𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇 𝑫𝒖𝒂𝒑𝒖𝒍𝒖𝒉𝑻𝒊𝒈𝒂

24.5K 1.8K 196
                                        

𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐄𝐀𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐊𝐀𝐋𝐈𝐌𝐀𝐇

dia bukan setan,bukan malaikat
Tapi dia hanya seorang lelaki

____



KAMI tiba dirumah Auntie Janet,kereta pun sudah kemas diparkirkan dalam garaj yang luas itu. Perlahan saja kami berdua seiringan keluar.

Nampaknya Hyde seperti hairan melihat pada sebuah kereta di luar. Entah apa yang dia hairankan. Bukan tu sepatutnya kereta milik mereka? Jadi kenapa dia hairan? Ku tinggalkan saja dulu persoalan itu sebaik sahutan Hyde menjadi pemula.

" mummy?"

Belum nampak kelibat,ternyata suara lebih awal menyahut. Bahkan bukan suara milik Auntie,tapi..

" hai Hyde! "

Hyde sepertinya tak terkejut seperti aku dibelakang. Aku sedikit tersentak bila melihat Scarlet ada disini. Wajah ku tundukkan.

" no wonder lah kereta awak ada kat sini. "

Ohh patutlah Hyde hairan,rupanya itu milik Doctor Scarlet. Hyde dengan dia rancak berbual,sedang aku diam. Ikut saja langkah Hyde di depan. " mummy saya mana?"

" ada kat dalam dapur kering. Sedap tau mummy you masak. I ingat you datang sendiri je. Rupanya you bawa Abigail sekali. Yalah kan,dia kan cucu auntie,so kena lah bawa. Memang patut pun you bawa assistant,so tak susahkan nanti. " panjang lebar cakapnya tapi tiada apa pun balasan dari Hyde. Scarlet tak tahu yang sebenarnya auntie Janet meminta untuk Hyde membawa aku ke mari. Kenapa Hyde tak bersuara?

Baru sebut,auntie Janet sudah ada depan mata. Tersenyum indah dia melihat Hyde dan Abigail ditangan. Mana mungkin dia senyum sebab aku?

" Iris,tak sangka kamu datang juga. " dan terus dipeluk tubuhku yang mendukung Abigail. Boleh ku lihat wajah Scarlet tak puas hati,tajam matanya melihat ke arah kami.

" ya auntie. Mestilah Iris datang. "

" ada yang nak tolong tak mummy?" Hyde sudah menjengul ke arah dapur tapi malahan Abigail ditanganku kini diberikan kepada Hyde oleh auntie.

"Hyde jaga Abigail,dapur kerja perempuan. "

Tersenyum saja Hyde kerana mummynya. Lalu aku ikut saja langkah auntie Janet. Scarlet sudah sedia memeluk lengan Auntie rapat-rapat.




PINGGAN ku lap dengan tuala kering selepas dicuci. Lalu ku bawa ke dining table. Masuk lagi,masih suara Scarlet berbual mengisi suasana.

" pesakir Scarlet tu lah buat hal.  Tak nak itu ini,bila sakit dia tuduh Scarlet pula. Susah tau auntie jadi doctor ni. " katanya sambil memotong sayuran. Kemudian dilihat aku depannya. Tak sempat dia bersuara,auntie Janet bercakap memintas suaranya.

"—banyak kerja semua memang susah Scarlet. Tak ada yang senang,macam sepupu Hyde tu. Kerja kat Australia,macam-macam karenah dia jumpa kat situ. Lagi lah kat situ orang mereka berbeza. Scarlet beruntung kena orang sendiri. "

Lantas Scarlet menjawab," haah auntie. Kerja semua susah.—dan awak,kerja apa Iris?"

Aku tahu soalannya itu seakan memerli. Tapi aku sekadar membuat biasa. " em saya bank accountant je dulu,tapi sekarang tak lagi dah. "

" means,awak unemployment lah?"

Anggukan ku beri. Scarlet tersenyum sinis,tapi disembunyikan daripada auntie. Hanya aku yang melihat.

" tapi dia boleh jaga Abigail,Scarlet. "

Scarlet menoleh pada Auntie yang mula merenih masakannya. " tulah,Scarlet minta nak jaga..auntie tak bagi. "

" kan Scarlet doctor,kerja selalu on-call.  " nampak sangat Scarlet seakan tersentap bila ayat auntie terkena batang hidung.

Aku mengemas semua barang yang berselerak dan ku bawa ke sinki. Masih lagi scarlet mendominasi keadaan. " auntie,auntie tau tak sekarang ni ramai penipu tau. "

" oh ya?"

"Ada menipu tu cuma gunakan budak untuk mendapatkan perhatian,tunjuk muka baik sedangkan dia ambil kesempatan. Banyak orang macam ni berkeliaran auntie,jaga-jaga tau. "

Aku yang mendengar sekadar menahan perasaan,aku tahu dan aku percaya apa yang ku rasa. Dia memang sengaja menyindir. Ku teruskan saja kerja ku membasuh disinki. Ku dengar saja mereka berbual,kini auntie meminta air panas pada Scarlet.

Aku pula tenggelam dalam angan tapi pantas berakhir bila air panas tertumpah ditanganku.

" opps! Sorry! Tak sengaja!" Namun wajahnya langsung tak menunjukkan dia kesal,malah tersenyum angkuh. Dilihat aku kemudian dijeling.

" sakit tak?" Tanya Auntie. Ku anggukkan saja kepala. Disuruh saja oleh auntie untukku berehat,namun ku tolak. Melecur sikit bukan masalah.



TENGKU NAZRIN

" YOU! "

Tanganku ditarik dan kuat dia memalingkan aku padanya. Terhenti langkah.

" apa?! "

" kenapa kau tak layan aku elok macam kau biasa layan ah? Apa silap aku?" Bentak Natasha. Sendiri meluah,sendiri tanya?

" kau sedarlah sendiri apa silap kau. Bercakap pun bukan serupa isteri!"

Tersengih dia pada ku. " kau pula? Cakap serupa suami sangat ke? Kau yang buat aku macam ni tahu?"

"Then tak payah kacau lah! Buat hal masing-masing! "

" aku nak lima ribu. Aku nak shopping!" Ujarnya mengejut. Ku gelengkan saja kepala. " —kau pi korek tanah kat luar,mana tau kau jumpa harta karun. Dahlah! Tahu nak minta duit je kerja!" Lantas ku berlalu dari situ. Bila turun,mama pula yang berleter.

" apa lagi yang korang bergaduh kat atas tu?" Soalnya. Dah tahu bergaduh,apa lagi nak tanya mama ni? Tak ku jawab apa pun,hanya diam menuju ke ruang makan.

" ehh Nazrin. Mama tanya ni. Kena dengan kamu ni?"

" menantu mama tu lah,selalu cari gaduh. Asyik nak minta duit!"

Mama sudahnya tersengih. " haa pilihan kamu juga kan? Kamu yang beria nak kahwin dengan dia masa tu. Papa dah tanya betul-betul,kan? Tapi,kamu yang tetap kata kamu kenal dia lah apa lah.."

Makan ku yang tadi langsung tak berselera,bertambah tak berselera. Ku hentikan saja dan roti ku letak.

" ma,kalau mama nak bising pada naz pagi-pagi. Naz dah lah serabut sebab Natasha tu. "

Mama tak peduli,tetap juga dia meneruskan membebel. " Naz..mama ni bukan nak berleter saja-saja,mama selama ni biar je bila isteri kamu buat itulah,inilah. Tapi,sekarang..pening mama dibuatnya! Walaupun Iris tu perangai macam tu,sekurangnya dia jaga kamu elok! Dia jaga pakai makan kamu! Bukan macam Natasha tu!"

Sebut Iris saja,aku pantas berdiri. Mama ku tinggalkan sendiri. Malas nak melayan. Serabut!



FOTO itu ku hulur dan diambil olehnya. Dipehatinya betul-betul.

" Nama dia Iris Nahaira. Aku nak kau cari dia kat mana sekarang. Mana-mana kau jumpa dia,kau inform aku terus. "

"Baiklah. Pape aku call kau. "

𝐓𝐡𝐞 𝐆𝐫𝐞𝐚𝐭𝐞𝐬𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 | 𝐒𝐚𝐭𝐮Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang