SP 6

6.3K 252 7
                                    

Sejak bergelar pensyarah muda Awni lebih banyak menghabiskan masanya di cafe yang berhampiran U tempatnya mengajar. Lagipon boleh la kalau nak siapkan kerja yang patut.

Cafe yang diberi nama Mazyana's Cafe memang menjadi tempat favouritenya sejak bergelar pensyarah. Bukan apa, cafe ini ada menyediakan WiFi free jadi lagi senang la kerjanya tak perlu la nak buat kerja kat rumah kan. Di sini juga ada menyediakan ruang solat siap dengan aircond lagi. Ha, kelas kau!!. Kalau tak silap cafe ini kepunyaan Dato Seri Mazlan, la pemilik syarikat GoldELanDs tu la. Jutawan kott.

******************************

Hari ini dah bermula sesi lakonannya sebagai seorang cashier. Dia memilih cafe milik keluarganya sebagai tempat bekerja part time. Bukan tak bekerja, malah engineer lagi. Dia bekerja di syarikat milik abangnya, Harris Azfar. Syarikat itu dihadiahkan oleh walidnya semasa abangnya berjaya menamatkan pengajian pHd di UUM. Bukan Universiti Utara Malaysia tau tapi University of United Maldives. Haa jangan buat main ngan along.

Sewaktu memberitahu along tentang niat murninya untuk berlakon, puas juga dibebel sampai kebas telinga. Bukan apa, dia mahukan perempuan yang cinta dirinya bukan harta dan rupa parasnya. Tapi masih ada ke perempuan macam tu zaman sekarang. Maybe la tapi mungkin one in malaysia kot. Kalau dibuat novel ni mesti tajuk dia Bakal Isteri Mr. Engineer. Confirm laku.

Nasib dirinya juga sebab dapat along yang sporting ni. Disebabkan umur mereka hanya beza dua tahun, tak hairanlah kalau orang cakap mereka nampak macam kawan. Along awet muda ke atau aku yang nampak matang sangat. Entahlaa. Kalau nenda yang tak bising pasal jodohnya, memang taklah dia ada di cafe ni sekarang. Bakal bini mana boleh main minang je, nak hidup bersama bukan seminggu dua tapi forever till jannah. Umurnya bukannya tua sangat pon baru 26. Nenda tu je yang lebih.

Lagipon cara ni ja yang dia tahu pon. Menyamar. Yes. Nak menguji keikhlasan cinta bakal bidadarinya. Mungkin terpengaruh dengan drama Melayu kot aku ni. Menyamar hodoh konon. Kalau perempuan tu ikhlas cintakan aku dia akan terima aku walaupon rupa aku lebih teruk dari Ugly duckling. Mana taknya dengan rambut kembang kerinting, tahi lalat sebesar duit lima Sen di pipi kanannya dan tak ketinggalan gigi jongangnya. Semua tu dia di sponser oleh kawannya yang bekerja sebagai manager artis.

Dia ada ajar aku sikit sikit cara nak pakai benda benda tu bagi nampak real. Makan masa tiga hari jugak la. Nak pakai rambut palsu tu pon dah ambik masa 30 minit, tu belum masuk dengan nak tampal tahi lalat dan gigi jongang lagi. Kalau main tampal je buatnya tengah syok borak ngan member tetiba jatuh atau tertanggal ke. Tak ke naya. Hancus plan murni aku. Silap silap makan pelempang free je.

Hye guys, Sorry la sebab bab 6 baru muncul si hero ni. Tolong support ye story ni trutamanya kpd kwan2 skolah kite😉♡
Kalau dah baca silalah ringankan tangan untuk vote dan komen. Negatif or positif tak kesah.⇩

Komen Positif: boleh diambil sebagai motivasi supaya tak mudah give up.

Komen negatif: akan ku jadikan pembakar semangat untuk terus maju jaya.

#no!hasadengki
#manusiabiasa

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now