SP 32

5.7K 169 7
                                    

"Sebenarnya macam ni. Hal ni berkaitan dengan suami puan, Encik Rayyan Hakimi. "

Kening Awni sudah mula bertaut.

"Kenapa dengan suami saya. Dia dah boleh ingat saya ke doktor? " tergambar keceriaan di wajah itu. Jika benar, dia lah orang yang paling bersyukur saat ini. Memang itulah perkara yang tidak terlepas dalam doanya.

"Bukan setakat boleh ingat. Dia memang ingat" Awni sudah mula hairan. Apa yang doktor ni cakap.

"Sebenarnya nak diringkaskan cerita. Encik Ian tak mengalami simptom hilang ingatan pon. Dia baik-baik sahaja. Bahkan hari ni dia dah boleh keluar pun"

"Tak. Saya sekarang masih tak faham apa yang doktor cuba nak sampaikan."

"Encik Ian memang kemalangan dan cedera di bahagian kepala. Tapi tak mengakibatkan hilang ingatan pun. Cuma selepas beberapa jam dia sedar, dia mintak saya rahsia kan hal ni daripada sesiapa pun. Dan as you see, termasuk puan. "

Mata Awni sudah mula berkaca. Kebenaran apa lagi ni Ya Allah.

"Untuk apa motif dia buat macam tu?! "

"Yang tu saya tak pasti puan. Mungkin ada alasan dia sendiri. Tugas saya sebagai doktor hanya merawat pesakit. Saya tak nak masuk campur kalau urusan peribadi. Lagipun, saya rasa bersalah tengok puan berusaha nak pulihkan ingatan dia."

"Mula-mula saya pun pelik kenapa hanya saya seorang yang dia tak ingat. Sedangkan abang-abang saya dia boleh pulak sembang rancak"

Awni menghembus nafas berat. Air mata diseka perlahan.

"Thanks doktor sebab beritahu saya. Kalau tak, saya pun tak tau apa akan jadi pada rumahtangga kami nanti"

"Sama-sama puan. Saya cuma jalankan tanggungjawab saya saja. Saya mintak diri dulu puan."

Doktor Aleef tersenyum sebelum berlalu. Hilang sudah satu beban di bahunya. Dia juga resah memikirkan cara untuk berlaku adil kepada dua pihak. Akhirnya dia memilih untuk menceritakan perkara yang sebenar. Dalam masa yang sama, dia juga bersimpati dengan keadaan Awni. Sejak mendapat berita suaminya hilang ingatan, hanya wajah sedih yang dipamerkan. Kadang dapat dia lihat kekuatan dan keceriaan yang dibuat oleh isteri pesakitnya itu untuk menutup kesedihan.

Awni masih setia di bangku taman. Hatinya sedikit terhibur melihat kanak-kanak bermain di taman hospital itu. Dia juga berharap satu hari nanti dia dapat untuk bergembira seperti itu.

Skrin telefon pintarnya di'scroll'. Nama Syiera dicari. Setelah membuat panggilan sekali lagi dia mengeluh berat. Dia buntu sekarang. Dan dia memerlukan seseorang untuk berkongsi masalah. Dan 'orang' yang paling tepat adalah sahabatnya sendiri. Azwa Asyiera.

"Awni... Dari dalam kereta lagi kau diam. Apa hal sebenarnya ni? Laki kau macam mana?? "

Bahu Awni ditolak lembut. Reaksinya tetap sama. Diam membatu. Cuma air mata yang menjawab semua soalan dari Syiera.

"Kalau kau nak tahu, sebab dialah air mata ni keluar" akhirnya soalan Syiera dijawab juga. Tangisan Awni juga bertambah lebat. Syiera berusaha menenangkan Awni.

"Sekarang ni aku hantar kau balik eh. Kau kena rest ni Awni. Nanti bila kau dah okey baru kau cerita okey" Syiera bangun hendak menuju ke kereta. Namun, dia kembali duduk apabila tangannya ditarik oleh Awni.

Syiera membuat isyarat kepala 'kenapa??' kepada Awni. Tangan Syiera terus dilepaskan. Awni menggeleng perlahan. Dia menuju ke tempat Syiera memarkir kereta.

Muka Syiera berkerut hairan dengan perlakuan Awni. Seolah ada perkara yang tak kena. Dan hatinya kuat mengatakan ianya ada kaitan dengan Akim. Apabila melihat lambaian Awni yang sedang menunggu di kereta, dia mempercepatkan langkahnya. Bimbang sekiranya kawannya itu akan bertambah moody.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now