𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑻𝒊𝒈𝒂𝑩𝒆𝒍𝒂𝒔

26.6K 2.1K 245
                                        

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

_____



IRIS NAHAIRA

" yang awak nak jumpa dia juga dah kenapa? Awak menangis,tu salah awak lah. "

Di dalam kereta,Hyde memarahi ku kerana menangis tak sudah. Memang dia menyebelahiku tadi,tapi semua itu hanya kerana dia tak nak berdiam diri sebagai orang yang melihat. Bila disini,dia memarahi ku kerana setuju untuk berjumpa dengan Nazrin. Airmata itu ku lap lagi dengan tisu.

" saya tak tau apa sebab dia call saya...saya ingat perkara penting."

"Apa,awak ingat dia akan balik kepada awak?"

Aku diam. Meskipun disakiti oleh Nazrin,mana mungkin hati wanita ku itu cepat memadam cinta dihati. Jauh didalam,ya..aku mengharapkan ada sekelumit harapan.

" kalau saya jadi awak,saya tak berharap apa-apa. Saya tak kisah pun kalau awak nak bodohkan diri dan telan semuanya,tapi berbaloi ke? "

Kereta dibelok ke kiri sementara dia masih menstabilkan dengan kelajuan yang ditetapkan.

" saya masih tak sangka,dia berubah. " ku sembunyikan saja wajah dari terlihat menangis.

Keluhan dari Hyde kedengaran.

" I know it's disappointing when someone who seemed so different,just changes but maybe they didn't change,true colors just started showing. You understand?"

Aku terkaku. Mungkin...ada benarnya. Aku mungkin belum kenal Nazrin sebetulnya. Hyde meneruskan lagi ayatnya.

" sometimes we have to accept the reality that certain things will never go back to how they used to be. "

Ku lihat Hyde saat ungkapannya meluncur. Ya..aku percaya dengan kata-katanya. Dia adalah lelaki dimana aku 'bersandar' selepas dibuang oleh suami sendiri. Ayat yang dikatakannya itu betul-betul menusuk tepat dihatiku,membuka mataku untuk melihat realiti.

Reality that shows the real situation is different from what i believe or hope.

" terima kasih Hyde..saya minta maaf. Tanpa awak,saya mungkin masih tergantung dengan 'harapan' itu.." luahku padanya.

" saya faham keadaan awak tak mudah. "

dan..itu saja jawapannya. Semestinya dia seorang yang nampak seakan tak mahu ambil tahu sangat. Ku lemparkan saja pandangan ke luar. Simbolik,ku lemparkan sekali secebis harapan itu. Lempar jauh.


※ ※ ※

" Abigail..." namanya ku sebut,dan dia memberi tindak balas. Senyuman kecilnya itu sudah cukup lebar. Ku cium pipinya yang gebu itu. Mata bulatnya yang berwarna biru,serupa dengan Hyde.

Tak apalah..kalau anak yang ku kandung belum sempat ku jaga,Abigail inilah mungkin penggantinya. Perut kecilnya yang ku usap minyak yuyi itu ku hentikan. Tepat pada waktu,azan sudah melaung menyeru untuk mendirikan solat Maghrib.

" mummy solat dulu..okay?"

Ya. Itu panggilan diriku sendiri buat Abigail. Sekurangnya,aku merasakan hal itu walaupun sementara. Ku tinggal dulu Abigail sendiri dikatil,sementara aku menuju ke kamar mandi untuk mengambil wudhu'.


𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang