Read ✅
Vote ✅Assalamualaikum guys,
Author harap yang sedang baca ni dalam keadaan sihat la noh.Author nak gtau ni, BAB 37 adalah BAB TERAKHIR..
ending part gituuuTak mntak bnyak..
Baca , vote, komen, promote...Enjoy...😀😀😀
"Syiera" panggil Awni. Syiera yang sedang melihat gambar di skrin telefonnya menoleh.
"Malam ni aku tidur bilik Akim boleh tak? Aku dah cakap yang aku nak temankan kau, tapi dia tu.... Ish" Awni memanjat katil lalu duduk bersila di hadapan Syiera.
"Kenapa pulak tak boleh? Dah suami kau yang suruh, kau ikut je la. Lagipun takpa aku dah biasa"
"Betul eh. Nanti kau menangis pulak aku takde" Awni sengaja mengusik Syiera.
"Kau ingat aku budak kecik!! " matanya dijegil ke arah Awni. Mereka sama-sama ketawa.
"Kau nak pergi bila? " tanya Syiera. Bantal yang ada di birai katil diambil dan didakap.
"Amboih bunyi macam nak halau aku je kau ni? Lepas bbq kejap lagi "
Syiera mengangguk-angguk.
"Bbq tu bukan lepas isyak ke? Sekarang dah pukul berapa? "
Syiera mengerling jam di telefon pintarnya.
"9:8 pm"
"Kalau macam tu jomlah gi solat. Kau imam" Tanpa sempat Awni menjawab Syiera terus berlalu ke bilik air. Ada ada saja kawannya itu.
******************************
"Mana cik abang engkau? " Awni mengangkat bahu. Matanya dililau ke sekitar pantai itu mencari kelibat suaminya. Apabila melihat susuk tubuh yang sedang menyalakan api, terus dia tersenyum.
"Tu. Yang tengah buat unggun api tu" Awni menunjuk kepada Syiera. Mata Syiera juga mencari sebelum tertancap pada susuk yang ditunjukkan Awni.
"Hah. Kau pergi la kat laki kau. Aku nak pergi ambik bahan jap. "
Syiera berpatah balik untuk pergi ke restoran ibu Yana. Kata Yana, bahan untuk bbq semua disimpan di situ. Tadi dia ada juga nampak mereka memerap ayam dan daging. Syiera menoleh apabila merasakan ada yang mengekorinya. Awni yang berjalan di belakang Syiera turut berhenti. Dengan muka tak bersalah Awni mengangkat kepala gaya bertanya. Syiera mengecilkan matanya."Yang kau ikut aku pehal? Kan aku dah cakap, pergi dekat laki kau. "
Syiera menolak badan Awni. Namun dengan keadaan Awni yang sedang mengeraskan badannya, terasa sukar untuk ditolak. Walhal badan Awni tidak lah besar mana. Awni pula menggeleng tidak mahu.
"Awni!! Syiera!! " laung Yana. Kedua-dua sahabat itu berpaling ke arah suara yang memanggil mereka. Perbuatan Syiera yang sedang menolak Awni juga terhenti.
"Korang dah kenapa nak main tolak-tolak kat sini. Lebih baik tolong aku angkat bahan nak buat BBQ tu. Jom cepat. Hubby Awni dah bakar ayam pon"
Awni menjelir lidah kepada Syiera. Selepas itu, dia terus berlari dan memaut lengan Yana. Syiera di belakang hanya memerhati dengan pandangan tak puas hati. Dia turut berlari ke arah Awni dan Yana. Lengannya juga dipaut oleh Awni. Mereka bertiga beriringan ke restoran ibu Yana. Bahan-bahan untuk BBQ dibawa sorang sedikit. Ada juga pengunjung wanita yang menolong.
Acara pada malam itu boleh dikatakan agak meriah kerana bukan hanya kenalan rapat bahkan pengunjung yang datang bercuti pun turut diraikan. Mereka sudah seperti satu keluarga. Berbual sambil menikmati hidangan tidak kira bangsa dan agama. Mat saleh dan minah saleh juga tidak ketinggalan. Mereka ada yang datang dengan pasangan, ada juga yang bawa keluarga bercuti. Dari riak mereka, jelas gembira benar.
YOU ARE READING
Seindah Pelangi (COMPLETE✔)
Romance[The Ice Destroyer] #THEICEAWARD2018 Kenapa eh setiap kali drama/novel mesti watak orang kaya yang selalu digunakan.especially anak Dato la,tan sri, and dato seri.Oh tak ketinggalan tengku. Tapi apa bezanya dengan Aryan Hakimi,si anak Dato Seri Maz...