"Angah, tadi umi cakap ada nak discuss something. Ha alang-alang semua dah ada ni beritahu la. But walid rasa it must be something serious kan kalau tak kenape nak berkumpul semua"
Masing-masing mengangguk setuju dengan walid. Akim mengambil nafas. Mencari kekuatan untuk berkata.
"Sebenarnya walid, umi..., angah rasa angah dah sedia nak tunaikan hajat walid" Akim memandang wajah walidnya. Berharap benar agar bapanya itu faham apa yang cuba disampaikannya. Along pula dah tersenyum memahami apa yang dibicarakan adik lelakinya itu.
"Maksud angah..... "
"Angah nak kahwin??" tebak Tan Sri Mazlan.
Akim mengangguk perlahan -lahan. Puan Maria mengucap syukur dalam hati. Makbul sudah doanya nak melihat anak keduanya itu pula melangsungkan perkahwinan.
"Walid tahu pilihan anak walid ni mesti Best of the Best kan. Kalau tak, takkan lah sampai nak menyamar bagai"
Akim menjeling alongnya. 'Tak lain tak bukan ni mesti kerja kau kan along' Harris yang sedar diperhatikan memandang tempat lain. Cover Line.
Walid dengan umi tak kisah sebenarnya dengan pilihan angah. Walid tahu taste anak walid ni macam mana. Tapi kalau boleh tu bawak la datang jumpa walid dengan umi dulu. Ye tak darl"
Puan Maria mencubit manja peha suaminya. Nak bermanja tak kena tempat. Tan Sri Mazlan tergelak dengan reaksi isterinya. Salah ke nak bermanja dengan isteri sendiri. Takkan umur dah larut, panggilan sweet pon kena hilang. Bahagia hingga tua.
Akim menggaru belakang kepalanya walaupun tak gatal. Gila hape nak bwak jumpa dengan walid umi, kantoi la nanti. Dia memandang alongnya tanda meminta pertolongan tapi yang dia dapat hanyalah jongketan bahu tanda tak tahu.
"Bukan taknak walid, tapi walid pon tahu kan yang sekarang angah tengah berdrama. Angah tak nak kalau kantoi nanti. Sebab masih terlalu awal" fuhh alasan selamat.
"Hmm kalau macam tu kita hantar rombongan terus la. Tapi sebelum tu walid nak angah sendiri pergi berjumpa dengan parents dia. Face to face. Mintak elok elok. Yang nak bela nanti bukan haiwan tapi anak orang. Tapi masa tu jangan buat lakonan pulak"
Tan Sri Mazlan memberi kata nasihat sebagai seorang bapa. Dia juga pernah berpengalaman. Pernah jadi muda. Pernah rasa happy bila nak nikah. Cuma yang beza dulu pilihan ibu bapa sekarang pilihan sendiri. Dia hanya mampu doakan yang terbaik untuk anak -anaknya.
"Walid, umi. Nak tengok tak gambar angah yang menyamar tu. Serius lain giler" Harris menghulurkan IPhone 7plusnya kepada walid dan uminya. Tak sabar nak tengok respon kedunya. Pandangan tak puas hati dari adiknya dibiarkan. Akim hanya memandang tak puas hati. Nak halang pon dah terlambat.
"Ya Allah, anak umi ke ni. Asal lain bebenor wajah angah ni. Ish. Macam mana la bakal menantu kita boleh berkenan bang. Saya tengok gambarnye pon dah tak lalu"
Ketawa Akim meletus.
"Baguslah. Tu tandanya dia tak pandang dengan mata, tapi dengan hati. Mesti ada something yang angah buat kan sampaikan dia boleh terima angah walaupun fizikal angah... "
Akim mengangguk faham. Alongnya sudah mengekek ketawakannya. Lek ahh. Menyamar je pon. Real punya jejaka idaman okey.
"Umi okey je. Tapi dengar sini umi nak nasihat sikit" serta merta Akim mengalih pandang ke arah uminya. Bersedia dengan apa yang bakal diperkatakan oleh umi.
"Sekarang angah tengah menyamar nak kenal hati budi dia kan. Tapi!! Bila dia dah sah jadi milik angah, umi nak angah ceritakan apa yang patut dia tahu. Kalau boleh lepas persandingan tu terus bagitau. Umi perempuan, dia pon perempuan. Umi faham perasaan dia kalau lelaki tak jujur ni" Puan Maria memandang suaminya. Tan Sri Mazlan hanya membalas dengan kenyitan mata.
"Jangan lambat sangat jujur. Lagi haru kalau dia dapat tahu sendiri. Jaga hati perempuan angah. Perempuan ni layak disanjung, dihormati, disayangi. Faham tak apa yang umi cakap ni"
Akim mengangguk mengiyakan kata uminya. Dia mengaku, apa yang dikatakan uminya semua nya benar belaka. Dia berjanji tak akan mensiakan Awni.
"Dah dah. Jom makan. Walid dah lapar ni. Nanti pulak kita discuss lain" Tan Sri Mazlan sudah bergerak ke meja makan bersama isterinya. Harris membuat thumbs up kepada adik lelakinya. Dia turut gembira apabila melihat adiknya gembira. Hanya doa yang mampu dipanjatkan untuk kebahagian ahli keluarganya.
******************************
Tempat biasa. Berbeza orang.
Mana lagi kalau bukan Mazyana' s Cafe. And sapa lagi kalau bukan Akim dan Awni. Topik??
Jom
"Saya dah bincang dengan family saya tentang kita. Parents saya tak ada masalah as long saya bahagia. Diorang pun tahu taste saya bukan yang secondhand"
Amboih. Cakap tak pandang diri nampak. Kau pon hodoh tapi nak yang lawa. Tapi ni menyamar je pon. Hodoh luar dalam lawa. Ye tak.
"Alhamdulillah. Tapi diorang tak mintak saya datang rumah awak ke...maksud saya... Selalunya kann.... " Awni cuba menyampai kemusykilan hatinya. Mujur saja Akim faham.
"Oh takpe. Ayah saya okey je. Dia kata hari meminang nanti la jumpa. Umi tu, apa saja yang walid suka, umi pon suka. Kongsi hati kan. Tak lama kita pon gitu jugak"
Awni mengalih muka ke arah lain. Belum kahwin dah cakap macam tu. Haih.
"Jadi bila awak nak datang jumpa keluarga saya. Sebab bukan setakat ayah je abang abang saya pon kena ada jugak. Silap-silap diorang yang soal awak lebih nanti"
Akim kehairanan. Abang-abang???
"Jap. Abang-abang awak?? Diorang pon?? Perlu ke??" 3 in 1.
Awni tergelak dengan soalan tiga beradik dari Akim. Nampak sangat muka tu tengah cuak. Lantas diberitahu, mengapa dan kenapa abang-abangnya perlu ada. Semasa dia berada di U sem pertama lagi, abang sulungnya pernah kata yang kalau ada orang datang merisik, dia wajib ada. Mustahak macam mana sekalipon, dia tetap kena ada.
"Awni. Boleh tak saya nak mintak satu syarat dengan awak" berhati hati Akim bertanya.
"Apa yang saya boleh tolong saya tolong. Apa yang tak mampu tu saya tetap tolong"
"Boleh tak sementara nak tunggu majlis kita tu kan, kita tak perlu jumpa. Jumpa kat mana mana pun lah. Cafe ke terserempak ke tak usah eh"
Akim bersabar menunggu jawapan daripada Awni. 'Tolong jangan bersangka buruk Awni'.
Dia lega apabila Awni menjawab boleh dengan yakin. Tanpa sikit keraguan.Akim bersyukur. Biarlah 'hal' itu hanya dia dan Allah saja yang tahu. Walaupun menyakitkan tapi.... Demi kebahagiaan yang sebenar. Dia nekad.
Lain pula bagi Awni. Dia beranggapan Akim mahu mereka menjaga diri masing-masing. Maklumlah orang tua tua kata kalau yang nak kahwin ni darah manis. Kononnya nak bagi rindu la tu. Lama tak jumpa tapi jumpa atas pelamin. Haha. Sweet jugak Akim ni.
syafasuha thanks a lot sebab buatkan cover ni. Serius lawa. Ramai orang puji... 😎😍😍
Dear reader, sorry sebab slalu jadi chipsmore. Jap ada jap hilang ontah komano. Jap update jap tak. Ye dakk. Tapi untuk yg setia, tq bebanyak. Lep u all..😅😄
↓★
YOU ARE READING
Seindah Pelangi (COMPLETE✔)
Romance[The Ice Destroyer] #THEICEAWARD2018 Kenapa eh setiap kali drama/novel mesti watak orang kaya yang selalu digunakan.especially anak Dato la,tan sri, and dato seri.Oh tak ketinggalan tengku. Tapi apa bezanya dengan Aryan Hakimi,si anak Dato Seri Maz...