SP 35

7K 304 2
                                    

Sampul yang berbalut kemas itu dipandang. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk membukanya sahaja. Dengan lafaz bismillah isi itu dibaca.

Assalamualaikum Encik Suami,
Aryan Hakimi Dato Mazlan,

Pertama sekali, Awni nak abang tolong hayati lirik lagu ni

Semalaman diriku
Memikirkan dirimu
Berharap kamu sedar Dari komamu

Tidurku tak lena
Hatiku selalu gelisah
Adakah dia akan sedar seperti dulu

Beri berikan aku
Kekuatan menerima
Apa jua yang terjadi terhadap dirinya

Tuhan hapuskanlah dosa-dosanya
Jangan biarkannya derita
Kembalikan cerita lama selamanya

Genggam hatiku sekuat kuatnya
Untuk terus mencintainya
Agar diriku terus setia padanya

Itu lah yang saya rasa waktu awak masih tak sedarkan diri. Pedih tahu tak bila berharap pada yang tak sudi. Usaha saya selama ni sia-sia je kan Akim

Saya tak tahu macam mana nak cakap kat surat ni cuma... Kalau awak memang dah tak memerlukan saya sebagai peneman hidup awak lagi, dengan rela hati saya akan pergi dari awak. Saya tak nak minta cerai. Saya tak nak pegang gelaran nusyuz. Awak jangan lupa saya pun ada hati dan perasaan. Kalau awak berlakon macam tu semata-mata nak saya balik ke pangkuan awak, you did excellent. Saya balik tapi harapan saya musnah macam tu je. Awak nak tahu? Saya berharap kita dapat berbaik macam biasa sebab saya dah dapat lupakan semua tu. Tapi awak sendiri yang mencipta jurang antara kita. Dan kalau saya terluka lagi sekali, adakah tu salah saya!? Mana hati awak Akim!? Atau awak memang nak tengok saya terluka. Kalau betul.. Dari awal lagi awak dah berjaya.

Tolong izinkan saya pergi abang... Dan kalau awak berniat nak lepaskan saya, saya akan tunggu surat dari mahkamah. Kita.. Mungkin tak dapat bersama agaknya. Jodoh kita mungkin setakat ini saja kan??  Kalau awak jumpa yang lagi baik dari saya tolong jaga elok-elok please. Jangan mainkan hati perempuan.

Ingat satu benda Akim..
WHAT YOU GIVE, YOU GET BACK

Awni Nazihah! ♥

Lembaran itu dilipat semula. Terdengar keluhan berat keluar dari mulut Akim. Surat yang diletakkan di atas meja solek itu dipandang. Dia sama sekali tidak pernah terlintas untuk berpisah dengan Awni. Namun tindakannya yang tanpa motif itu membuatkan Awni bersalah sangka. Satu benda yang pasti, dia tak akan biarkan Awni pergi lagi. Walau sampai ke lubang cacing sekalipun Awni lari, dia tetap ada di belakang. Kerana mereka, dua jasad satu hati.

Akim turun ke tingkat bawah untuk memberitahu abah yang dia tidak mengizinkan Awni untuk pergi ke luar negara bersama Syiera. Kalau boleh biarlah dia segera bertemu empat mata dengan isterinya itu. Selepas itu barulah dia naik semula dan menunaikan solat Isyak sebelum menyiapkan tugasan kerjanya. Kerana selepas ini dia akan sibuk dengan urusan menjejaki sang isteri.

******************************

"Syiera... Akim dia tak izinkan aku untuk ikut kau. " Awni hanya memerhati di atas katil. Syiera sedang mengemas baju untuk ke Auckland. Sudah sebulan ibu bapanya ada di sana meguruskan kerja. Oleh kerana dia juga sudah mempunyai kerja di sini jadi dia tidak mahu mengikut mereka walaupun agak berat hati pada mulanya.

"Habistu nanti kau macam mana?? Kalau kau nak duduk rumah aku, boleh je. "

Tangannya berhenti seketika mengemaskan barang.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now