SP 18

5.3K 198 1
                                    

"Adik. Mana laki adik" kesemua ahli keluarganya sudah menunggu di ruang makan. Hanya Awsyar yang belum kelihatan.

"Ermm dia tengah bersiap. Kejap lagi turun la tu"  Awni terus mengambil tempat di sebelah Kak Rina.

"Apa bahasakan suami 'dia'. Panggil elok sikit tak boleh ke. Abang ke, hubby ke." Puan Alyana sempat menegur panggilan anaknya itu. Awni hanya mengangkat bahu.

"Eh char.. Kelam kabut ni nak pergi mana. Kata cuti" Abah menegur Awsyar yang kelihatan rushing. Makan pon tidak terus bersalam dengan abah dan ibu.

"Sorry tak boleh breakfast sekali. Urgent sangat ni. Bye anak menakan sekalian" Awsyar melambai ke arah mereka sebelum bergerak ke keretanya. Dia kembali semula apabila merasakan ada sesuatu tertinggal.

"Bye pengantin baru . Assalamualaikum " Awni menggeleng dengan telatah abang nya sorang tu.

Awni baru bangun nak pergi panggil suaminya. Namun Akim terlebih dulu turun dengan senyuman yang tak lekang. Awni membalas senyuman itu.

Kak Rina pula yang bagai mengerti bangun duduk disebelah anak keduanya. Akim pula mengambil tempat di sebelah isterinya. Tak perlu disuruh, Awni terus mencedokkan nasi goreng kampung untuk suaminya. Puan Alyana dan Encik Hisyam saling berpandangan sambil tersenyum penuh makna.

"Ni Ian. Hari ni kamu cakap nak ajak Awni tengok rumah baru kan. Kalau boleh tu pindah la dulu barang sikit-sikit. Nanti senang sikit. Iyelah sekarang kan masing-masing cuti" Akim mengangguk.

"Ermm cadang tu memang macam tu abah. Sebab Ian pon cuti 5 hari je" balas Akim.

"Pindah? Kenapa adik tak tahu pon. Habistu nanti sapa yang temankan ibu" Awni memandang ibunya. Jelas kelihatan kesedihan di wajah ibunya itu.

"Nak temankan apa pulak. Kan bang chad dengan bang char ada. Adik tu.. Dah kahwin kena ikut suami. Nanti kalau rasa nak balik jenguk orang sini, mintak izin dengan Ian dulu.Faham tak?"
Giliran bang chad pulak memberi nasihat. Awni membuat thumbs up kepada abangnya.

"Hah Ian.. Nanti kalau nak mintak tolong pindah barang. Bagitau je ok. Yang mana abang boleh tolong abang tolong" Awni mengabaikan perbualan di meja makan. Yang ada dalam otaknya sekarang.

Kenapa perlu pindah??

Kenapa dia je yang belum tahu??

Selepas menolong apa yang patut di dapur. Awni pergi ke gazebo menyertai perbualan Kak Rina dan ibu.

"Assalamualaikum. Sembang apa tu. Kot la nak pergi tolong Awni kat dapur. Sorang-sorang je buat kerja" Awni membuat nada sedih.

"Eh eh. Tadi orang nak buat dia yang offer. Sekarang merungut pulak " jawap kak Rina.

"Takpelah adik buat. Nanti adik tak merasa dah duduk kat sini. Nanti nak kena urus sendiri. Ibu dah tak boleh ajar masak macam selalu . So, apa yang ibu ajar adik kena practice tau. Jangan biar suami makan luar walau sebok macam mana sekalipun."

Awni menggangguk. Entah kenapa nasihat ibunya macam kedengaran sedih je.

"Alaa ibu jangan la cenggini. Kalau macam tu, adik tapayah pindah la. Nanti adik bagitau abang ian." Awni segera baring atas peha ibunya. Puan Alyana mengusap kepala satu-satunya anak perempuannya.

"Mana boleh macam tu sekarang kan adik dah kahwin. Bila dah kahwin kenalah ikut cakap suami. Takpe la, kalau rindu adik balik la sini. Ian mesti bagi. Tapi mintak la elok-elok. Tau"
Awni tersenyum sahaja.

"Jom kita pergi pasar nak tak. Ibu boleh ajar Awni untuk kali terakhir. Apakata sebelum Awni pindah duduk berdua dengan Ian, awni belajar dulu masak lauk favret dia. Ok tak. Ibu dengan kak rina boleh tolong"

Kak rina memberi cadangan. Ibu dan Awni berpandangan sebelum keduanya mengangguk tanda setuju. Apalagi, terus bersiap. Yang paling happy tentulah Awni. Nampaknya dia perlu menanyakan lauk kegemaran suaminya itu. Mujur Ian mengizinkan dia keluar bersama ibu dan kak rina.

Kak Rina meninggalkan anak-anaknya bersama Awsyad di rumah. Jadi girls je lah yang ada di sini. Lagipun kaum lelaki, bukan suka tempat macam ni.

Selesai sudah bahan-bahan nak masak lauk favret si suaminya. Tiga jenis lauk yang akan dimasak.

Ketam masak tempoyak
Sambal telur goreng
Ikan siakap tiga rasa

Tiba-tiba telefon berdering. Kelam kabut dia membuka handbag. Awni meletakkan kembali apabila nombor tak dikenali.

"Kenapa tak angkat?? " soal puan alyana. Dah lebih dua kali bunyi tapi langsung tak diangkat oleh Awni.

Telefon berbunyi lagi sekali. Kali ini Awni beralah dengan si pemanggil. Diangkat juga selepas mendapat teguran dari ibu.

"Hello. Laaaa abang ke... Sorry sangat-sangat. Sayang ingat siapa tu yang buat tak tahu je tu. Tak. Okey sayang save sekarang jugak. Bye Assalamualaikum  abang " awni meletakkan semula fon ke dalam handbag.

"Itula ibu dah cakap. Lain kali jawap dulu. Tengok-tengok laki sendiri. Haih.. Kenapa tak save nombor Ian tu."

Puan Alyana terus berjalan ke depan. Kak Rina dah tergelak dengan leteran ibu. Mereka terus pulang selepas selesai membeli bahan - bahan.  Awni mengeluarkan semula smartfon nya untuk menyimpan nombor suaminya. Bimbang terlupa kali kedua.

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now