut Abigail. Tapi seminit kemudian,masuk lagi ke dalam mulutnya. Berulang kali,sampaikan Hyde sendiri mengaku kalah.
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮
Romance𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 : 𝐈𝐫𝐢𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 : 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐧𝐝 𝐋𝐞𝐥𝐚𝐤𝐢 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐄𝐬𝐚 "the best story ever 💯" melvilleto "Jujur weh, selama berapa tahun aku jadi pembaca wattpad a...
