SP 30

6K 187 1
                                    

Awni leka memandang laut yang kebiruan di depannya. Lafaz Subhanallah tak berhenti diucap sebaik melihat keindahan yang ada di situ. Hampir dua minggu dia berada di pulau tersebut. Masalah yang ada di kepala juga hampir dilupakan. Renungan Awni mati apabila sebiji bola berhenti di kakinya. Bola itu diambil. Matanya melilau mencari pemilik bola itu.

"Hello miss. That's mine. Thank you." tegur seorang wanita inggeris yang ada di belakang Awni. Tercungap-cungap minah saleh tersebut. Mungkin kerana berlari mengejar bola barang kali.

Awni melihat ke belakang apabila mendengar suara itu. Bola di tangan juga disuakan kepada pemiliknya kembali. Minah saleh itu membaling bola ke atas lantas disambut oleh lelaki dan kanak-kanak. Keluarganya mungkin.

"Are you married??" Awni memandang dengan senyuman lantas diangguk menjawab soalan wanita itu.

"So.... Where's he is?" mata minah saleh tersebut memandang kiri kanan mencari susuk lelaki yang mungkin suami kepada Awni.

Awni pula serba salah hendak menjawab. Tapi melihat wanita inggeris tersebut yang asyik mencari, awni terpaksa juga memberitahu.

Wanita itu tidak pula bertanya banyak. Hanya mengangguk sahaja. Rupanya minah saleh tersebut memang menetap di Malaysia. Terkejut juga Awni tadi apabila minah saleh tersebut memberi nasihat dalam bahasa Melayu.

Mungkin kerana dia sudah berumah tangga. Perbualan mereka tamat apabila suaminya memanggil. Lambaian wanita itu dibalas. Sempat juga Awni tersenyum dan melambai untuk anak-anaknya.

Awni berkira-kira untuk bangun. Namun namanya yang dilaung oleh seseorang membuatkan dia segera menoleh. Lelaki di hadapannya itu dipandang tanpa kedip.

'Ariz' meluncur juga nama itu di mulutnya. Lelaki itu mengambil tempat di sebelah Awni. Matanya ditalakan melihat keindahan pulau yang terpampang di hadapannya. Awni pula masih memandang raut wajah Ariz. Bagaimana anak muridnya itu boleh berada di sini? Bekas anak murid!!

"Akak sihat ke dekat sini sorang-sorang? Selalunya berkapit aje dengan Akim kan" kepala ditala kepada Awni. Namun hanya untuk beberapa ketika.

Awni kelihatan terkebil-kebil dengan soalan dari Ariz. Entah apa yang anak muda itu fikirkan. Takkan lah aku dah tak mengajar, dia terus nak ubah panggilan kot.

"Akak?? Apa yang awak cuba nak sampaikan sebenarnya ni Ariz. Awak nak masuk campur urusan rumahtangga saya ke!!??"

Lantas dia terus bangun hendak berlalu meninggalkan Ariz. Entah apa-apa yang dicakap. Pasir-pasir yang melekat di baju dikibas. Kaki baru hendak melangkah namun suara yang sama memanggil. Cuma panggilan kali ini lebih kepada ingin memujuk.

Perlahan-lahan Ariz mendekati Awni.

"Nak tahu kenapa saya panggil miss, akak?" Ariz senyum senget sebelum menyambung.

"Kitorang sepupu. So automatik la miss pon akan jadi akak sepupu saya kan? Salah ke!?"

Riak wajah dikawal agar tidak menunjukkan sebarang kemarahan mahupun apa-apa reaksi. Terkejut?

Tentu sekali. Mengapa dia tidak pernah tahu pon sebelum ni. Awni menjadi pendengar setia apabila Ariz mula membuka kisah. Rupa rupanya Ariz ada di majlis perkahwinan mereka. Cuma dia yang tidak perasan. Photo family juga tak dapat disertai kerana terpaksa bergegas ke luar negara.

Patut lah nama ayah diorang nak sama.

Razlan dan Mazlan.

Adik beradik rupanya. Ayah Akim abang kepada ayah Ariz. Tapi kenapa Akim tak pernah nak cerita pun.

Akim!!!

"Saya rasa akak perlu balik jugak ke KL. Untuk apa akak nak tenangkan diri kat sini kalau kebahagian yang akak cari tengah tunggu di sana?"

Seindah Pelangi (COMPLETE✔)Where stories live. Discover now