SP 16

5.3K 239 6
                                    

"Awni, kau dah yakin ke dengan pilihan kau ni. Aku just nak tengok kau happy je. Kau bahagia aku pon. Kita kan sehati seotak."

Yer. Sekarang ni Syiera tidor rumah Awni. Majlis tinggal lagi 2 hari saja. At least dapat lah tolong something. Hias hantaran bagai.

"Apa pulak tak yakin nye... Mestilah yakin. Kau ni janganlah. Majlis lagi 3 hari je kot. Hilang keyakinan aku nanti"

Syiera mengangguk angguk. Bukan apa saja nak test. Masih utuh ke cinta tu berminggu minggu tak jumpa.

Awni meneruskan kerja menghias hantaran. Tinggal sikit saja lagi. Awni mahu selesaikan semua kerja sekurang kurangnya esok. 2 hari terakhir tu dia nak rehatkan diri pergi spa. Mangsanya siapa lagi kalau bukan si syiera ni.

"Weh kau termenung apa tu. Haa aku tahu. Seorang yang ada funny face, bergaya, jongang, tahi lalat beso, yang nama dia A..... "

Pap!!! Bantal kecil di sebelah Awni dicampak ke muka Syiera sebelum sempat perempuan itu menghabiskan ayatnya. Dia tahu nama siapa yang bakal diseru Syiera itu.

Syiera terus ketawa. Boleh tahan kuat jugak balingan Awni. Pijar mukanya. Tapi kalau tukang balingnya si Awni ni, tisu pun bleh jadi sakit. Awni menjeling geram.

"Alaa apahal nak marah -marah. Aku cakap benda betul kot. Nak buat macam mana. Kenyataan kan" Syiera meneruskan gubahan bunga telur. Padahal mulut sudah tersenyum-senyum menahan gelak.. Risau benar bantal kecil itu hinggap lagi di mukanya.

"Memang la kenyataan. Tapi dia tu kan bakal suami aku. Respect ahh sikit. Takpe takpe.. Nanti hari sanding tu kau tengok la. Melopong mulut kau dengan laki aku"

Muka Awni sudah cemberut menahan geram. Tapi sikit pon tidak mematahkan syiera untuk terus mengusik sahabat karibnya itu.

"Alaa apa yang eloknya. Paling kurang rambut sarang dia tu dia gunting. Gigi jongang tu pulak aku rasa mungkin dah okey kot. Sikit. Sebab dia mesti pakai braces kan selama korang tak jumpa ni. Haa tapi tahi lalat besar dia tu mesti tak berubah."

Awni membaling kotak kosong ke badan syiera. Suka sangat mengusiknya. Nasib cepat-cepat pujuk. Kalau tak, aku tak jadikan kau bridesmaids nanti masa wedding aku. Padan muka kau, menangis darah nanti.

******************************

Hah.. Hari ini merupakan hari terakhir Awni merehatkan diri. Esok tibalah hari bahagia yang sekian lama ditunggu. Selama 3 minggu tak berjumpa dengan sang hati rindu benar rasanya. Mesti esok dia segak kan. Haihh tak sabarnya. Akim Akim

Flashback

"Akim ceritalah sejarah family awak. Dari moyang sampai ke awak. Nanti nak kahwin tak kan masing-masing tak kenal kot. Kang habis saya digelakkan nanti"

"Mana boleh... Alaa. Nanti lepas kahwin kita kenal la masing-masing. Waktu tu baru Best nak kenal each other kan. Sabar eh" Gaya Akim seperti sedang memujuk. Mujur Awni seorang yang memahami. Kannn. Lepas kahwin baru sweet nak berkenalan. Bajet macam tak penah kenal. Huuu tak sabarnya.

End flasback..

Next ni part yang author paling happy nak buat. Finally hahahha... Keep reading and...

Don't forget to vote.. Thankss

"awni!!" pintu kamar dibuka. Terjengul wajah Puan Alyana. Anak daranya yang sedang disolek dihampiri. Sungguh hatinya sedikit sedih. Anak perempuannya yang manja sebentar lagi akan meninggalkannya. Jarang benar mereka berjauhan. Pipi Awni yang sudah disolek dielus perlahan. Awni memegang tangan ibunya. Memandangkan solekan sudah pun selesai jadi Awni meminta dua orang mak andam itu keluar. Dan kini tinggallah Awni bersama ibunya.

"Ibu, adik faham perasaan ibu. Tapi ibu janganlah sedih macam ni. Hari ni kan hari yang paling bahagia untuk adik. Nanti kang kalau besan ibu nampak, mesti diorang ingat ibu tak suka anak diorang. Takpe jangan sedih-sedih. Nanti bila adik dah kahwin pon adik tetap akan balik sini" Awni menggenggam tangan ibunya. Perlahan-lahan Puan Alyana tersenyum lalu mengangguk. Ketika itu juga pintu biliknya di ketuk dan dikuak dari luar.

"Awni.. Dah ready ke. Pengantin lelaki dah sampai tu haa. Cepat turun ye. Ibu pon jomlah" Kak Rina isteri abang sulungku memanggil. Dada Awni kian gementar. 'Ya Allah, kuatkan lah aku'..

Puan Alyana yang tahu gelora di hati anak gadisnya mengenggam erat lalu berpimpinan turun ke bawah. Awni lihat pihak pengantin lelaki sudah pon tiba dan hanya menunggu ketibaannya sahaja.

Dia mengambil tempat di atas pelamin yang sudah siap dipasangkan oleh wedding planner. Pengapitnya tak lain tak bukan Kak Rina dan bestfriendnya, Syiera. Puan Alyana pula mengambil tempat di sebelah besannya. Mungkin saja mereke berkenalan sewaktu datang merisiknya tempoh hari.

Melilau mata Awni mencari susuk bakal suaminya. Dia mengukir senyuman apabila terpandang belakang lelaki itu. Ohh nampak nya rambut dah tak lagi kerinting. Ermm dari belakang pon dah nampak segak. Berubah tahap mana la si Akim ni. Tiba-tiba bahunya ditolak perlahan. Spontan dia mengalih pandangan ke arah Syiera. Apahal minah ni. Kacau betul orang nak berimaginasi.

"Kau senyum sorang ni pehal. Orang dah nak baca doa dah pun. Fokus boleh tak. Tahu la abang romeo kau segak pon hari ni" Syiera bercakap dengan nada yang perlahan. Bimbang didengari oleh tetamu yang lain.

Awni memandang semula ke arah Akim. Betul lah.. Dah habis dah pun akad nikah. Alah.. Tak sempat nak dengar suara Akim. Awni menundukkan kepalanya kerana pengantin lelaki sudah bangun menghampirinya untuk sesi pembatalan wuduk. Tak sabar nak tengok muka Akim. Alhamdulillah dah sah aku dengan dia sekarang.

Jantung aku berdegup laju saat pengantin lelaki sudah ada di hadapanku. Jari manisku hulur walaupun tidak memandangnya. Aku mencium tangannya seperti yang selalu orang berkahwin melakukannya. Beberapa keping gambar kami diambil oleh photographer. Kini tibalah masa untuk si dia mencium dahiku. Aku mendongakkan kepala.

Allahu!!!!

'Syiera'..

Terkejut+ mustahil+takut

Mana Akim!?

Mana Akim!? Siapa lelaki ni!!?

Awni hanya merelakan sahaja dahinya dikucup oleh sang pengantin. Dia mencium ku lama kerana kerenah daripada photographer dan beberapa orang yang mahu mengambil gambar. Akhirnya cecair hangat mula turun tanpa sempat ditahan. Ramai yang mengusik Awni kerana menyangka itu air mata kebahagiaan. Sebenarnya... Bukan.

Awni memandang kearah lelaki yang sudah bergelar suaminya. Dia masih tersenyum dan cool melayan saudara mara dan tetamu yang hadir. Sedangkan Awni terpaksa mengukir senyuman palsu. Macam mana dia mahu senyum dengan ikhlas dan manis kalau lelaki di sebelahnya sekarang bukan Akim!!

Awni mengambil peluang yang ada untuk mencari Syiera. Buat rajin pulak dah di dapur. Tangan syiera ditarik mengikutinya. Awni mencari tempat yang jauh daripada tetamu. Bimbang jika didengari oleh mana-mana orang.

"Aku ada something nak bagitau kau ni. Lelaki.... Lelaki yang jadi suami aku sekarang ni.. Bukan Akim. Aku pon tak tahu dia sapa" luah Awni. Air mata cuba ditahan daripada mengalir lagi skali.

"What!!!  Kau jangan main-main Awni. Ni wedding kau tahu. Kau ingat kau boleh ulang lagi sekali!?"

"Sekarang ni kau ikut aku pergi cari bang char. Dia ada jugak masa diorang datang merisik tu. Kalau betul lelaki tu yang datang merisik, aku kena hadap jugak takdir ni" skali lagi tangan syiera ditarik. Syiera pula hanya mengikut. Dia membayangkan perasaannya seandai berada di tempat sahabatnya itu.

Awni cuba berlagak tenang seolah dia suka dengan majlisnya ini. Sedih di hatinya hanya Allah yang tahu. Lagi pedih bila mendapat tahu daripada abang-abangnya lelaki itulah yang meminangnya. Persoalannya.....

Di mana Akim!???

Dan dari mana lelaki yang merangkap suaminya ini muncul!!??

Awni melepaskan keluhan berat. Tanpa dia sedar ada sepasang mata yang ralit memandangnya dan mendengar keluhan keluhan resahnya.



Huhuhu dapat jugak buat.. Tapi ni bukan part kemuncak lagi tau.. Nak tahu kena la keep reading.. 😂😂Yang masih setia thanks.. I. L. U

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now