"Awni!!! Dah bangun ke belum. Sekarang dah pukul 7:13 dah ni" laungan daripada ibunya dari luar bilik menyapa Awni.
"Ya ibu.Awni tengah bersiap la ni. Ibu breakfast la dulu kejap lagi adik turun" itulah akibatnya kalau ingkar cakap mak ayah. Ibu suruh tidor awal taknak, degil sangat nak baca novel. Last-last macam ni la jadinya. Nasib la bila bangun baju tudung semua dah siap iron. Kalau tak naya pagi ni baru nak seterika.
Dibelek tudung pucci yang dihadiahkan abangnya. Okey perfect. Tas tangan di atas katil di capai. Baru saja memulas tombol pintu, Awni berpusing semula. Smartphone yang di cas diambil lalu dimasukkan dalam tas tangannya. Mujur tak lupa,kalau benda alah ni tertinggal, naya saja. Dia pandang biliknya sekali lagi. Katil kemas, aircond tutup, lampu bilik air pun dah.
"Amboi adik, cantik tudung. Bila beli?" sapaan daripada Awsyar saat Awni menuruni anak tangga. Awni hanya tersenyum kebanggaan. Dia terus duduk berhadapan abang keduanya itu dan menyertai keluarganya yang sedang bersarapan.
"Alah bang Char ni buat-buat tanya pulak. Tapi thanks tau. Pandai Bang Char pilih, warna fevret adik" Bawal pucci yang dihadiahkan oleh Awsyar memang menjadi kesukaannya. Warna gabungan ungu muda dan putih mutiara. Cantik.
"Of course. Tengok la siapa yang pilih. Ini Awsyar Hazmi la. Taste bang Char semua tinggi-tinggi tau. Yang secondhand ni tak layan la" balas Awsyar bangga. Puan Alyana dan Encik Hisyam sudah tersengih dengan kata-kata anak kedua mereka itu.
Amboi. Awni mencebik. Pantang dipuji mula lah nak bangga. Kalau tahu cakap thanks je tadi. Awni memandang Awsyar. Huh, perasan je lebih. Dia menyambung suapan mee goreng. Meja makan tersebut riuh dengan pelbagai cerita. Si kembar tiga kepunyaan abang sulungnya juga petah bercakap. Ada sahaja gelagat mereka tiga beradik yang mencuit hati.
Selepas bersalaman dengan ibu dan abahnya, Awni terus ke garaj kereta. Kereta piggeon hadiah daripada abah dan ibu sewaktu mengetahui dia layak menjadi menjadi pensyarah dihidupkan. Tiba-tiba cermin keretanya diketuk. Awni menurunkan cermin kereta. Wajah abang sulungnya dipandang.
"Adik nak pergi U ke sekarang ni? Ke nak pergi tempat lain?" soalan daripada abang sulungnya menimbulkan kehairanan Awni.
" nak pergi U. Tak de class pon hari ni cuma ada mesyuarat. Kenapa Bang Chad? Nak mintak tolong adik ke?" Awni cuba mengagak. Selalunya macam tu la. Kalau tak ada hal penting Awsyad memang jarang meminta pertolongannya.
"Yes. Exactly. Bang Chad nak mintk tolong pickup anak-anak abang. Abang dengan Kak Rina nak pindah barang ke rumah abah.Bang Char kata dia ada appointment dengan pesakit. So, harap kat adik je la nak tolong pon" Awni melihat muka Awsyad yang mengharapkan
pertolongannya.Sebagai adik yang baik, Awni hanya bersetuju. Lagipun tempat dia mengajar dan taska anak-anak saudaranya bukannya jauh sangat. 21 km ada kot.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Angah, kau dah jumpa ke kononnya calon bini kat cafe tu. Ada ke perempuan pandang kau. Kalau along sekali tengok muka kau yang menyamar tu, mau makan penampar free je" bebel Along sewaktu mereka dalam perjalanan ke tempat kerjanya. Siang jadi engineer. Petang tukar cashier. Amacam?? Kau boleh??"Calon bini tu tak ada lah. Tapi kalau yang sesuai mungkin ada. Kau nak tahu tak along. Ada sorang lecture muda ni kan, lepas je habis class dia terus singgah cafe kita tu. Tiap-tiap hari. Yang interesting tu, dia macam boleh layan je aku. Ye la, kau pon tahu kan muka aku macam mana time pakai semua benda alah tu. Badut pon kalah".alang-alang along dah tanya tu kita citer je la.
"Habistu tu kau tak try ke? Mana la tahu sangkut kan." along memberi cadangan. Macam tu la kot dia dulu masa nk ngorat kak ipar aku. Mengayat tak sudah. Mana tak cair.
"Entah la, angah ada la jugak terpikir. Tapi.. "
"Tapi takut kena reject?" teka along. mak alah. Mcam tahu tahu je along ni. Orang dah berpengalaman kan. Nak cakap apa lagi.
Aryan Hakimi mengangguk. Sejujurnya, sikap Awni yang sentiasa melayan setiap kerenahnya di cafe menimbulkan sesuatu perasaan yang aneh. Kalau Awni perempuan yang jenis pandang rupa tentu dia tak akan layan aku.
"Lah. Nak takut mendenya. Kalau kau tak try, sampai bila kau tak tahu angah. Ke kau nak tunggu dia kena kebas dulu? Listen here angah, petang nanti along nak kau bagitau dia jugak. Tadi kau cakap kan tiap-tiap hari dia pergi cafe tu."
Aryan Hakimi hanya diam. Dia melepaskan keluhan. Aku takut along. Kau boleh la mengayat dengan ayat-ayat kau. Aku bukan jenis yang macam tu. Kalau aku luah sekarang, aku takut dia cuma anggap aku tak lebih dari seorang kawan. Aku tak boleh janji along tapi aku akan cuba. Dia membuang pandangan ke arah luar. Kereta BMW yang dipandu along laju membelah jalan raya.
Hai guys, ni chapter last untuk kali ni. Final exam dah smakin smakin smakin hampir. Wish me luck hokey...😉😘...Author akan update lpas exam. Korang jangan curang tau.
Author nk mntak tolong korang promote story ni bleh tak dkat kwan2 korang. Please support karya author yer. Boleh la.. Sbgai tanda sayang korang.
Kan kan kan😅😀😊
Haaa author blum habis lagi nie. Korang jangan la segan silu nak DM author k. Author setia menunggu. Xoxo. Jangan lupa pulak ada star kt bwah tu. Tekan yer.......
YOU ARE READING
Seindah Pelangi (COMPLETE✔)
Romansa[The Ice Destroyer] #THEICEAWARD2018 Kenapa eh setiap kali drama/novel mesti watak orang kaya yang selalu digunakan.especially anak Dato la,tan sri, and dato seri.Oh tak ketinggalan tengku. Tapi apa bezanya dengan Aryan Hakimi,si anak Dato Seri Maz...